Teringin Nak Bercuti Ke Korea

 

Hujung tahun dah beb! cuti tahunan banyak lagi nih. Nak habiskan atau nak simpan untuk tahun depan?.. OMG tahun depan aku masih tak booking nak pergi bercuti ke mana-mana lagi ni. Sekarang ni dalam fikiran aku asik terfikirkan Korea je.. ni semua penangan cerita-cerita Korea kat tv la nih.. Sekarang ni pun ramai artis-artis KPOP yang datang ke Malaysia buat show tu kot yang buat aku terbawak-bawak sampai mengidam sangat nak ke Korea. Kalau korang nak tahu, sekarang aku still layan cerita korea sampai tengah malam. Kekadang kalau cuti tu dari satu episod sampai lah episod akhir aku melayan cerita mengarut ni.. tapi syok je layan cerita korea ni boleh gak ilangkan stress kepala otak aku ni.

Apa lah yang best sangat kat situkan?.. ermm entahlah sekali-sekala terbaca blog abang Budiey yang kerap ke sana dan baca pengalaman beliau tu yang buat aku begitu teruja. Sekarang ni pun tiket penerbangan ke sana agak murah, tak sampai pun RM500 untuk tiket return. Lagilah buat aku berkobar-kobar nih..

Tapi orang cakap ukur baju badan sendiri.. jadi dengan kegawatan ekonomi aku sekarang ni tak boleh nak mengada-ngada  nak pergi berjalan sana.. simpan dulu duit banyak-banyak mana lah tahu nak pakai duit ke nantikan bila terdesak.. :(  lagipun kalau pergi Korea nak cari makanan halal agak susah dan satu benda yang paling aku tak suka bila pergi berjalan luar negara adalah tandasnya yang tak ada paip.. perhhhh kalau nak booboo macam mana pulak nantikan?.. haha teringat kes aku berjalan kat Hong Kong dulu yang kekeringan air untuk cebok.. haha..

Apa-apa pun aku memang niat dan teringin sangat nak ke Korea.. mungkin sekarang bukan masa yang sesuai lagi. Lainlah kalau ada orang yang nak sponsor ke tu lain ceritalah kan.. tapi aku berharap sangatlah satu keajaiban berlaku tahun depan.. mana tahu aku menang contest RM1 juta ke kan.. rezeki kita tak tahu tul tak..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , . Bookmark the permalink.