Dah Sebelas Tahun Dia Pergi Tinggalkan Kami Sekeluarga!

 

Semalam 11 Januari merupakan hari jadi Siti Nurhaliza yang ke 32 tahun.. wahhh seronok dia dan suami Datuk Khalid sambut hari lahir jadi kat Dubai. Teringat 11 tahun yang lepas masa tu Siti Nurhaliza baru berumur 21 tahun dan aku pulak masa tu baru berumur 17 tahun. Bayangkan masa ni aku tengah belajar bersungguh-sungguh nak dapat A dalam SPM tapi dikejutkan dengan pemergian arwah abah yang aku sayang. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi abah dan abah pergi dengan begitu tenang sekali.

11 tahun masa berlalu. Sebenarnya ianya masa yang begitu lama dan masa 11 tahun itu jugalah aku dibesarkan tanpa abah. Yelah orang lain semua ada abah tapi aku belum cukup puas nak dapat kasih sayang dia dan dia pergi terlalu awal buat aku ketika baru nak mengenal erti kehidupan. Masa 11 tahun ni lah aku berusa sendiri dan belajar semana yang mampu. Walaupun aku belajar tak pandai tapi aku berusaha untuk hidup berjaya sampai sekarang. Alhamdulillah berkat didikan yang abah curahkan sebelum dia meninggal dunia sekarang aku menjadi seorang manusia berjaya.

Kalau abah masih hidup, mungkin aku sekarang bukan seperti yang korang nampak. Tapi itu semuanya dugaan tuhan dan tuhan lebih mengetahui apa yang dia rancangkan untuk hambanya. Kita yang masih hidup ni teruskan berdoa supaya abah disana tenang dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.

Terlalu banyak kenangan aku bersama arwah abah. Dulu masa kecik-kecik aku ni nakal dan arwah abah pernah rotan aku sampai lebam kat punggung.. tapi arwah abah buat semua tu sebab aku ni jahat sangat sebab tak nak pergi sekolah agama. Ya Allah! betapa rindunya aku saat itu.. kalaulah boleh putar masa ni aku nak minta maaf kat abah dan aku nak rajin pergi sekolah agama. Kalaulah aku rajin pergi sekolah agama dulu mesti aku dah jadi ustaz sekarang ni kan..

Semua tu sudah jadi kenangan.. yang pergi tetap pergi dan tak akan pernah kembali. Aku berharap supaya suatu hari nanti bila aku dah jadi abah, aku akan ajar anak-anak aku dan menyayangi mereka seperti mana yang abah aku lakukan pada aku dulu.. Abah.. Angah sangat merinduimu.. Al-Fatihah ….

Kepada yang masih mempunyai abah/ayah/papa/daddy atau apa jua panggilan untuk bapak korang.. harap korang hormatilah mereka dan doakanlah kesejahteraan mereka.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com