Jom Makan Steamboat Fresh di Umami Steamboat Restaurant

Baru-baru ni aku dan adik aku si Uzair pergi jenjalan kat Sunway dengan kengkawan yang lain. Memula tu si Uzair nak makan steamboat kat KL tapi datang pulak sorang lagi member ni nak belanje kitaorang makan kat sebuah restoran steamboat baru ni namanya Umami Steamboat Restaurant. Memula macam malas nak pergi tapi setelah di desak beberapa kali so aku ikutkan je lah, dah orang belanje kang tak pergi kata sombong pulak kan..

Pertama sekali kalau bercakap pasal Umami Steamboat Restaurant aku memang suka tempat ni sebab selesa dan besar. Kedua kat sini memang banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Dari makanan laut, darat dan nasi lauk pun ada. Harganya pun cukup-cukup murah dan berbaloi lah sebab harga kat sini kira harga buffet. So makan aje apa yang korang suka sampai kenyang.

Umami Steamboat Restaurant terletak di 12A (Ground Floor), Jln PJS8/17, Dataran Mentari, 46159 Petaling Jaya, Malaysia. Harga yang ditawarkan sangatlah murah iaitu bermula dari RM26.80 + Makan apa saja (Buffet). Untuk kanak-kanak dan warga emas pula harga diskaun 50%. Operasi restoran ini bermula dari 5 petang hingga larut malam. Untuk pengetahuan semua sekaran ni diorang tengah buat promotion beli 2 percuma 1 pada setiap hari Isnin dan Rabu sahaja sehingga hujung tahun ni. Jadi kepada yang teringin benar atau mengidam nak makan steamboat bolehlah ajak rakan-rakan atau keluarga makan kat sini sekali.

Kalau korang nak tahu mapnya boleh klik sini, atau tengok je map kat bawah ni..

 

Di Umami Steamboat Restaurant terdapat pelbagai jenis hidangat laut dan boleh dipilih. Kuah Sup untuk steamboat pun ada banyak pilihan antaranya Umami Chicken Soup, Thai Tomyam Soup, Fish Head Soup, HK Herbal Soup dan Umami Papper Soup. Aku suka sangat Thai Tomyam sup dia memang power lah.. sedap ya amat..

 

Lihatlah antara makanan yang ada.. ambil je yang mana suka..

 

Selain makanan seafood ada guna makanan goreng dan bakar. Kira macam-macam pilihan yang ada disediakan disini

 

Percuma ABC kalau siapa yang nak.. ABC memang sodap tau… ada juga ice cream bermacam-macam perasa.. so kalau teringin nak makan steamboat fikir-fikirkanlah Umami Steamboat Restaurant.

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Jom Makan Steamboat Fresh di Umami Steamboat Restaurant

  1. Anonymous says:

    Boleh saya tahu harga seorang?n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *