Orang Kajang Memang Terbaik!

SCAM : Jangan Percaya Email Ini

dalam Macam-Macam oleh

bakeca annunci trieste

dating sider par Baru je kejap tadi aku dapat email ni dari orang yang aku tak kenali, memula tu malas nak baca sebab panjang sangat tapi macam kesian pulak takut dia betul-betul nak minta pertolongan. Baca punya baca, perasaan aku macam tak kena pulak dengan email ni rasa macam ada sesuatu je disebalik apa yang orang ni merepek. Ada ke patut dia mintak aku jadi orang tengah dia nak business?.. helloo… aku tak ada masa hokey nak layan scam email macam ni.. bila search kat Google ramai gak yang dapat email serupa macam ni cuma nama je berbeza-beza. So kepada sesiapa yang terima email macam ni elok block dan delete terus dari akaun inbox email. Jangan simpan-simpan kang kene pukau pulak… hehe meh aku kongsi apa email yang aku dapat tu..

man söker par i Götaland  

love and date site Email : AZALINA BT HARUN azalina_bt_.harun301@msn.com

mann søker kvinne i Larvik Salam,

Saya AZALINA BT HARUN, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya  menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja  dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (CUSTIC ETHAY FLUDE). Para custic ethay flude  adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.
Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD  dan  syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
Saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama  berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya   mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterima kasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga  dan cara bayaran  maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.
Wassalam…

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

12 Comments

  1. modus operandi sama mcm Nigerian + Money Laundry.
    ayat pun tunggang terbalik. memang sah dorang guna google translate dan gantikan nama tu dgn nama tempatan.

    saba jelah.

    baguslah untuk pendedahan ni, teruskan lah ya~

  2. Haha3. Selalu jer dapat email macam nih. Tapi kekadang aku layan gak.. Sekadar layan jelah tapi tak tergoda pom.. Mana mungkin nak buat projek mintak tolong orang yg tidak dikenali..

  3. aku layan dia nih.. nama dia Azalina, pembekal nama hayati. Pembekal mintak byr 10% iaitu 143,000RM atau RM20000 untuk kos insurance refunable if cancel katanya. Siap buat draf agreement lagi, tp bila kita request untuk face to face dia walaupun kita dr kl sggup kuar duit poket sendiri untuk ke K.K berjumpa dia, dia kata sekiranya ade kelapangan InsyaAllah dia akan berjumpa. Siap bg copy of ic lagi.. xtaw la ic tu dia punya ke bukan ker.. then bila kita tanya bila ade ms untuk kita setkan dalam 30minit berjumpa discuss, terus dia kata dia busy.. If nak barang sila buat payment.. Ic dah ade, IP address comp ade, no. tel ade, draf agreement pun dah dibekalkan xkan la sy biar kan diri sy nak kena tgkap polis kalau sy menipu xla sy bekalkan perkara ini semua. itu katanya. Entahla geng, aku ade curiga.. Kwn aku 5 org ckp better jgn buat la.. Takot tak genuine jer.. ade 1 tuh, aku arrangekn delivery n buyer dtg. Tp ntah mcm mana boleh terkantoi ngan Azlina tu then dia bgtaw director dia bagai. Director dia off hp, tp malam aku dpt la bercakp ngan director dia(buyer) then dia marah2, not hepi katanya.. Then dia xjd dtg KL amek brg.. tersadai kat singapura. seminggu dia kat singapura. nxt week nya ade kol aku, ckp dia msh ade kt sini n waiting for my swift response. bla…bla..bla.. bunyi cam omputih tp dia kata dia russian. entah la geng.. ssh nk percaya.. Hayati(pembekal) lak bila ajak jumpa byk cengkadak.. then dia kata aku lak byk cengkadak, soh 10% nak bargain mcm2.. 14tahun aku dlm biz bargain is normal laa.. lg pelik, sebab aku xdpt nak adakan 10,000 lagi dia sggup smpan stock dia bersawang drpd nego ngan aku n wat COD once dia jumpa aku.. pdhal draf agreement dah ade dh.. xfhm den.. xperla..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas