Apa Yang Menarik Pada Samsung Galaxy Note

 

Seperti yang semua orang dah tahu Samsung telah melancarkan produk terbarunya yang diberi nama Samsung Galaxy Note di Malaysia pada 11 November yang lalu. Ramai yang aku dengar dimana mereka sangat teruja dan tertarik pada smartphone tablet ini. Aku pasti dah ramai yang telah membeli dan mencuba sendiri keunikan yang ada pada Galaxy Note ini kan, kalau tak takkan ramai yang bercerita mengenainyakan… Bagi aku secara jujurnya aku memang idam-idamkan smartphone tablet macam ni lebih lagi ianya sesuai untuk aku buat kerja-kerja blogging dan kerja-kerja pejabat dengan mudah dan pantas. Tak perlulah lagi aku nak bawa laptop kehulu kehilir pergi event semata-mata nak update blog, kalau ada Samsung Galaxy Note ni senang je nak bawak, ringan pun ringan, cantik pun cantik.. alahaiii nak satu boleh tak pelissss… Tapi apakah Samsung Galaxy Note ini benar-benar bagus untuk penggunaan harian atau sebaliknya..? ermmm mari kita lihat apalah yang diorang bercerita sakan pasal Samsung Galaxy Note ni..

 

http://www.youtube.com/watch?v=Pdijc7G7yjs

Portability – http://bit.ly/tolFIs

 

Dari segi Portability, Samsung Galaxy Note amat nipis dengan hanya ketebalan 9.65 mm dan berat sekitar 178 gram sahaja. Untuk pengetahuan semua, Samsung merupakan yang pertama di dunia memperkenalkan skrin layar 5.3 inch HD Super AMOLED dalam model Samsung Galaxy Note ini dimana ianya menampilkan kontras warna yang tepat dan menjadian kualiti gambar dan video lebih menarik dalam bentuk HD. Skrin 5.3 incinya juga sangat luas dan besar membolehkan pemain video dan pembetangan kerja melalui slide power point tanpa sebarang masalah. Semua ini telah dijelaskan dalam artikel sebelum ni dan boleh dibaca disini Saya Nak Satu – Samsung Galaxy Note Wajib Dimiliki. Bagi mereka yang nak buat pembentangan kerja tu bolehlah angkat satu Samsung Galaxy Note ni baru ada gaya.. dan job pun senang masyuk..

 

 

S Pen Experience – http://bit.ly/Note-SPen

Rasanya orang dah lupa yang stylus pen dah lama wujud dan di guna pakai sebelum adanya smartphone full touch screen ni. Pihak pengeluar pun dah jarang keluarkan model yang mempunyai stylus lagi mungkin mereka ingat pengguna lebih biasa menggunakan jari dan melupakan stylus. Tetapi adakah pihak pengeluar smartphone ini fikir dimana dengan adanya stylus pen, membolehkan pengguna yang jari besar atau mereka yang nak melukis pada smartphone mereka?..  kini Samsung Galaxy Note kembalikan semula ciri stylus pen yang diberi nama S Pen. Apa yang menariknya tentang S Pen ini?.. dan apakah fungsinya?. Dengan adanya S Pen membolehkan pengguna merakam idea-idea yang bermain dalam minda dengan pantas dimana saja dan bila-bila masa. S Pen digabungkan dengan ciri skrin sentuh pada Samsung Galaxy Note dimana pengguna boleh menulis dan melakar lukisan pada skrin menggunakan S Pen. Ianya satu pengalaman yang sangat unik, menarik dan patut di cuba oleh semua orang. Tentu saja ada button-button kecil dalam tablet ini yang sukar nak tekan menggunakan jari jadi teknologi yang digunakan pada S Pen ini sangat terkini dan boleh digunakan pada aplikasi yang tersedia dalam Samsung Galaxy Note. Bukan sekadar boleh menulis dan melukis je S Pen ni.. ianya juga direka untuk Capture, crop dan edit gambar dengan mudah lepas tu boleh tulis komen pada gambar yang telah di capture tadi.

 

 

S Memo – http://bit.ly/rsP915

 

S Memo pula merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna menulis memo dan melukis dalam masa yang sama. Aku sangat sukakan aplikasi ini sebab ianya sangat-sangat menarik tau tak. Aku ni memang tak pandai melukis tapi dengan ada S Memo aku boleh mengasah bakat melukis aku dimana saja. Lagi pun boleh jimatkan duit untuk beli kertas lukisan, maklumlahkan aku cakap aku tak pandai melukis jadi kalau guna S Memo ni boleh lukis dan padam mana-mana yang tak diperlukan. Aplikasi S Memo membolehkan pengguna mengubah warna latar belakang, melukis dengan pelbagai variasi warna dengan pelbagai jenis pen, melukis secara detail dengan membuat zoom pada gambar. Selain dari itu aplikasi ini membolehkan copy & paste gambar yang dirakam menggunakan S Pen dan diedit di S Memo. Terdapat juga variasi efek gambar yang boleh diletakkan untuk mencantikkan lagi lukisan di S Memo. Menarik bukan?.. teringin rasanya bila aku pergi event mana-mana dan jumpa artis nak minta diorang sain autograph boleh je suruh diorang sain kat Samsung Galaxy Note aku ni menggunakan S Memo.. mesti gempak kan?..

 

 

S Planner – http://bit.ly/spm3uR

 

Sebab apa aku kata aku perlukan Samsung Galaxy Note ni? salah satunya adalah aplikasi S Planner yang memudahkan segala urusan harian. Maklumlah sekarang ni aku dapat banyak sangat undangan ke majlis pelancaran lah majlis orang kawin lah.. lagi satu kelebihan S Planner bagi aku adalah memudahkan urusan jadual kerja kat ofis. Aku ni kerja shift jadi kekadang tu aku lupa yang aku ni shift petang lah shift malam lah, dengan S Planner aku boleh schedule plan jadual kerja dan jadual aku pergi event untuk blogging dengan mudah. Kadang-kadang dengan kesibukkan kerja sampai aku lupa hari jadi kengkawan semua, oleh itu kalau ada Samsung Galaxy Note ni dengan harapan aku taklah lupa lagi peristiwa penting yang patut aku ingat. Tak perlu lagi nak taip-taip guna jari sebab sekarang ni boleh guna terus S Pen untuk menulis kat S Planner ni lagi best.. kelassss kau maria…

 

 

Polaris Office – http://bit.ly/udX8g4

 

Terima kasih kepada Samsung Galaxy Note sebab apa lepas ni aku dah tak perlukan lagi laptop sebab Galaxy Note dah lengkap dengan ciri-ciri Smartphone, tablet, notebook dan planner. Ianya yang dilengkapi dengan Polaris Office membolehkan pengguna memaparkan dan edit kerja-kerja dengan mudah. Polaris Office ni sama je macam Microsoft Office kat laptop tapi ni kira versi mobile lah. Nak buat slide show boleh nak buat surat boleh nak buat kotak kat excel pun boleh.. senangkan..

 

 

Social Hub & Reader Hub – http://bit.ly/sTHYpz

Samsung Galaxy Note turut dilengkapi dengan aplikasi Social Hub dimana ianya menggabungkan instant messaging, social network dan email dalam satu aplikasi. Social Hub membenarkan pengguna sync akaun twitter, myspace, facebook kedalam phonebook bagi memudahkan urusan. Lebih menarik dengan Social Hub pengguna boleh berkongsi (share) gambar yang telah dicipta menggunakan S Memo tadi ke laman social media seperti Facebook dengan pantas. Readers Hub pula memberikan informasi kepada pengguna dengan menyediakan perkhidmatan langganan ebook, surat khabar dan majalah.

Inilah penerangan serba sedikit tentang Samsung Galaxy Note ni.. harap dengan sedikit penerangan ni bolehlah korang faham sebab apa aku nak sangat benda ni kan.. sebab ianya sangat BESTTTT!! kalau korang pun rasa best jom sama-sama dapatkan di pasaran yang telah laris jualannya sejak 11 November hari tu..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Apa Yang Menarik Pada Samsung Galaxy Note

  1. Pingback: Apa Yang Menarik Pada Samsung Galaxy Note? | Komuniti Blogger - Komuniti Blogger Malaysia

  2. Mae says:

    Tuan, betul ke bole post + edit blog kat blogspot gunakan Galaxy Note. saya dah cuba guna galaxy s2 tapi cuma bole post tak bole edit. Tuan, tolong bagi sikit makluman kalau tuan dapat edit Blogger guna NOte. Tkasih byk2.

  3. izudin says:

    Semekum tuan bloger,bole x ajar saya guna readers hub nie…dr mula…nSy ad belajar dr you tube tp mat salleh..xpahamnBaru beli galaxy tab tp xpandai guna…nnBudak baru belajar

  4. lanz says:

    encik…sy ade masalah dgn menggunakan s pen ini…sy dh cuba guna pen ini tp xmenjadi….adakah perlu sy on atau bukak mane2 tempat untuk on kan penggunaan pen ini…?nplease reply..n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *