Menangi Hadiah Lumayan Dalam Cabaran Online MasterChef Malaysia


Hadiah Menarik Di Cabaran Online MasterChef Malaysia

Rancangan realiti masakan terkenal, MasterChef sudah berada di Malaysia. Kini peluang penonton di rumah memenangi hadiah menarik dan lumayan melalui Cabaran Online MasterChef Malaysia menerusi laman sosial Facebook. Penonton hanya perlu masuk ke Laman Facebook MasterChef Malaysia dan bermain permainan yang disediakan.

Hadiah-hadiah mingguan berupa wang tunai RM500 dan Pendrive MasterChef Malaysia sedia untuk dimenangi. Manakala hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1000, barangan eletrik Panasonic serta barangan Apple seperti iPad dan iPod Nano Touch menjadi rebutan.

Dalam permainan ini, peserta perlu mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan suatu hidangan dalam masa yang diberikan. Setiap bahan yang betul akan diberikan markah manakala yang salah akan ditolak markah. Mereka juga berpeluang mendapatkan masa tambahan dengan “menangkap” gambar jam loceng. Dengan masa tambahan ini, peserta berpeluang mengumpul lebih banyak bahan.

Setiap minggu, satu Kod Rahsia akan diberikan melalui rancangan MasterChef Malaysia. Kod Rahsia ini akan muncul di awal dan akhir rancangan. Sekiranya peserta menggunakan Kod Rahsia ini, markah bonus akan diberikan dan peluang untuk mendapatkan hadiah amat cerah.

Layari www.facebook.com/MasterChefMalaysia sekarang untuk menyertai permainan ini sekaligus memenangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan. Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu hingga Rabu, 9 malam di Astro Ria (104).

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Menangi Hadiah Lumayan Dalam Cabaran Online MasterChef Malaysia

  1. lin azlina says:

    hari2 main tapi tak elaps…dahla limited nak main..kena invite dulu baru leh main lebey2

  2. Mohd Zaid says:

    @lin azlina haha sama lah kita… terasa malas pulak nak main kalau nak kene invite-invite nih..

  3. 26,kampung batu melintang

  4. SAIFUL AMMAR says:

    SAYA MEMINATI RANCANGAN INI KERANA MENGHIBURKAN KAMI SEKELUARGA

  5. S says:

    SAYA MEMINATI RANCANGAN INI KERANA IA MENGHIBURKAN KAMI SEKELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *