MilkADeal – Jom Rehatkan Badan Di Malacca Spa

Tahun 2012 semakin hampir dan pasti ianya diikuti dengan azam baru untuk majukan lagi diri untuk terus success dimasa akan datang. Kerja sememangnya memerlukan minda dan fizikal berfungsi dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Jika kita antara golongan mereka yang workaholic dan tidak menjaga kesihatan pasti akan mengundang segala jenis penyakit dimasa akan datang. Orang cakap, cari duit pun berpada-padalah jangan sampai sakit-sakit kan.. kalau dah sakit lagilah banyak kos untuk bayar perubatan. Betul tak?

Untuk golongan workaholic ni dinasihatkan untuk sentiasa manjakan diri. Bukan manja bermaksud malaskan diri untuk bekerja tetapi yang dimaksudkan disini adalah menjaga dan merehatkan badan supaya kekal cergas dan aktif sepanjang masa. Salah satu cara untuk mereka merehatkan minda adalah pergi bercuti bersama keluarga pada setiap hujung tahun. Ini membolehkan minda kita tidak terbatas untuk memikirkan hal-hal pejabat semata-mata, tetapi ianya juga dapat menyegarkan saluran-saluran darah dan mengurangkan kadar tekanan tension dalam otak.

Selain itu, cara terbaik untuk merehatkan otak adalah dengan menjalani sesi rawatan Spa. Satu cadangan yang baik bukan di waktu hujung tahun ni.. selain dapat beriadah bersama keluarga apa kata kita pergi rawatan Spa pula. Tak mahal pun kalau pandai berjimat dengan MilkADeal. Untuk pengetahuan semua, aku memang selalu buat pembelian kat @MilkADeal dan aku akan sentiasa membeli disini sebab segala yang aku inginkan ada serta dapat penjimatan (Diskaun) lagi.

 

 

Kali ni aku nak hadiahkan satu sesi rawatan Spa di Malacca Spa yang terletak di Sri Rampai, Kuala Lumpur kepada seorang rakan yang sangat bekerja keras sampai tak rehat-rehat ni.. Harga yang ditawarkan memang cukup murah dan lumayan. Hanya RM38 dari harga sebenar RM371 dimana anda akan mendapat penjimatan sehingga 90%. WOW murah gile kan?.. Harga yang ditawarkan termasuklah pekej Hot Stone Massage, Full Back Body Massage, Vitamin C Facial, Eye Treatment, Neck Treatment, Face Massage dan 67% Off on Hand Paraffin + Foot Treatment (Np: RM90). Huhu sayangnya tawaran ni untuk wanita je.. tak apalah kita kasi kawan-kawan rehat dulu.. sebab kat MilkADeal memang banyak lagi tawaran menarik setiap hari..

Okey kepada sesiapa yang berminat untuk menjalani sesi rawatan Malacca Spa ni boleh terus ke link : http://milkadeal.com/deals/malaccaspa-massagetreatment

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *