Pelancaran #DGiPhone4s Di DiGi SoHo

Ini adalah cerita sambungan dari Apa Yang Menarik Di DiGi Insiders 2011 , Bangunan Hijau Kerja Pun Hijau dan Unboxing DiGi iPhone4s di DGInsideJob. Pada sebelah malam hari kedua di DiGi Insiders 2011 kami dibawa ke DiGi SoHo di Solaris Mont Kiara bagi menyaksikan kemeriahan pelancaran dan melihat sendiri bagaimana operasi jualan iPhone 4s disana.

Pertama kali aku tengok secara live orang beli iPhone 4s, sebenarnya ada diantara pembeli ni yang dah tunggu dan beratur untuk dapatkan nombor giliran sejak dari pukul 5 petang lagi. Semata-mata nak dapatkan iPhone 4s, yaaahhh aku pun teruja sangat sebab bagi aku iPhone 4s ni memang dah terbaik untuk smartphone yang multitasking.

Lebih kurang 170 orang yang beratur dan membeli iPhone 4s mereka pada malam tu.. tapi sebenarnya ramai yang dah order secara online dari laman web DiGi. Jadi mereka yang tinggal jauh tu akan menerima iPhone 4s mereka melalui pos.

 

 

Kesemua DiGi Super Bloggers yang join DiGi Insiders 2011 ni hadir pada malam 16 Disember hari tu. Sambil belajar bagaimana operasi jualan kami juga diberi peluang untuk membeli iPhone 4s di laluan VIP. Huhu nak beli tak ada duit pulak waktu tu.. ermm mungkin aku akan beli dilain hari. Apa-apa pun aku tetap akan beli iPhone 4s ni melalui DiGi sebab dengan DiGi dapat diskaun dan pekej yang ditawarkan sangatlah murah giler..

 

 

Inilah pembeli no 1 #DGiPhone4s di Malaysia. Beliau dah tunggu dan beratur sejak dari jam 5 petang lagi untuk dapatkan nombor giliran. Perrrhhh memang peminat setia Apple betul dia nih kan.. Huhu tak sangka pemalu orangnya.. nak tanya lebih-lebih aku pulak jadi segan haha..

 

 

Pelanggan DiGi yang menunggu pintu masuk di buka jam 12 tengah malam. Apa lagi masa countdown ni kita boleh makan-makan.. sebab DiGi menyediakan makanan percuma untuk para pelanggannya. Wow baguslah, sambil menunggu giliran boleh reload perut juga..

 

Jam 12 tengah malam, DiGi Soho dikerumuni oleh orang ramai yang ingin membeli dan melihat sendiri iPhone 4s. Agak bz juga malam tu dibuatnya dan rata-rata ramai pembeli berpuas hati dengan layanan dan khidmat pelanggan dari pihak DiGi.

 

 

Suasana tenang walaupun orang agak ramai yang datang untuk beli iPhone 4s mereka. Staff dari DiGi sentiasa membantu para pelanggan dan menerangkan pekej yang disediakan untuk pembelian.

 

Hoho ikut nombor giliran ye.. so orang ramai kena beratur dulu sebelum nombor giliran mereka dipanggil. So semasa menunggu staff DiGi sempat menerangkan pekej yang ditawarkan kepada para pelanggan.

 

iPhone 4s bermula dari RM55/sebulan yang ditawarkan oleh DiGi. Untuk maklumat lanjut boleh refer kat laman web DiGi atau kunjungi DiGi yang berhampiran.

 

 

Satu yang aku agak kagum disini, pihak DiGi memberikan makanan (steamboat) percuma kepada pelanggannya. Makan sampai kenyang selagi boleh dan semua bayaran ditanggung oleh DiGi. Ini merupakan salah satu cara promosi dan tarikan yang dilakukan oleh DiGi untuk pelanggan setia mereka. Tahniah DiGi 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pelancaran #DGiPhone4s Di DiGi SoHo

  1. Alice says:

    Tang makan free tu mmg best 🙂

  2. Mohd Zaid says:

    haha pasal makan cepat je ko komen kan alice..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *