Orang Kajang Memang Terbaik!

AirAsia X The Great X-cape

dalam Sponsored Post oleh

Pernah tak anda terfikir untuk pergi bercuti dan menikmati keindahan alam semula jadi? pernah tak terlintas dalam fikiran anda bahawa percutian yang diimpikan itu adalah percutian yang paling menakjubkan? pernah tak anda terfikir bahawa percutian yang diidamkan itu adalah percutian yang ditanggung semua kosnya?. Ya semua mimpi itu telah menjadi kenyataan bagi diri saya, kerana saya telah berpeluang untuk melancong ke New Zealand secara percuma tahun lepas bersama mann søker mann i Sandefjord Airasia X. Rasanya mesti ramai yang nak pergi bercuti ke New Zealand juga kan?.. nak tak? kalau nak saya ada satu berita yang sungguh menggembirakan untuk anda semua. Apa dia? ok bacalah dulu pengalaman percutian saya ke jongeren dating New Zealand ini.

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri itulah pepatah yang selalu disebut dalam pembelajaran di sekolah. Memang betul hujan emas di negeri orang. Siapa yang pernah pergi New Zealand pasti akan berkata sedemikian. Ingat lagi pengalaman bercuti ke New Zealand satu ketika dulu dimana ia merupakan percutian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. New Zealand merupakan sebuah negara aman dan cantik yang penuh dengan kehijauan dan udara yang sangat segar. Memang anda patut jadikan New Zealand sebagai salah satu tempat untuk melancong dalam diari anda. New Zealand bukan sekadar negara yang penuh dengan keindahan tetapi ia juga negara yang penuh dengan aktiviti extreme yang boleh kita lakukan disana.

 

 

Banyak tempat yang menarik boleh dilawati di pulau selatan New Zealand antaranya Skyline Queenstown. Disini cuaca memanglah sangat sejuk, kalau bukan musim winter pun disarankan untuk bawa baju sejuk. Pemandangan dari gunung Brecon St disini sangatlah menawan kalbu lebih lagi mereka yang pertama kali merasai cuaca sejuk macam saya ni. Di Skyline Queenstown anda boleh menaiki Gondola dan cable car yang sangat unik. Sini juga anda boleh mencuba sendiri menunggang Skyline Luge yang menggunakan daya tarikan graviti untuk berfungsi. Pada sebelah malam pula anda boleh mempelajari dan menikmati tarian kebudayaan New Zealand iaitu tarian Kiwi Haka.

 

Kiwi Haka Queenstown Maori Calture. New Zealand atau nama sebenarnya AOTEAROA yang bermaksud “ datingbureau amsterdam The Land of the  Long White Could” dan nama bagi Selatan pulau New Zealand pula adalah “ hvad skriver man på netdating Te Waipounamu, Te Waka a Maui” yang diberi oleh pendatang awal Polynesia Timur yang membina budaya tersendiri dan kini dipanggil Maori. Puak Maori mempunyai pelbagai khazanah yang tersimpan di New Zealand dan yang kian popular adalah tarian mobile chatting sites free Hakanya. Satu pengalaman yang cukup menakjubkan apabila dapat mempelajari sedikit sebanyak tarian kebudayaan mereka disini dan pastinya ini adalah satu pengalaman yang cukup berharga yang tidak akan dilepaskan kepada sesiapa yang berkunjung ke New Zealand.

 

Sekiranya anda teringin benar untuk merasai pengalaman sebenar berada di Antartika jangan risau kerana di New Zealand terdapat satu pusat dimana mereka menyediakan perkhidmatan untuk merasai sendiri kehidupan sebenar di tempat beku seperti di antartika. Christchurch Attractions International Antarctic Centre merupakan salah satu tempat yang wajib sekiranya anda bercuti ke New Zealand. Disini anda boleh mencuba Indoor Attraction, Hagglund Rides dan 4D show yang sangat seronok.

 

Salah satu perkara extreme yang WAJIB anda lakukan di New Zealand adalah mencuba sendiri Kawarau Bridge Bungy. Memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila merasai sendiri terjunan berduna (Tandem) bersama ibu tercinta pada ketinggian 43 meter. Perasaan takut jadi hilang apabila mengenangkan inilah pengalaman yang terindah seumur hidup yang pernah saya lakukan di New Zealand. Jangan risau yang ada darah tinggi ke ada kencing manis ke sebab permainan ini sangat selamat, memang rugilah kalau datang jauh-jauh tapi tak mencubanyakan..

 

 

Pengalaman diteruskan dengan mencuba pelbagai aktiviti extreme disini. Shotover Canyon Swing Queenstown merupakan satu permainan yang tidak mungkin saya mencubanya kerana sebenarnya saya takut akan ketinggian. Tapi apalah kalau difikirkan kembali perasaan takut itu pasti akan lenyap sekiranya saya mencubanya dan perasaan gembira pasti terpahat dalam hati sanubari ini.  Apa sebenarnya Shotover Canyon Swing ini?.. Shotover Canyon Swing merupakan lompatan tercenuram didunia (World Highest Cliff Jump) dimana ianya berketinggian 109 meter / 360 ft dari sungai Shotover dan merupakan permainan paling extreme yang pernah saya buat seumur hidup saya. Klik link atas tu dan tengok video terjunan yang saya buat.. pastinya sangat teruja untuk anda semua berkunjung disini kan..

 

Pernahkah anda terfikir untuk menaiki Shotover Jet Boat? Sekiranya tiada.. anda pasti rugi besar kerana jet boat ini sangat unik. Boat yang dipandu oleh mereka yang terlatih ini bergerak dengan sangat pantas selaju 85kph sejam diatas air cetek dan berbatu. Pengalaman menaiki bot laju ini memang sangat diidamkan saya semasa melancong ke New Zealand. Yelah mana nak merasa kat Malaysia bot laju gila macam ni.. yang bestnya bot ini akan membawa anda menyelusuri sungai Shotover dengan pemandangan yang cukup indah. Satu perkara yang penting ketika menaiki bot ini adalah keselamatan kerana bot ini akan berpusing sehingga 360 darjah dan akan membuat penumpang rasa pening.

Banyak lagi aktiviti menarik saya bercuti ke New Zealand bersama AirAsia X dan anda boleh melihatnya disini Bersantai di Queenstown, Terrace Downs CanterburySepetang di Lake Tekapo, Thrillseekers Claybird Shooting, Hanmer Springs Thermal Pools & Spa dan Heritage Hotel Hanmer Springs.

Terima kasih AirAsia X kerana menyediakan perkhidmatan penerbangan tanpa henti ke New Zealand dengan tambang murah. Kini sesiapa sahaja boleh melancong ke New Zealand tanpa sebarang halangan. Untuk pengetahuan anda semua kini AirAsia X sedang mengadakan satu peraduan khas untuk mereka yang berminat untuk melancong ke New Zealand dalam AirAsia X The Great X-cape.

Ayuh! apa tunggu lagi, inilah peluang seumur hidup untuk melancong ke New Zealand secara percuma. Jom sertai AirAsia X The Great X-cape sekarang dan jadilah mereka yang bertuah. Untuk makluman peraduan AirAsia X The Great X-cape ini akan mula pada 8 Disember 2011 ini dan hari ini anda sudah boleh mendaftar dan membina TEAM kegemaran anda untuk melayakkan ke peringkat seterusnya. Caranya amat mudah sekali jom kita daftar sekarang di AirAsia X The Great X-cape

 

Langkah pertama : Masuk laman http://www.thegreatnzxcape.com/ dan pilih GET STARTED!

Peraduan ini bermula dari peringkat pendaftaran dari 17-November-2011 hingga 07-Disember-2011, jadi jom daftar sekarang dan buatlah team pilihan anda. Hanya 4 langkah untuk anda berjaya iaitu Pilih persona travel anda, sambung ke rankaian Facebook, buat pasukan (team) dan ajak rakan-rakan menyertai pasukan anda. Anda juga boleh bermain secara persendirian (solo). Tunggu sehingga 8 Disember dan mulakan permainan anda.

 

 

Pilih CONTINUE dan buat pemilihan Travel Persona anda. Setiap persona pilihan mengandungi bonus rahsia dan pelbagai cabaran.

Terdapat 4 persona travel yang boleh dipilih. Antaranya The Scene-It-All, The People’s Traveller, The Epic Thiriller dan The Eco Traveller. Sila pilih manakah kesukaan anda..

Setelah membuat pemilihan persona traveler, anda diminta untuk membuat pendaftaran dan lengkapkan Email, Nama, No IC dan nombor telefon. Sila baca Terma & Syarat sebelum menghantar pendaftaran.

Selesai pendaftaran, anda bolehlah menghebahkan peraduan ini kepada rakan-rakan yang lain melalui Facebook.

Tahniah!! selepas pendaftaran berjaya anda boleh memilih samaada hendak bermain secara solo atau berkumpulan. Bagi saya bermain secara berkumpulan lebih menarik. Sekiranya anda ingin bermain secara kumpulan, klik CREATE A TEAM untuk mereka nama kumpulan.

Binalah nama kumpulan dan jemput rakan-rakan Facebook anda menyertai kumpulan anda.. dan tunggulah sehingga 8 Disember 2011 untuk peringkat yang seterusnya. Ingat jom daftar sekarang di http://www.thegreatnzxcape.com/ sebelum terlambat.

Hadiah yang ditawarkan SANGAT! SANGAT! Lumayan… Hadiah Perdana merupakan (Trip of a Lifetime Holiday Packages for 4) bagi kumpulan dan (Trip of a Lifetime Holiday Packages for 2) untuk mereka yang bermain secara solo. Ingin jelajah NEW ZEALAND ?? Apa tunggu lagi jom join http://www.thegreatnzxcape.com/ dan terokailah dunia yang penuh dengan keindahan alam semulajadi ini.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

7 Comments

  1. wah.. dah buat bungy jumping ye.. kami kat sini pun belum lagi…hehe (takut lorhhhh).

    NZ ni memang sangat bersih dan cantik.. Bagi mereka yang suka keriuhan dan kemodenan NZ bukanlah tempatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas