Kini Aku Memiliki Sebuah Syarikat Berdaftar

Hari ni adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup aku sebab aku dah memiliki sebuah nama syarikat yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Setelah sekian lama tertangguh untuk mendaftarkan sebuah syarikat, hari ini tercapai jua akhirnya. Hasrat yang dipendam telah di makbulkan tuhan dengan izinNya. Alhamdulillah hari ini setapak langkah lagi aku mengorak langkah kehadapan dan bermulalah fasa baru dalam hidup. Orang cakap kalau nak berniaga kenalah rajin baru rezeki akan masuk. Ya! mula saat ini aku dan adik aku Uzair Othman akan memulakan perniagaan kecil-kecilan kami ni. Semoga semua pelanggan yang berhubung dengan kami ni berpuas hatilah hendaknya.

Ni nak cerita sikit apa yang berlaku kat SSM Tengah hari tadi. Aku pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia dekat dengan KL Sentral tu, orang punyalah ramai yang nak daftar syarikat baru macam aku ni, ada yang nak renew, ada yang nak bayar denda dan macam-macam lagi. Menurut seorang pelanggan yang ada kat situ dia cakap sebelum ni orang tak ramai tapi hari ni lain macam sikit sebab orang berpusu-pusu nak daftar syarikat. Yelah sekarang ni kalau nak berniaga keropok lekor pun kena ada nama syarikat barulah boleh berniaga. Inikan pula berniaga dalam blog (online) pun kena daftar nama syarikat juga kan..

 

Apa yang buat aku sedikit terkilan kat SSM KL Sentral ni, tempat dia dah lah kecik kaunter yang buka pun cuma ada 4 kaunter je.. kat situlah orang nak submit borang, kat situ lah orang nak buat pembayaran dan kat situ jugalah orang nak ambil sijil daftar syarikat yang dah siap. Orang kat kaunter pertanyaan pun masam je, aku yang baru pertama kali daftar syarikat ni terbangak-bangak la kejap tanya orang sekeliling cam ne cara nak tulis borang. Nasib baiklah ada borang contoh yang diorang lekat kat dinding. Lepas dah isi borang patutnya orang kaunter pertanyaan tu semak la dulu kalau-kalau ada kesalahan ke kan. Ni tak dia terus suruh ambil nombor dan duduk terpinga-pinga. Bila nombor dipanggil, hantar borang yang dah siap tu kemudian duduk balik sebab officers diorang akan buat semakan. Nasib baiklah borang aku tu lengkap jadi taklah banyak masalah kat situ. Kesian juga kat orang lain, orang yang buta huruf sebab banyak kesalahan yang diorang buat diorang kene tunggu masa yang agak lama.

 

Satu lagi kekurangan yang ada kat SSM KL Sentral ni, diorang gunakan sistem nombor tapi nombor tu sebenarnya tak guna apa pun sebab kalau korang ada kesalahan pada borang dan nak menggambil sijil yang telah siap. Diorang akan menjerit panggil nama korang.. suara kalau sedap tak pe gak. Nasib baiklah nama aku dan nama syarikat yang aku daftarkan ni sedap bunyinya jadi taklah malu sangat bila staff kat kaunter tu laung kuat-kuat haha.. terasa glammor jap nama mohdzaid.com dilaungkan hahaha..

So kepada sesiapa yang berminat untuk daftar syarikat untuk blog ke untuk apa sajalah korang boleh pergi awal sikit ke SSM sebab takut orang ramai dan masa 1 jam jadi 3 jam haha.. kat bawah ni aku bagi tips sikit apa yang perlu korang buat untuk daftar syarikat baru.

Tips/Cara untuk mendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

1. Sediakan salinan IC sekeping

2. Sediakan 3 nama syarikat terlebih dahulu di rumah sebelum ke SSM

3. Sediakan terlebih dahulu di rumah jenis perniagaan yang dilakukan

4. Datang ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdekatan

5. Ambil borang A kat kaunter (borang A adalah borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan)

6. Lengkapkan borang berkenaan. Kat borang tu korang kena tulis 3 nama syarikat yang hendak didaftarkan. Sebab tulis 3 nama syarikat adalah takut nama syarikat yang hendak didaftarkan tu dah ada orang pakai. So diorang akan pilih salah satu yang masih kosong. Kalau boleh sediakan 5 nama syarikat manalah tahu kot-kot nama yang korang nak daftar tu nama glamor

7. Setelah lengkap borang berkenaan. Ambil nombor dan tunggu dipanggil. Bila nombor dipanggil hantar borang dan duduk semula kat kerusi. Pastikan kerusi yang kosong tadi korang letak beg kalau tak orang lain akan duduk.

8. Tunggu nama korang dijerit oleh staff kat situ.. kenapalah diorang tak pakai mic kan.. hehe ok panggilan nama korang tu adalah sebab diorang akan minta bayaran sebanyak RM70 untuk setahun. Kalau nak bayar 3-4 tahun pun boleh.

9. Duduk semula di kerusi dan tunggu dalam 30-40 minit. (masa ni diorang akan cetak sijil perniagaan korang)

10. Nama akan dijerit sekuatnya menandakan sijil korang dah siap.. tengoklah kekadang diorang jerit panggil nama syarikat kekadang jerit panggil nama pemilik.

 

 

So itu je caranya.. mudah je sebenarnya nak daftar syarikat ni tapi kalau syarikat SDN. BHD tu mungkin susah kot.. so harap dengan adanya tips ni korang tak perlulah bayar orang lain (ulat) untuk uruskan sebab korang boleh buat sendiri je benda ni.. 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

30 Responses to Kini Aku Memiliki Sebuah Syarikat Berdaftar

  1. Tallboyz says:

    CEO ni sekarang!

  2. Azree says:

    Tahniah Zaid, sekarang aku dah dapat serba serbi info nak daftar syarikat, aku pun nak register web designs ervice ni pasni atas nama MuhamadAzree.com 🙂

  3. avantgarde14 says:

    wah!!! best laa ada company sndr… huhu…
    x nk bgtau nama company ker??? haha..

  4. Feeq says:

    I register kat Shah Alam. Laju jer hehe XD

  5. lAl says:

    Tahniah!! Aku bangga dgn hg.. 😉

  6. avantgarde14 says:

    gud luck and wish the best for u!

  7. eyriqazz says:

    bisness apa bro? ble eden tolong promosikan….

  8. Vince says:

    Dah jadi boss ni! Tahniah bro. ;D

  9. Mohd Zaid says:

    @Tallboyz haha thanks bro..

  10. Mohd Zaid says:

    @Azree thanks bro.. senang je sebenarnya nak register company kat SSM ni..

  11. Mohd Zaid says:

    avantgarde14 haha nanti lah bagi tau apa nama company tu.. hehe..

  12. Mohd Zaid says:

    ye ke feeq.. kalau i tau i dah pergi S.Alam ..

  13. Mohd Zaid says:

    thanks Lal .. 🙂

  14. Mohd Zaid says:

    avantgarde14 thanks alot for your support..

  15. Mohd Zaid says:

    bro eyriqazz ala business blog je.. nanti saya bagi tau ye..

  16. Mohd Zaid says:

    hihi thanks Vince .. 🙂

  17. zant says:

    share le biz bro..boleh kita tumpangpromote ker..

  18. eyriqazz says:

    bagus tu bro..berfikiran ke hadapan..mentaliti camni la kita perlukan utk anak2 muda kita.. zaid, emailkan salinan business card aritu ble? nak print balik laa..dah nak habis….

  19. edy says:

    Tahniah.. harap boleh cerita lebih lanjut lagi

  20. TianChad says:

    Bagus =) I pun nak register tapi belum pergi lagi~
    Bolehlah sekarang untung besar~

  21. Myvitrd says:

    bagus bro.. menuju ke satu langkah lagi.. tapi apa nama companynya bro.. hehehe.

  22. isahashim says:

    tahniah bro..

    nak tanya, ni daftar sykt ent ke? ade syarat-syarat tertentu x ek?

    maksud saya, contoh saya dan isteri kerja kerajaan, so boleh jugak ke daftar sykt?

    ke ada syarat lain plak?

  23. Mohd Zaid says:

    kalau syarikat enterprise tak perlu syarat apa-apa.. melainkan kalau menyediakan perkhidmatan seperti menjual ubat or sewaktu dengannya kena ada surat kebenaran..

    selain dari itu tak perlu apa-apa syarat..

  24. Mohd Zaid says:

    thanks bro Myvitrd .. nama company ChillOutMY Creative 🙂

  25. Mohd Zaid says:

    yeeehhh TC senang je register company ni.. 🙂

  26. Mohd Zaid says:

    haha Edy saya register company namanya ChillOutMY Creative .. 🙂

  27. Mohd Zaid says:

    biz blog je bro.. 🙂

  28. Mohd Zaid says:

    bro eyriqazz, sblm tu nak minta maaf banyak2.. soft copy photoshop tu ada dalam laptop lama.. laptop lama pulak dah rosak so tak sempat nak copy kat hard disk.. tak pe bro nanti zaid design balik yg baru kasi lagi cantik amacam?.. foc design for u.. 🙂

  29. Man says:

    sori bro.. public ramai.. muka ketat skit.. hehehee..

  30. suhaimi says:

    hi, kpda yg brminat utk memasng jalur lebar berkelajuan tinggi utk kemudahan premis perniagaan mahupun persendirian, sila hbgi sya di talian 0174041240 @ emel : are_mie12@ymail.com …SUHAIMI ABDULLAH… Thanks….

    The product already launch by 28th Mar, 2012. This is about the High Speed Broadband services offered by P1, which is similar to UNIFI. ( same backbone fibre connection from Telekom Malaysia ). Therefore, the speed and quality are the same as UNIFI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *