Bangunan Hijau Kerja Pun Hijau

Cerita ni adalah sambungan dari tajuk Apa Yang Menarik Di DiGi Insiders 2011. Okey semua orang dah tahukan bahawa DiGi di D’House sentiasa mengamalkan konsep kehijauan dalam pejabat. Terdapat sebuah lagi bangunan yang terletak di hadapan D’House merupakan sebuah bangunan hijau yang sangat unik dan dilengkapi dengan ciri-ciri penjimatan tenaga elektrik dan air. Tak sangka pulak aku dari dinding bangunan kita boleh tanam pokok kat situ. Pokok yang dimaksudkan adalah pokok pandan yang mengeluarkan haruman. Di Bangunan Hijau ni kami diterangkan dengan

 

Bila lihat dari jauh, Pokok Pandan yang di tanam berbentuk vertical. Menurut mereka fungsi utama pokok ini di tanam adalah bagi mengurangkan tenaga yang tidak digunakan masuk kedalam bangunan. Jadi dengan adanya pohon hijau ini dalam bangunan akan sentiasa rasa sejuk dan nyaman. Jadi penggunaan tenaga aircond pun dapat dikurangkan dalam masa yang sama ianya akan menjimatkan tenaga elektrik dan wang ringgit. Aircond dan lampu disini menggunakan sensor dimana kalau ada orang yang duduk kat dalam atau lalu lalang baru menyala. Kalau tak ada orang sistem aircond dan lampu akan tutup sendiri secara automatik.

 

Inilah dia pohon Pandai yang di zoom dengan lebih dekat. Pokok ni tak perlu di siram sebab ianya akan di siram secara automatik dengan simpanan air hujan melalui paip yang disediakan. Penggunaan air hujan amat penting dalam sumber makanan flora sebab air hujan tak tercemar. Jadi pokok pun akan hidup sihat dan mengeluarkan oksigen yang bersih.

 

 

Ruang pakir kereta juga dilengkapi dengan ciri kehijauan. Lihat gambar diatas dimana kalau kereta pakir kat situ minyak-minyak yang keluar dari kereta akan mengalir ke dalam longkang khas dan daun rumput akan menyerap lebihan minyak dan dimasukkan terus ke dalam longkang.

 

Alat penyiram rumput dan pokok secara automatik. Pokok dan rumput kat sini memang segar-segar sebab apa? ianya dapat air yang cukup dan di tanam secara teratur dan bersih.

 

 

Suka dengan kata-kata semangat ini, Be Respectful, Keep Promises, Be Inspiring dan Make It Easy.. itulah kata-kata yang korang akan nampak disini. Huhu apa sebenarnya yang ada dalam bangunan hijau tu?.. maaflah tak ada gambar sebab kami tak dibenarkan ambil gambar dalam bangunan hijau.  Apa yang boleh aku cakap.. dalam bangunan hijau tu sangggggaaaatttttttt awwweeesssoooommmmeeee… memang best sangat.. macam berada dalam makmal Nasa .. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Bangunan Hijau Kerja Pun Hijau

  1. Alice says:

    Bestlah keje sana. Ade keje kosong x?

  2. Mohd Zaid says:

    ada je.. try la apply alice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *