Entry Malas..

Alhamdulillah lepas buat perniagaan sendiri ni rezeki tetap masuk macam biasa, cuma sekarang ni lain sikit sebab ianya dilakukan atas sebuah syarikat yang berdaftar. Perjalanan perniagaan tetap sama macam dulu cuma dalam masa jangka panjang ni tengah memikirkan apakah yang ingin diluaskan untuk membina masa depan yang cerah.

Semalam seharian aku duduk depan laptop dan godek-godek Photoshop sebabnya nak siapkan name card dan staff id untuk company baru tu. Kenapa perlu staff id? haha sebenarnya bukan ramai pun pekerja dibawah syarikat aku tu ada beberapa orang je tu pun dari ahli keluarga sendiri dan beberapa orang rakan rapat. Wujudnya staff id tu datangnya dari idea adik aku Uzair. Yelah dia ni selalu pergi event sana-sini dan sejak dia cuti SEM ni aku tengok dia kemain rajin pergi event.

Baguslah ikut jejak langkah abangnya ni. Abangnya pulak dah malas pergi event haha nak duduk rumah kipas duit je hahahaha… tak lah saja melawak.. aku still suka dan macam biasa bila ada jemputan event mesti aku pergi. Tapi tengok keadaan dan masa kerja aku lah, kalau masa event yang pihak penganjur tu buat ok dengan masa kerja aku.. so tak ada masalah lah kat situ..

So kalau ada staff ID orang akan tau kita ni dari mana sebab ada beberapa organizer yang aku jumpa diorang nak pengesahan dari syarikat mana baru diorang lepaskan masuk. Ok tu tak apa lah ada tak ada staff id tu tak kesah sangat sebab benda tu sesaja je buat haha..

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa ni.. so tamat kat sini je lah ye.. sebelum tu minta korang join http://www.chillout.my sebab aku bakal buat contest kat sana nanti 🙂 .. chowww

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Entry Malas..

  1. Alice says:

    🙂

  2. Mohd Zaid says:

    thanks alice sebab baca entry malas ku ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *