Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Xin Nian Kuai Le… Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua terutamanya semua kawan-kawan blogger berbangsa cina yang menyambut dan meraikan perayaan ini pada tahun 2012. 1 Malaysia bermakna semua bangsa bersatu dan memeriahkan lagi perayaan pada tahun Naga ini. Meriah tak doodle Tahun Baru Cina yang aku buat kat atas tu haha.. saja je melukis sebab aku bukannya pandai melukis pun.. tu pun lukis guna Microsoft Excel je.. kalau cantik Alhamdulillah lah.. kalau ramai yang suka nanti aku buat tutorial macam mana nak lukis doodle dengan mudah menggunakan Excel je..

Ok berbalik kepada sambutan Chinese New Year kali ni aku tengok meriah juga. Tahun 2012 merupakan tahun Naga dan menurut Feng Shui, tahun Naga sangat Ong bagi mereka. Kerana tahun Naga menurut kepercayaan merupakan lambang untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Tahun ni merupakan tahun Naga Air dimana dalam zodiak Cina ianya merupakan haiwan ke lima daripada 12 haiwan yang lain. Wahh sorang kawan aku yang berbangsa cina ada cakap, siapa yang lahir tahun Naga ni memang ong lah… dimurahkan rezeki, mendapat kesihatan yang stabil dan bagi yang dah berkahwin memang sesuai untuk buat anak.

 

 

Itu kepercayaan mereka, Jadi kita sebagai masyarakat 1 Malaysia haruslah menghormati setiap budaya, agama dan bangsa setiap masyarakat majmuk di Malaysia ni. Baruah negara kita aman damai dan harmoni. Bak kata PM kita Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum. Bukalah pintu-pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati-hati kita. Dipetik dari http://www.1malaysia.com.my/speeches/perutusan-sambutan-tahun-baru-cina-2012/

 



 

Apa-apa pun dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan diantara rakyat pelbagai kaum. Semoga tahun ini bakal membawa sinar kesejahteraan dalam hidup setiap insan. Gong Xi Fa Cai !! Angpow lai lai…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

  1. ohcikgu says:

    err..banyak dapat limau???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *