Best Juga Kereta Volkswagen Nih!

 

Sabtu lepas sempat lah aku turun Desa Park City untuk mencuba dan merasai apakah keunikan yang ada pada kereta Volkswagen ni. Orang cakap kereta VW memang bagus tapi apa yang bagusnya? aku sebenarnya memang dah lama mengidam untuk membeli kereta VW tapi apakan daya aku masih tak mampu untuk memilikinya. Yelah berapa sangatlah gaji aku ni kalau dapat sebiji pun belum tentu aku mampu bayar duit ansuran kereta nanti. Okey disebabkan aku ni minat dengan kereta Volkswagen dan di website Nuffnang pun hari tu ada peluang untuk 30 orang bloggers mencuba dan buat test drive kereta ni. Jadi aku pun tak berlengah dan terus hantar nama untuk buat test drive.

 

 

Pada hari tu diorang bahagi kepada 2 kumpulan bloggers untuk sesi pertama dan sesi kedua. Bagusnya Nuffnang dan Volkswagen ni sebab beri peluang blogger untuk merasai keunikan dan kehebatan kereta mereka. Antara kereta yang ada kat situ hari tu adalah Polo 1.2 TSI, Golf 1.4 TSI, Passat CC 2.0 TSI, Jetta 1.4, Passat 1.8 dan Polo GTI. Memang menarik bukan?.. bukan senang tau nak pandu kereta selesa ni. So aku pun terus pilih nak pandu Passat CC 2.0 TSI. Alhamdulillah, akhirnya tertunailah hasrat di hati (bak kata kak Ina) hehe..

Bagi aku kereta keluaran Volkswagen ni memang terbaiklah, bukan nak puji melambung tapi memang kenyataan. Sebab aku sendiri dah pandu uji kereta mereka dan memang lainlah rasanya. Masa buat pandu uji tu aku rasa janggal sikit sebab aku tak biasa bawa kereta auto. Maklumlah kereta aku kereta manual jadi dah terbiasa bawa manual rasa takut pulak nak bawa auto. Tapi lepas bawa Passat CC 2.0 TSI ni aku rasa taklah susah pun dan selesa di jalan raya. Kereta ni ada Turbocharger dan kawalan Transverse stabilizer. Jadi bila bawa laju atau perlahan di jalan raya kereta jadi ringan dan mudah nak bawa.

Walaupun dapat bawa satu round je tapi rasa megah la kejap dapat bawa kereta mahal ni. Reka bentunnya pun sangat elegent dan mewah membuat sesiapa yang melihatnya merasakan si pemiliknya mesti banyak duit. Haha.. harap-harap awek yang ada kat sekitar Desa Park City hari tu tak tertipu la dengan aku.. mungkin diorang tengok mamat hensem yang bawak kereta ni orang kaya.. padahal aku cuma test drive je hihi..

 

 

Kalau tengok kat gambar atas ni apa yang korang pertama sekali fikirkan?.. haha mesti yang jawab Airbag kan?.. tapi aku sebenarnya teruja dengan logo VW dan punat-punat yang ada kat steering kereta ni. Dah nama pun kereta mewah jadi macam-macam la ada.. Yang penting ada Airbag juga ye lah malang tak berbau so kalau ada airbag ni dapat jugalah kurangkan tekanan semasa kemalangan.

 

 

Aku minat gak kat rekaan dashboard yang ada LCD monitor nih. Gearnya pun selesa dan mudah digunakan. Kalau korang perasan kat sekitar gear tu ada 6 button dan salah satunya button Comfort bermakna kalau tekan button tu.. nanti steering kereta akan lebih selesa dan memandu pun syok.. boleh pecut-pecut lepas tuh..

 

 

OH YEH! Abaikan lemak di perut aku tu.. haha nasib baik kereta ni besar so tak nampak sangat lemak aku berlipat.. cuba kereta kecik mau senak korang tengok ahhahaha… ok apa yang korang nampak kat gambar atas ni adalah seatnya merupakan seat kulit yang kalis kotoran dan kalis air.. seat merupakan peranan penting kalau nak beli kereta sebenarnya. Lebih-lebih kalau yang dah ada anak pinak tu.. kalau diorang makan ice cream ke berminyak ke so mudahlah nak lap dan bersihkan. Sesuai dengan namanya kereta mewah dan berpatutan ni.. ditempat duduk belakang pun disediakan aircond. Jadi taklah berebut dengan aircond orang depan pulak nanti.

 

 

BONET – Aku rasa bonet kereta ni boleh muat 4-5 beg yang orang bawak pergi melancong tuh.. Memang besar gedabak. Kalau nak masukkan orang aku rasa boleh muat 4-5 orang gak. Besarkan?..

 

 

Cer tengok tingkapnya pulak.. memang elegent kan?.. comel dan cantik… aduhaaaiii bilalah aku dapat memiliki kereta semewah ni?… harap-harap rezeki tahun 2012 ni bertambah-tambahlah hendaknya.. Amin… Thanks bebanyak kepada Nuffnang dan Volkswagen sebab buat event macam ni untuk blogger. Dapat jugalah merasa pandu dan uji kereta ni.. blogger lain pun hari tu aku tengok semua happy sebab dapat test kereta idaman mereka. Antara kereta lain yang menjadi tarikan blogger pada hari tu adalah ..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com