SHARE


20120102-120911.jpg

Mood aku hari ni agak kurang baik sebab baru lepas dimaki hamun oleh seseorang dan di CIBAI kan. Apalah nasib badan, bekerja menjawab panggilan telefon ni memang banyak cabarannya. Memang banyak kene sabar dan beristifar kepada Allah.

Memanglah orang cakap customer is always right. Tapi kita sebagai manusia ada budi bahasakan? mana perginya budi bahasa orang melayu kita? Tak boleh ke kau sebagai seorang customer cakap baik-baik dan berbahasa apabila bercakap dengan seseorang manusia yang lain.

Aku taulah customer tu keluar duit beribu-ribu untuk businessnya. Jadi kalau ada apa-apa masalah kan boleh salurkan pada channel yang betul. Jangan la nak main herdik maki orang tak tentu pasal. Cuba kalau aku sebagai penjawab telefon cakap kasar? Sah-sah aku akan kena tindakan tatasusila pada orang atasan aku. Tapi kalau kau sebagai customer cakap kasar? Apa pula tindakan untuk korang? Biar Allah saja yang membalasnya.

Sebagai manusia budiman, aku pun ada harga diri dan perlu dihormati, jadi satu laporan telah aku buat kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya. Harap kes ni dapat perhatian daripada bos bos besar. Nak mintak customer sengal tu minta maaf balik kat aku.. Baru dia tau langit tu tinggi dan rendah.

So disini aku nak nasihatkan kepada mereka yang banyak duit tu. Yang kaya raya tu.. Tolonglah… Walaupun korang banyak duit sekalipun tapi kalau miskin budi pekerti, orang tak akan sanjung kau. Nescaya business yang kau lakukan juga tidak akan maju dan berkembang. Sebab kau berniaga tak ikhlas dan biadab.

SHARE
Previous articleUdara Segar Tahun Baru 2012
Next articleNur Amalina Che Bakri
Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

10 COMMENTS

  1. Sabar Zaid.. bekerja sbgai melayan kerenah pelanggan ni macam tulah.. lagi2 kalau jenis pelangan tu merasakan dia bayar kita untuk bagi service.. aku dah biasa alami situasi ni.. sabor jelah.. HUKUM customer is always right tu kekadang tak boleh pakai bro..

  2. Uiks.. Hm sabar ye Zaid.. Rasanya yang terbaik seperti yang Zaid lakukan lah.. Forward complain kepada pihak atasan kerana mereka pun kena protect employees mereka supaya credibility mereka tidak tergugat.. Harap bersabar ye Zaid..

  3. i biasa dgn customer mcm tu, bukan ajek marah2 dlm fon, yg dtg office dan bang table pun ada.travel agency mcm tu lah, sometimes we have to beralah even customer tu yg salah

LEAVE A REPLY