Sudah Tiba Masanya Untuk Renew Domain Mohdzaid.com

 

Hari ni dapat email yang mengatakan domain blog ni dah nak expired. Hurray!! duit lagi.. haha tapi tak apalah bukan mahal mana pun domain ni.. RM35 untuk setahun mahal ke?.. kalau beli topup RM30 tu sehari pun boleh habiskan..

ok rasanya aku nak renew 2 tahun teruslah senang cerita dan tak perlu susah-susah nak renew lagi. Manalah tahu kot-kot dua tahun lagi tengah pokai ke at least ada gak payung sebelum hujan kan kan..

Sebenarnya saja je nak renew awal sebab notification email pertama baru je dapat. Lagipun domain tu akan expired pada 6-Jan-2012 nanti tapi risau gak sebab aku buat pembelian melalui kad kredit tapi disebabkan kad kredit tu pun dah expired juga jadi fungsi auto renew pun jadi sia-sia je..

Sekarang tengah tunggu pihak hosting generate balik invoice baru untuk 2 tahun terus.. sebab invoice sedia ada untuk setahun je.. nanti aku update korang bila dah berjaya renew ye.. hoho.. harap tahun-tahun akan datang ni blog Mohdzaid.com bertambah-tambah rezeki dengan pelbagai lagi advertorial hendaknya.. amin … hehe.. 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *