Nak Buat Photobook Dari Phototalkz – Milkadeal

 

Serius aku cakap aku ni seorang yang pelupa dan sampai bertahun-tahun janji ngan orang tapi tak tunaikan.. sebenarnya ceritanya begini. Aku dah janji ngan kakak aku nak siapkan photobook kawin dia, tapi aku ni bukan jenis yang pandai nak design-design gambar bagai sampailah dia dah beranak kini photobook dia tak ku siap-siapkan lagi haha.. sorry ye along nanti aku siapkan secepat mungkin okey..

Hari ni bila masuk website MilkAdeal.com ternampak satu promosi photobook dari Phototalkz. Harganya boleh tahan murah gak kalau nak bandingkan dengan syarikat lain. Mujurlah ada Milkadeal yang buat promosi ni bolehlah aku beli dan design sendiri photobook kawin kakak aku nanti. Untuk pengetahuan sekarang di Milkadeal tengah buat promosi RM52 (bernilai RM208) untuk Satu Album Buku Foto Image Wrap Bersaiz 8 x 6 inci – Laminasi Pusam di Phototalkz [Diskaun 75%].

Memang boleh dikatakan ini adalah tawaran yang paling murah aku jumpa. Tengok testimoni dan komen dari mereka yang telah menggunakan perkhidmatan Phototalkz ni semua cakap service mereka bagus dan kualiti gambar yang di cetak sangat memuaskan. Baguslah! harga murah tapi service menarik.

Aku tanpa segan silu telah membeli 2xRM52 untuk promosi ni. Ini saja hadiah hari perkahwinan yang boleh aku bagi pada kakak aku dan suaminya. Walaupun dah lambat tapi memori indah tetap dan kekal abadi sampai akhir hayatkan.. Melalui gambar jugalah kita boleh ingat dan mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain..

 

Apa Yang Anda Dapat

Satu 8″ x 6″ Album Buku Foto – Laminasi Pusam (38 muka surat)
Termasuk caj penghantaran kepada Semenanjung MalaysiaDitawarkan buat masa yang terhad sahaja, anda boleh mendapatkan buku foto anda sendiri dari PhotoTalkz pada harga hanya RM52! Saiz album adalah 8 inci x 6 inci. Muka depan buku foto adalah laminasi kusam, di mana kesan jari-jemari tidak akan melekat padanya. Anda tidak perlu gusar untuk menunjukkan buku foto anda kepada rakan-rakan lagi! Perkhidmatan penghantaran adalah percuma bagi Semenanjung Malaysia. Namun, bagi mereka yang berada di Malaysia Barat (Sabah & Sarawak), anda dikehendaki membayar bayaran tambahan sebanyak RM15 untuk menerbangkan buku foto anda ke sana!

 

Pembelian boleh dibuat melalui laman MilkAdeal.com sekarang. Cepat tawaran dah nak tutup jadi siapa cepat dia dapat okey.. Lepas beli voucher ni korang boleh masuk laman web Phototalkz dan download software yang diorang sediakan.. memang senang nak design sendiri photobook korang dengan software ni.. so bila dah design korang boleh email mereka dan tunggu penghantaran dirumah. Penghantaran adalah percuma.. kira okeylah kan harga murah dan siap ada free delivery lagi..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *