Jangan Kedekut

Tadi masa jenjalan blogwalking terjumpa pula satu hadith ni kat website JAKIM, Alhamdulillah harap-harapnya aku tidak tergolonglah dalam orang-orang yang kudukut ni atau lebih dikenali sebagai Haji Bakhil bin Haji Kedekut.

Kalau ya pun Insyaallah aku akan cuba perbetulkan dimasa akan datang. Memang benar orang kedekut ni tidak akan berkat duitnya kalau tidak di kerjakan ke jalan Allah seperti bersedekah kepada fakir miskin, berzakat dan lain-lain.

Definasi kedekut ni tak tertumpu kepada duit je, kedekut ni boleh juga tergolong dalam kehidupan. Contohnya dalam sehari berapa kali kita sedekahkan doa kepada ibu bapa kita?.. berapa kali kita lafaz Alhamdulillah tanya syukur kepada Ilahi? dan banyak lagi..

Jadi aku nak ingatkan diri sendiri supaya tidak tergolong dalam mereka yang kedekut ni dan sentiasa berbuat baik kepada semua orang yang memerlukan bantuan. Insyaallah kita buat yang mana perlu selagi termampu..

PS : Kalau ada duit lebih janganlah kedekut beli makanan kucing dan bagi makan kat kucing-kucing terbiar tu

 

Hadith :

Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu.” Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian

Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah. – Sumber JAKIM

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com