Apa Yang Menarik Di DiGi Insiders 2011

Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan masa berada di DiGi Insiders 2011 minggu lepas. Sebuah program yang membawa beberapa Digi Super Blogger bertuah ke HQ DiGi dan merasai sendiri pengalaman dan melihat cara kerja staff mereka disana. Terima kasih kepada NuffnangMY dan DiGi sebab sudi pilih aku sebagai salah seorang blogger yang bertuah untuk merasai pengalaman disana. Program DiGi Insiders 2011 ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 14 Disember hari tu hingga 16 Disember di D’House DiGi bersama 5 orang pemenang (Digi Super Blogger) yang lain iaitu Azham, Putra, Rayyan, Ruby dan Cho Dixxon.

Satu pengalaman yang tak dapat di kutip dimana-mana semasa disini. Lihat cara kerja diorang, cara pergaulan, cara melayan tetamu sangat menarik. Bayangkan anda boleh makan dan berborak-borak dengan CEO, CMO tanpa ada jurang batas. Semua orang sama disini tak kiralah kau pangkat apa pun budaya hormat menghormati dan saling bantu membantu menjadikan mutu kerja lebih teratur dan bagus.

 

Ruby, Azham, Rayyan, Cho Dixxon, Putra dan aku sangat teruja waktu ni. Masa ni hari pertama jadi kami semua datang awal.. sambil menunggu orang dari DiGi, kami ambil kesempatan untuk beramah mesra sambil bertukar-tukar cerita tentang blog dan event terkini. Ada diantara mereka ni yang baru pertama kali datang ke D’House, bagi aku tak rasa ralat sangat sebab ini kali yang ke 3 aku kesini. Rasanya hampir keseluruhan bangunan D’House ni aku dah lawat.. memang best.

 

Sepanjang berada disini selama 3 hari kami semua di jaga dengan baik sekali oleh En. Mark Lee. Kita orang panggil dia cikgu Lee sebab dialah yang banyak memberi penerangan kepada setiap agenda yang dilakukan disini. Gambar dia nanti aku upload kemudian haha..  Agenda pertama disini adalah D’House Tour dimana kesemua blogger di bawa oleh En. Joachim melawat kesemua tempat di D’House ni.

Kalau korang kesini korang akan rasa macam berada di luar negara dan di pulau je rasanya. Sebabnya setiap bilik disini di namakan sebagai pulau-pulau dan negara yang terdapat di Malaysia dan dunia. Antara nama bilik  yang mereka gunakan adalah Ba Bados, Bahamas, Bermuda, Cuba, Hawaii, Pangkor, Penang, Perhentian dan banyak lagi.. contoh kalau mereka nak meeting ke atau buat discussion diorang akan cakap “Beb jom pergi Hawaii” haha padahal nak pergi meeting kat bilik Hawaii.. cool kan?..

 

Disini juga terdapat Mini Studio (Simplycity) dimana ianya boleh memuatkan lebih kurang 100 orang dalam satu-satu masa. Bilik studio ni juga boleh di ubah suai mengikut aktiviti yang nak dilakukan. Boleh juga dijadikan bilik tayangan filem dan macam-macam lagi.

 

Pekara yang menarik dan paling aku suka kat sini adalah mereka mengamalkan konsep kehijauan dalam bangunan dan tempat kerja. Jadi kami mengamalkan berjalan menggunakan tangga dari menggunakan lif. Jimat elektrik kan?.. Tangga disini juga dihiasi dengan lukisan hutan dan kehijauan dari kanak-kanak. Sangat unik.

 

Unik! Lukisan yang penuh dengan makna yang tersirat dari pelukisnya. Ermmm bagi aku ianya sangat cantik dari biar dinding tangga tu kosong baik buat lukisan macam ni kan.. at least sedap mata memandang..

 

Setiap dinding disini, di hiasi dengan bunga-bunga dan daun segar yang membangkitkan lagi rasa alam semulajadi di tempat kerja. Oksigen yang di keluarkan oleh bunga dan daun segar ni boleh mengurangkan tahap stress di tempat kerja tau kalau korang nak tahu. So bila stress kurang kerja pun bertambah baik.

 

Di D’House terdapat sebuah air tejun buatan dan yang paling menarik adalah kedai makannya di atas bukit. Nama kedai makan pun unik iaitu ‘Reload’ dimana kita boleh reload (isi) perut dengan makanan yang sedap dan murah disini.

 

Disini terdapat juga tempat beriadah dan bersukan untuk staff. Disini mereka boleh melakukan aktiviti senaman dan release tension dengan menikmati pemandangan indah dan kehijauan flora dan fauna.

 

Selesai aktiviti jelajah D’House tiba masanya untuk kami makan tengah hari. Errrmmmm sangat sedap tau spaghetti ni. Rasa rugi pulak tak ambil 2 bungkus haha..

 

Semasa makan tengah hari, kita orang beramah mesra dengan orang di sebalik tabir DiGi Social Media Team yang menggendalikan twitter @DiGi_Telco dan Facebook DiGi. Mereka yang dimaksudkan ialah Doris dan Hasan, menurut Doris beliau akan memastikan setiap aduan yang diterima menerusi (Twitter/FB) mendapat maklum balas yang terbaik dan pantas. Selain tu diorang ni turut membantu dari segi promosi dan jenama DiGi melalui Social Media kepada para pelanggan DiGi. Memang seronok jumpa mereka berdua ni banyak pengalaman yang diorang kongsi bersama kami. Aku ingat senang kerja dalam bahagian Social Media ni tapi rupanya susah juga. Yelah mana tak susah setiap hari nak melayan karenah pelanggan yang bermacam-macam kat luar sana tuh. Apa-apa pun selamat maju jaya untuk mereka berdua.

 

PS : Bersambung ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Apa Yang Menarik Di DiGi Insiders 2011

  1. ain says:

    mcm mne ley terpilih..untung la dapat lawat tempat DIGI tu..bersamamu hehehe ape lg yg dorg tunjukkan ? citer la lg zaid

  2. Mohd Zaid says:

    @ain terpilih sebab join DiGi Super blogger kat website nuffnang hari tu..

  3. suasana tempat tue dah memang nak gempak la bro….

  4. Mohd Zaid says:

    bro dah pergi sana ke?.. mmg best tempat tu.. chill je..

  5. John Ferrel says:

    Awesome pictures from the insiders my brother from India 🙂 Have some friends there..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *