Buah Hati Balik Kampung..

Ramainya orang kat LCCT hari ni.. parking kereta semua full house sampai aku park kereta kat tepi jalan, nasib baik tak kena clamp tayar kalau tak, tak pasal-pasal kena denda RM100 gitu-gitu je.. Mungkin ramai yang nak pulang dari bercuti atau mungkin ada baru yang nak pergi bercuti atau balik kampung kot sebab tu orang ramai gile hari ni. Aku pulak baru balik dari LCCT tujuan nak antar buah hati nak balik kampung. Maklumlah buah hati orang Negeri Di Bawah Bayu so nak tak nak kalau nak balik kampung kena naik kapal terbang. Tengah dok pening jap, bayangkan kalau aku kawin nanti berapa kali agaknya aku balik kampung mak mertua aku kan? haha..

Ramai kengkawan cakap kat aku, kenapa pilih orang jauh-jauh? sebenarnya soalan tu tak perlu aku jawab. Jodoh semuanya kerja Allah kalau dapat orang dekat ke orang jauh ke kalau dah ditentukan Ilahi itu pilihan kita, kena terima lah dengan ikhlas. Takdir itu dah ditetapkan oleh Allah sejak dalam perut ibu lagikan.. seperti yang disebut :-

 

Dari Abdullah ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap kamu yang mula terbentuk jasadnya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani. Kemudian akan menjadi segumpal darah selama 40 hari. Dan kemudian menjadi pula ketulan daging dalam 40 hari lagi. Lalu Allah mengutuskan padanya malaikat untuk meniupkan pada jasad itu akan ruh dan menulis empat perkara: iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya dan pengakhirannya sama ada bahagia atau celaka.

Demi zat yang tiada Tuhan yang berhak disembah selainNya, sesungguhnya sekiranya ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli Syurga sekalipun sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal, namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli Neraka, nescaya selepas itu dia akan beramal dengan amalan ahli Neraka lalu dia masuk ke dalamnya.

Dan tidaklah seseorang itu melainkan beramal dengan amalan ahli Neraka sehingga antara dirinya dengan Neraka cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli Syurga, maka dia kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli Syurga lalu dia masuk ke dalamnya.”

Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad.

 

Maka dengan itu segala rezeki, takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan hendaklah dilaksanakan dengan jalan yang di redhai Allah SWT. Supaya tak terpesong ke tempat lain. Kalau dapat awek jauh pun apa susah rezeki tu ada dimana-mana jauh pun kalau rajin cari rezeki Insyaallah boleh balik kampung tiap-tiap bulan kalau nak.. Kalau tak mampu setahun sekali pun dah ok kan hehe.. Apa-apa pun kepada buah hati yang jauh disana.. ingatlah kekanda disini… kekanda amat merinduimu.. cewahhh jiwang karat la pulak.. 😛

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Buah Hati Balik Kampung..

  1. Bab2x rindu tu biasa je kan….still boleh calling2x ngan skype kan….hehehehe

  2. Mohd Zaid says:

    @hazman hehe rindu tu tandanya sayang kan bro.. 🙂

  3. At this time I am going to do my breakfast, once having my breakfast coming again to read additional news.

  4. Heya i’m for the first time here. I found this board and I find It truly useful & it helped me out a lot.
    I hope to give something back and help others like you aided me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *