Orang Kajang Memang Terbaik!

Ceria Bersama – Great Family Time Contest

dalam Sponsored Post oleh

Kehidupan memang tak sah kalau tak seiring dengan teknologi. Sebut pasal teknologi pula, sekarang ni boleh dikatakan semua rumah ada komputer jangan kata di bandar sekarang ni kat kampung pun dah ada komputer. Semua ni penting untuk menjadi Malaysia negara maju dan berwawasan 2020. Baguslah sekarang orang kampung dah mula menunjukkan minat dalam dunia IT. Pihak kerajaan dah majukan kawasan kampung dan pihak NGO pun turut membantu dalam mendidik dan mentransfomasikan minda masyarakat kedalam dunia cyber nih.

Dalam hidup aku pula komputer, internet dan handphone memang tak dapat dipisahkan, setiap hari aku mesti gunakannya. Sejak 15 tahun lalu aku dah mula mengenali komputer dan dari situ banyak perubahan dan impak dalam diri ni dan kini ianya mengalir kepada keluara aku pula. Jadi apakah kepentingan komputer dalam kehidupan dan keluaga aku?.. jom aku cerita sikit. Bagi aku, komputer itu satu kemudahan komunikasi yang paling sesuai digunakan di masa kini. Banyak ilmu yang boleh kita perolehi melalui penggunaan komputer. Disamping itu, aku juga boleh bersosial di dalam laman sosial seperti facebook, twitter dan pelbagai lagi. Pada masa kini, facebook atau twitter sudah menjadi satu kewajiban untuk kita berhubung antara satu sama lain tidak kira sahabat mahupun keluarga.

 

Kami sekeluarga menggemari dan menggunakan Windows 7 dan Office 2010

 

Jadi ini sudah menjadi kepentingan buat kita kerana dimasa kini banyak syarikat dan urusan pejabat boleh dilakukan melalui komputer. Untuk tidak melepasi info terkini, kita perlulah sentiasa mengikuti perkembangan arus teknologi ini. Salah satu nadi utama pada sesebuah komputer adalah perisiannya (Operating System). Terbaik yang pernah aku gunakan adalah Windows 7 dimana OS ini sangat pantas dan tidak ada sebarang masalah pun ketika menggunakannya.

 

 

Untuk makluman semua Windows 7 yang aku gunakan adalah yang tulen, kenapa aku suka gunakan produk yang tulen (Genuine) kerana Windows sentiasa mengemaskini perisian yang dibekalkan mereka. Jadi komputer yang digunakan tidak akan berlaku sebarang masalah dikemudian hari. Selain itu penggunaan perisian Windows 7 dan Office 2010 yang tulen akan mendatangkan pelbagai kebaikan dari menghalang serangan virus dan spyware serta boleh mengurangkan risikonya. Ramai yang tidak ketahui bahawa dari penggunaan perisian yang tulen membolehkan pengguna mengakses bahagian Support (Khidmat Sokongan) daripada Microsoft pada bila-bila masa dan dimana jua. Jadi lepas ni jangan lagi guna perisian cetak rompak tetapi dapatkan perisian Windows 7 dengan Office 2010 yang asli.

 

Menulis blog menjadi lebih pantas dan selesa dengan Windows 7

 

Banyak lagi kemudahan yang boleh kita gunakan dengan kelebihan Windows 7 ini. Perisian terbaru dan terbaik sekarang ni adalah Office 2010. Mungkin di dalam keluarga kita yang gemar menulis blog. Bagi keluarga aku, blog telah menjadi satu kewajiban kami dimana semua ahli keluarga aku mempunyai blog. Dengan kehadiran Office 2010 yang terbaharu ini membolehkan kerja-kerja mengemas kini blog dan kerja pejabat boleh dibuat dimana sahaja dengan mudah. Untuk pengetahuan semua mak aku seorang novelis dan beliau sangat menyukai produk Office 2010 terbaru ini kerana ianya sangat mesra pengguna dan membolehkan beliau menulis novel dengan lancar dan pantas. Disamping itu, aku juga gemar melayari laman sosial dan suka melayari internet di luar rumah. Jesturu itu, Windows Phone adalah Operating system (OS) untuk smartphone yang paling sesuai digunakan ketika aku melayari internet dan ketika berada diluar rumah.

Kami sekeluarga memang tak sah kalau tak gunakan Windows 7, Office 2010 & Windows Phone dan untuk pengetahuan semua satu kempen terbaru iaitu “Great Family Time Contest” telah dilancarkan. Jadi kempen ini memang sesuailah untuk kami sertai kerana kami memang menggunakannya.  Kempen ini bermula dari 15 Oktober 2011 sehingga 15 Januari 2012 yang memberikan anda peluang untuk memenangi hadiah utama Nissan Grand Livina, hadiah pertama iaitu RM15,000 voucher percutian, hadiah kedua Sony 40″ 3D Full HD TV, hadiah ketiga Nikon Digital SLR Camera serta hadiah istimewa iaitu Windows® Phone 7 x 3 dan hadiah saguhati merupakan Microsoft Express Mouse x 100.

 

 

Cara penyertaan cukup mudah anda hanya perlu membeli produk tulen (Genuine) Windows 7 atau perisian Office 2010. Langkah kedua, kira jumlah keluarga yang terdapat didalam gambar yang diberikan pada borang peraduan. Kemudian hantarkan jawapan anda melalui 3 cara iaitu melalui SMS, Facebook, POS atau hantar sendiri di Plaza Low Yat Ground Floor Entrance.. mudah kan ? jadi inilah peluang terbaik anda untuk memenangi hadiah bersempena contest cuti penghujung persekolah dan semestinya contest ini akan mengeratkan tali persaudaraan keluarga anda.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan Windows 7 dan Office 2010 anda sekarang, Ingat dapatkan yang original ye.. 🙂

 

 

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas