Selamat Tahun Baru 2012

 

Alhamdulillah syukur dapat menulis blog lagi hari ni.. dan secara rasminya ini adalah post terakhir aku untuk tahun 2011 dan Insyaallah tahun depan aku akan terus rajin menulis blog macam tahun-tahun sebelumnya. Esok kita dah melangkah ke tahun 2012 pula so apa azam tahun baru korang yek? ermmm aku dah malas nak berazam tahun baru ni sebab azam aku tak pernah aku nak buat. Kalau buat pun sampai tengah jalan azam tah kemana aku pun tah kemana haha.. Jadi tahun ni aku tak nak berazam apa-apa cuma aku nak buat yang terbaik dan jadi orang yang lebih baik tu je kot.

Tahun 2012 aku harapkan rezeki bertambah baik dan nak jaga kesihatan. Mugkin lepas ni aku akan lebih rajin bersenam atau pergi GYM ke.. haha kalau nak tahu aku ni tiap-tiap bulan bayar yuran gym tapi dah dekat 5-6 bulan aku tak jejak kaki kat gym tu.. membazir je kan.. so start 2012 ni aku nak rajinkan diri pergi sana. At least aku boleh jaga kesihatan dalam masa yang sama boleh kuruskan badan.. haha tu azam aku tiap-tiap tahun tapi sampai hari ni pun gemuk tak kurus-kurus haha.. apa nak buat dah nasib badan. Selera makin bertambah tak pernah surut.. kasi lah apa je makanan semua aku sumbat. Tapi Insyaallah lah tahun 2012 ni nak jaga kesihatan.. kurus atau nak badan ketul-ketul tu pekara kedua.. kalau dah tak sihat nanti nak kerja pun tak laratkan..

Tahun 2012 ni juga aku nak motivasikan diri supaya tak membazir. Ye aku mengaku aku ni boros dan suka membazir. Jadi tahun 2012 aku nak motivasikan diri supaya tak membeli benda-benda yang tak berfaedah. Lagipun apa yang aku nak semua aku dah dapat dan aku bersyukur sangat sebab rezeki yang Allah bagi tak pernah surut. Mungkin tahun 2012 aku kena rajin simpan duit, yelah umur dah tua, tak kawin-kawin.. so bila lagi nak kawin kan? jadi sekarang ni SEMANGAT nak simpan duit nak kawin pulak. Jangan ditanya aku bila nak kawin ok, tu semua kerja tuhan.. kalau ada jodoh adalah.. kalau ada jodoh tapi tak ada duit pun tak gunakan? nak kawin ni kena pakai duit banyak kalau tak berduit macam aku ni macam manalah nak bagi makan anak orang nanti kan.. diri sendiri pun masih mak tanggung. Insyaallah..

Tahun 2012 ni aku nak rajin cakap English. Aku mengaku aku tak pandai cakap english, tak pandai bukanlah maksud aku tak reti cakap langsung. Cuma aku tak pandai nak susun ayat bila bercakap dan tatabahasa aku memang berteraburlah. So lepas ni aku nak cakap BI dengan mak aku dan kawan-kawan kerja. Lantaklah kalau ada orang yang nak gelak. Aku tak rugi apa pun, at least aku belajar cakap dan menulis lama-lama Insyaallah boleh pandai. Aku pun ingat nak buat post english kat blog sekali dalam sebulan. So kalau ada kesalahan korang semua boleh betulkan ye.. Orang cakap kalau nak pandai dan berjaya kenalah belajar dari kesalahan dulu.. tul kan?

Ok lah sampai disini saje dan diharap tahun 2012 akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Bagi yang sudah berazam tahun baru tu harap korang semua berjayalah menyempurnakan azam korang tu nanti ye.. semoga ketemu lagi pada tahun depan 2012.. haha padahal esok je.. :P~

 

PS : Saje buat doodle dengan calender 2012.. share kat korang kalau korang suka korang ambik la ye.. :-)

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com