Hari Yang Malang Menjadi Hari Yang Best

 

Aku tak tahu kenapa sejak dua menjak ni hari-hari aku bagaikan ada sesuatu yang tak kena je. Buat apa pun salah tak buat pun salah. Nak kata malang tu sebenarnya agak kasar juga bahasanya tapi nak kata tak malang pun tak juga. Bagi pekerja macam aku ni hujung-hujung bulan poket pun kering kontang. Adalah dua tiga hengget je dalam kocek. Kisahnya bila dah tak ada duit ni kaki rajin pulak nak berjalan. Haha bukan jalan jauh pun jalan pergi bandar je.. So pergilah ATM kat Petronas sebab nak keluarkan duit. Sampai je kat situ dengan niat girang nak keluar 3-4 ratus tiba-tiba kad ATM aku rosak pulak. Adoiaaii dah la tengah kering ni, kebetulan pulak masa tu aku naik kereta dan minyak nak kontang. Lagilah berapi aku, time tak ada duit nilah semua nak habis.

So disebabkan kad ATM rosak aku pun isi lah minyak guna kad kredit. Sekali lagi tiba-tiba kad kredit aku pulak tak boleh pakai. Bukan sebab overlimit ok tapi disebabkan sistem kad masa tu tergendala pulak. Lagilah adoiaaii… So terpaksalah tawakal bawa kereta pergi cari stesen minyak yang lain. Agak kecut perut juga bawa kereta dengan tangki kosong ni. Buatnya tiba-tiba kereta mati kat tengah jalan kang kan dah nyaya dibuatnya. Tapi Alhamdulillah lah lebih 10km kereta tu jalan dan terjumpa kedai minyak lain. Nasib baiklah kat situ sistem kad diorang ok.

Berbalik pasal duit dalam poket tu, aku cuba cari ATM lain kot-kot boleh guna.. abis satu pekan Suntex, Balakong, Cheras aku redah tapi kat ATM aku masih tak boleh dikeluarkan kat ATM Maybank. WTF.. nak kata kad rosak aku jaga kad ni dengan cermat sekali. So dah terdesak sangat aku pun trylah kat ATM lain maksud aku bank lain. Aisehhh boleh pulak guna kad tu.. ermmm rasanya Maybank memang tak kasi aku keluar duit guna ATM diorang kot.. padahal kad tu adalah kad Maybank.. tak pasal-pasal RM1 kena tolak sebab guna ATM lain.

Ok pasal duit dah settle so aku pun nak gerak pergi KL mencari G TOWER nak ambik hadiah. So sampai je G Tower punyalah jalan kat KL ni jam gile.. hampir 2 jam aku tersangkut kat Jam dari Cheras. Ok Ok sampai G Tower rasa nak terkencing pulak. Jadi dengan pantas aku pergi cari parking kereta dan terus cari tandas. Aku rasa mata aku tak buta lagi dan masih pandai baca symbol lelaki dan symbol perempuan. Jadi aku masuklah dalam tandas untuk lepaskan niat. Lepas kencing siap sikat-sikat rambut lagi. Tiba-tiba seorang perempuan dengan tanpa segan silu masuk tandas yang sama. Aku pun apa lagi cakap kat perempuan cina tu dia salah masuk tandas. Tapi perempuan tu bila nampak aku terus menjerit terkejut. Adoiaaiii apahal pulak perempuan ni terpekik terlolong ni. Aku dah cuak dah. Rupa-rupanya perempuan tu terkejut sebab aku masuk tandas perempuan.. hahaha.. padan lah dia menjerit.. aku pun apa lagi terus keluar dan minta maaf sebab tersalah masuk tandas.. dengan sinisnya perempuan cina tu dari terpekik terlolong terus tergelak terbahak-bahak.. haha aku pun kelakar gak waktu tu.. nasib baiklah masa aku masuk tak ada perempuan yang tengah test pakai ipad. haha kalau tak mau pengsan dibuatnya.

Hari malang aku bertambah hebat apabila balik dari G Tower dengan hati berkobar nak update blog, tiba-tiba laptop aku buat perangai lama. Asik keluar error Hardware Malfunction dan Grafik card error. Kejap-kejap blue screen kejap-kejap screen jadi blur. Aku memang tak boleh blah kalau laptop aku problem sebab banyak kerja-kerja blog dan gambar event dalam tu. Disebabkan hari ini hari malang bagi aku, jadi aku mengambil keputusan nak beli laptop baru. Jadi hasilnya sebiji Mac Book Pro terbeli.. haha malang sebab terpaksa keluar banyak duit tapi aku happy sebab semua pengalaman malang aku diakhiri dengan berita gembira. Lebih happy sebab sekarang aku update blog guna Mac Book Pro memang terbaik dan pantasss…

Ya dalam hidup kita tak semestinya hari yang malang tu akan terus malang, jangan jadikan malang itu sebagai halangan nak buat benda-benda yang baik.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Hari Yang Malang Menjadi Hari Yang Best

  1. TianChad says:

    Stay positive =D

  2. Skang nie mesti ko enjoy sangat2x guna MACPRO….

  3. Mohd Zaid says:

    bro @Hazman .. memang syok gile skrg guna mac pro ni.. laptop idaman la katakan.. hehe

  4. Mohd Zaid says:

    thanks @TianChad .. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *