Nur Amalina Che Bakri

 

Assalamualaikum.. Sejak kebelakangan ni aku tengok banyak cerita pasal adik Nur Amalina (Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2005) ni tersebar luas kat blog dan media surat khabar tentang fitnah mengatkaan beliau dah balik ke Malaysia sebab gagal di Universiti. Alhamdulillah ibunya Pn. Sabariah Hassan pun telah tampil membetulkan keadaan dan tomahan yang dilemparkan segelintir masyarakat tu. Untuk yang masih tak tahu tu Nur Amalina masih lagi belajar disana dan kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK dan bakal menamatkan pengajiannya pada bulan Mei nanti.

So kepada adik Nur Amalina, ibunya dan keluarga supaya jangan ambil kesah dengan cerita-cerita tu apa yang penting kat sini supaya Nur Amalina terus berusaha dan berjaya serta mengharumkan nama negara di mata Dunia dan sentiasa menghormati orang tua, cikgu-cikgu dan sesiapa saja yang selama ni menyokong dan memberikan semangat kat Nur Amalina terus berjaya sehingga sekarang.

 

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. – Sumber Berita Harian

 

Pasal isu gambar pakaian tu aku tak nak komen apa-apa sebab ibunya pun dah cakap gambar tu adalah gambar peribadi keluarga mereka dan ibunya pun tahu siapa kawan-kawan yang berkawan dengan Amalina ni.. cuma harapan aku supaya kekal macam tahun 2005 dulu, sebenarnya Amalina nampak lagi anggun dan cantik bila bertudung. Ramai gak adik-adik yang masih bersekolah sekarang ni jadikan Nur Amalina sebagai model mereka untuk berjaya. Jadi harapan aku supaya Nur Amalina kekal bertudung macam dulu kan lagi molek hehe.. kalaulah dia bertudung dan memakai baju kurung kat Universiti Edinburgh tu lagilah ramai pakwe-pakwe omputih suka kat gadis melayu..

Apa-apa pun Nur Amalina kitaorang nak awak berjaya disana dan bawa balik ilmu yang di pelajari tu ke Malaysia dan didiklah minda anak bangsa kita nanti. Kepada yang melemparkan pelbagai tomahan kat Nur Amalina ni harap korang tengok diri sendiri dulu dan perbaikinya.

 

Jom tengok video Sesi Temuramah Bersama Nur Amalina Che Bakri : Sumber Beautifulnara dan hazrey.com



 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Nur Amalina Che Bakri

  1. neutralgal says:

    ramai yang kutuk mak dia beli seluar hitam tu but tak terfikir ke korang semua that perhaps the ‘seluar berlubang-lubang’ tu tak berlubang pun sebenarnya tapi ada kain warna beige (warna kulit) mana kita nak tahu! kenapa perlu bersangka buruk? gambar dia kononnya terlebih sosial ‘berpeluk’ dengan lelaki …. come on lah! bukan gambar berpeluk ghairah pun. kat sini lagi ramai melayu islam yang artis yang tak artis yang muda yang tua berpeluk dgn ghairah yang bertangkup mulut pun ada yang lebih dari tu pun ada. dalam movie melayu islam berlakon jauh lebih teruk (tengok saja ombak rindu or perempuan isteri dan …. and harry boy and aduhai tengok saja pakaian2 artis2 melayu islam kat malaysia ni pun dah cukup bila ada malam gala! )so just STOP the fitnah. tak ada apa yg terlalu over pun dengan amalina ni. and she is doing exceptionally well in her studies. especially yg tulis kat blog and FB and all that, berapa ramai org baca dan bersangka buruk, disebabkan awak? tertanggung tak dosa?

  2. titan says:

    harap dia cepat-cepatlah berubah dan bertaubat..

  3. cultureshock says:

    fikiran yg melampaui norma batasan idup.. dah na kiamat da woii.. sedar2 la skit..

  4. cultureshock says:

    apa la ke bangang nyer ko ni neutralgal.. ko ni ada mata ke x? tgk je dulu ada tudung, skng blonde.. sekadar menasihati agar amalina cpt berubah ke jln yg betul.. ko nie mmg x habis2 bangang la neutralgal.. patutla pown…

  5. Defender says:

    Culture shock, Titan, why do you have to be so judgmental? Are you so perfect that you think your behaviour and morals are over and above other people? Do you enjoy putting down others? I should say “Berubah dan bertaubatlah” to the two you as making baseless presumptions, accusations and hurling insults are some of the worst sins a person can commit. For all you know, that is just a pair of pants with patterns on it, and she’s only wearing a wig! And so what if that’s her real hair anyway? The muslim ladies in Syria, Saudi Arabia, Bahrain, Kuwait dye their hair to various shades of blonde, red etc. and wear it underneath their niqab. Not that you would know anyway since you have never left your small town and seen the rest of the world. It’s time for you to grow up, look around, and open your mind folks!! To Amalina, ignore these jerks! You’re the one with the string of As, you’re the one with the medical scholarship, not them. They’ll criticise you now, but 10 years from now, you’ll be the one laughing to the bank and they will still be trapped in their small world.

  6. myownviewhasnothingtodowithyou says:

    cultureshock: I guess it is better for you to apologize to neutralgal. calling people names in this case “bangang” shows that you are more or less similar to others. By the way dear, I believe Amalina knows how to go about her life. She is a genius anyway. Looking back at this situation, she is not doing drugs or leaving school. Neither flunking in her grades and studies. Her clothings are not revealing. I see there is nothing wrong with her.

    As you were saying, it is the veil that could be the main point here. Before it was that, now it is like this. Let me give you a thing: It is Amalina’s choice to be whatever she wanted to be. It is a free country anyway. Talking about the end of the world, I bet you also do not know when will it going to be. So, I prefer that you take a mirror and look at yourself before calling others rudely. If you wanted to correct others, correct yourself first before judging and disrespecting others views. That’s all. Thank you.

  7. Pejuang_muda says:

    Salam

    Bila nak berhukum, mestilah berpandukan Al-Quran dan Hadis serta ijma’ Ulama!

    Ramai yang salah faham isu aib yang sebenarnya. Dari sudut maksud, aib dapat dilihat suatu perbuatan/ maksiat yang dilakukan oleh seseorang tanpa melakukannya secara terang-terangan(secara sembunyi2).Apabila seseorang itu ternampak keaiban yang dilakukan pelakunya secara sembunyi , HARAM hukumnya untuk mereka menyebarkan kepada orang lain!

    Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud

    “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

    Namun, jika pelakunya melakukan maksiat secara terang-terangan dan mempromosikan perbuatan maksiatnya walaupun aibnya telah ditutup oleh Allah (bercerita dengan rakan2 lain,post melalui fb dll), ini tidak lagi termasuk dalam menjaga aib. Pelakunya berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan perbuatannya tersebut dapat mendorong orang lain untuk melakukan perbuatan yang sama.

    Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud

    “Semua umatku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Bahkan WAJIB bagi seseorang muslim itu membenci perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan melalui kuasa,lidah dan hati dan membenci dengan hati adalah selemah-lemah iman.

    Jika membenci dengan hati adalah selemah-lemah iman, bagaimana pula keadaan iman :

    orang yang sedang melakukan maksiat tersebut ?
    orang yang membela perbuatan maksiat tersebut ?

    Fikir-fikirkanlah !

  8. tumulak says:

    artis ke bkn artis ke,semua yang dia lakukan itu dosa.hina disisi islam.yang ko nk sebelahi orang mcm tu wt apa.

  9. aqumazlan says:

    yg HARAM tetap HARAM!!bg perempuan..berpeluk-pelukan dgn lelaki ajnabi adalah haram..mendedahkan aurat adalah haram…adalah tggungjwb setiap muslim untuk menegur kesalahan yg dilakukan muslim yg lain…

  10. aj says:

    Inilah akibat kalu straight “A” jer yg dikejar…. Patutnye berkejar2lah membudayakan “A” dalam cara hidup… ohh!!! Nur Amalina… Moga Allah memberi mu hidayah…

  11. Rizal says:

    kepada semua yang komen ni silalah hormati adik amalina kita.. 🙂

  12. Leong says:

    Itu hak dia untuk memakai apa yang disukai. Yg kau pula sibuk mencaci, “menasihat” dgn hipokritnya buat apa? Aku kenal sangat dgn orang2 spesis kau ni, nak mengejar akhirat/syurga tp tak kisah dunia. Patutlah dunia ramai dh nak mampus, semua dok fikir akhirat, boleh senang-lenang selama2nya, adakah aku BETUL! Dasar munafik haram jadah. Tak wujud dunia, tak wujud manusia apatah lagi akhirat! Gila nk duduk syurga, dengan hipokritnya nak menasihatkan orang lain, weh cermin muka diri dulu. Sumbangan kepada kemanusiaan pun tak pernah diberikan, sibuk duduk rumah mengaji, tengok Imam Muda, ni sumbangan kau kepada dunia? Sekurang-kurangnya Amalina berbakti kepada kemanusiaan melalui penyelidikan medikal, kau apa pulak? Jangan ko nak beri alasan yang aku seorang kafir makan babi tak layak berbahas dengan seorang Islam, kerana aku tau bahlol mcm kau gak yang akan menggunakan alasan ini.

  13. Mohd Zaid says:

    Ruang Komen ini telah di tutup.. ramai pulak yang nak bergaduh-gaduh kat sini.. sila hormati sesama sendiri dan jangan nak memburukkan sesama manusia..

Comments are closed.