Treasure Hunt Bersama Toyota Corolla Altis Dual VVT-i

 

Bila sebut pasal kereta aku mesti orang yang pertama nak tahu teknologi terkini yang dikeluarkan oleh Toyota ini. Jangan ingat lelaki saja tau yang suka pasal kereta sebab sekarang ni wanita pun turut meminati hobi yang sama. Bertempat di UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Petaling Jaya. Satu acara yang paling menarik pernah aku sertai iaitu treasure hunt bersama Toyota Corolla Altis. Ini merupakan satu pengalaman yang hebat kerana diberi peluang untuk memandu sendiri Toyota Corolla Altis serta melihat ciri-ciri istimewa dan keselamatan yang ada. Pada pandangan aku ianya sangat terbaik dan direka khas untuk kepuasan penggunanya.

 

 

Seramai 6 orang bloggers yang bertuah diberi peluang untuk merasai keunikan kenderaan Toyota Corolla Altis terbaru ni, dan kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan merah dan hitam. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang bloggers dan aku dalam kumpulan hitam bersama Saimatkong dan Shazwanihamid. Kumpulan merah pula terdiri daripada Shaolintiger dan pasangan yang sangat comel iaitu Kampungboycitygal. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada blogger merasai sendiri dan pandu uji Toyota Corolla Altis sambil berhibur dalam program Treasure Hunt dengan tugasan ‘task’ yang diberikan dan diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan.

 

Penerangan dibuat oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd sebelum memulakan aktiviti.

 

http://www.youtube.com/watch?v=VaDON8BzfPg

 

Sebelum melakukan tugasan yang diberikan kami diberi taklimat dan penerangan tentang Toyota Corolla Altis melalui rakam video. Melalui rakaman video tersebut dapat sedikit sebanyak mempelajari apa yang terkini dan terbaharu dari Toyota Corolla Altis .

 


Untuk pengetahuan semua Toyota Corolla Altis terbaru ini memiliki enjin baru yang dilengkapi dengan sistem Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) untuk kesemua model serta transmisi automatik 7 kelajuan CTV-i (7-Speed CVT-i Transmission) untuk model (2.0V,1.8G dan 1.8E) yang membantu meningkatkan prestasi enjin dan menjimatkan minyak, menjadikan pemanduan lebih selesa dan selamat.

 

 

Dari segi Interior dalaman pula ianya lengkapi ciri terbaru dengan warna Dark Grey pada tempat duduk kulit (Leather Seats) untuk model 2.0V dan 1.8G yang nampak lebih bergaya dan elegant. Tempat duduk pemandu juga dilengkapi dengan Power Seat bagi model 2.0V dan 1.8G dimana ianya mempunyai 8 laras pengesuaian menjadikan pemanduan lebih selesa. Bagi model 1.8E dan 1.6E pula dilengkapi dengan Beige Interior dengan Fabric Seats.

 

Gambar diatas merupakan Trunk Space yang masih kosong dan kedua-dua kumpulan perlulah mengisi kotak kedalam ruang simpanan yang disediakan.

 

Berbalik kepada aktiviti Treasure Hunt Bersama Toyota Corolla Altis Dual VVT-i , kumpulan merah dan hitam perlulah memandu uji dan melengkapkan 6 tugasan (task) yang sangat mencabar dan setiap kumpulan perlulah mengambil gambar pada setiap destinasi dan twitter menggunakan hashtag yang diberikan untuk meminta bantuan daripada follower. Cabaran yang diberikan tidaklah semudah yang disangkakan, kerana setiap peserta perlulah mempunyai keyakinan dan kekuatan mental dan fizikal sebelum meneruskan aktiviti. Tugasan pertama yang diberikan adalah ujian kepantasan dan IQ peserta menyusun kotak kedalam Trunk Space Toyota Corolla Altis. Setiap kotak mempunyai markah dan kumpulan peserta perlulah bijak menyusun kotak yang diberikan untuk mendapat markah lebih.

 

Gambar diatas merupakan ruang simpan (Trunk Space) yang telah disini penuh dengan kotak yang mempunyai markah oleh kumpulan hitam.

 

Ruang simpanan bagasi (Trunk Space) menyediakan ruang simpanan yang luas bagi memudahkan penyimpanan barang dibuat. Pernah tak anda mengalami masalah kesukaran untuk meletakkan barang yang panjang dan besar seperti meja lipat, batang langsir dan sebagainya?.. dengan Toyota Corolla Altis segala masalah tersebut dapat dielakkan dengan kaedah melipat kerusi belakang supaya menjadikan ruang siampanan menjadi lebih besar. Dalam task ini kumpulan hitam menang dengan markah keseluruhan sebanyak 38 markah dan hanya 1 kotak saja yang rosak apabila ditutup.

 

 

Untuk task kedua dan seterusnya peserta perlulah mendengar soalan yang diajukan melalui DVD Audio-Video Navigation (DVD-AVN) System & Reverse Camera. Apa yang menarik disini adalah sistem DVD-AVN sangat unik dengan paparan 6.1 inci skrin sentuh serta dilengkapi fungsi GPS, Muzik, Aux-Jack, USB, pemain iPod, Bluetooth dan Kamera Sisi Belakang (Reverse Camera) yang akan memaparkan rakaman belakang apabila pengguna menggunakan gear reverse. Fungsi built-in navigation map turut dilengkapi untuk penggunaan di Malaysia, Singapore dan Brunei. Memang sangat menarik bukan? jadi rasanya kami tak akan sesatlah untuk teruskan tugasan kedua dan seterusnya.

 

Tugasan kedua memerlukan kami bergerak dari UMW Toyota Motor Sdn Bhd ke satu tempat dimana terdapatnya tempat bersenam disitu dan ianya berada di Menara Manulife, Damansara Heights. Setiap kumpulan perlulah mengambil gambar disebuah pusat fitness disitu dan seterusnya meneruskan tugasan ketiga. Ya bagi orang macam aku ni yang tak tahu jalan memang susah juga nak mencari FitnessFirst ni sebab aku tak biasa kat kawasan PJ, jadi inilah masanya untuk kita gunakan GPS yang tersedia ada didalam Toyota Corolla Altis dan segalanya menjadi mudah. Semasa dalam perjalanan kumpulan kami mengalami peristiwa yang tidak dapat dilupakan iaitu kami hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang memotong tanpa memberikan signal, jadi pemandu kami iaitu Saimatkong terpaksa mengawal kenderaan dengan cekap. Terima kasihlah kepada Toyota Corolla Altis kerana mempunyai Electric Power Steering (EPS), ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan membantu menstabilkan kenderaan dengan kawalan elektronik serta menjimatkan minyak.

 

Tugasan ketiga memerlukan kami berfikir sejenak. Soalahnya berbunyi begini, sekiranya David Beckham ingin membuka restoran dan menamakan restoran itu dari nama isterinya. Apakah nama restoran itu?. Setiap kumpulan perlulah mengambil gambar direstoran berkenaan dan meneruskan perjalanan untuk tugasan keempat. Hehe nampak macam susahkan soalan tu tapi mudah saja. Jawapan untuk soalan ketiga tu adalah Victoria Station di Damansara Heights.

 

 

Tugasan keempat peserta perlulah mencari kedai yang bernama Village Park Restaurant di Damansara Utama untuk makan tengah hari. Setiap kumpulan diberikan duit sebanyak RM50 untuk makan dan perlu membelanjakan wang tersebut semaksima yang boleh. Disebabkan kekurangan tempat duduk dan pelanggan yang terlalu ramai di restoran ini kumpulan Hitam terpaksa membuat satu keputusan pantas. Jadi kami mengambil keputusan untuk bungkus saja makanan tengah hari kami dan kami membelanjakan cuma RM26.40. Disebabkan tidak mendengar arahan dengan betul iaitu perlu belanjakan wang semaksima mungkin, kumpulan kami tidak mendapat markah penuh untuk tugasan ini dan dan dimenangi oleh kumpulan merah. Alahai tak apalah janji makanan kat sini sedap dan teringin sangat nak makan nasi lemak specialnya.

 

Kedua-dua kumpulan perlulah berada di  Tropicana City Mall di Damansara Utama untuk tugasan kelima dan perlulah mencari kedai yang menjual bubble dan Smoothies didalam pusat membeli-belah ini. Aduhai pening juga nak mencari dan dalam Tropicana Mall ni memang banyak kedai yang jual air. Tapi mujur ada Google dan Simatkong telah melakukan tugas yang sangat pantas dengan melakukan carian Google. Haha kedai yang dimaksudkan adalah Bobalicious Smoothies @ Tropicana City Mall. Disini kami diberikan wang sebanyak RM30 dan setiap peserta perlulah membeli satu jus air bubble ini. Memang sedap tau air nih tapi harganya boleh tahan jugalah. Selesai mencari kedai Bobalicious Smoothies kami terus menuju kedalam kereta Toyota Corolla Altis dan meneruskan task terakhir.

 

Tugasan terakhir memerlukan bantuan built-in navigation map dan setiap kumpulan perlulah mencari GPS Coordinates yang diberikan iaitu  N3 03.933 E101 29.011 . Destinasi yang ditunjukkan ke destinasi I-City pada skrin DVD Audio-Video Navigation (DVD-AVN) System. Di I-City kami perlu bergambar dan mencari mercu baru bertemakan ICE di i-City iaitu Snowalk. Berakhirlah sudah keenam-enam tugasan (task) yang diberikan dan seterusnya kami bergegas ke UMW Toyota Motor Sdn Bhd untuk acara penamat. Bayangkan kami dapat menjimatkan masa lebih kurang 2 jam dan kumpulan kami adalah kumpulan pertama yang sampai ke garisan penamat. Ya memang betulah memandu Toyota Corolla Altis Dual VVT-i  selain dari keselesaan ianya juga dapat menjimatkan masa, jadi lepas nih tak ada masalah lah untuk sampai awal ke destinasi yang diinginkan.

 

 

Sampai di UMW Toyota Motor kami mengambil peluang untuk menjawab soalan bonus, agak keliru dan susah juga soalan bonus ni kerana ianya bermain dengan minda. Soalannya berbunyi begini Tambahkan Vroom pada Toyota Corolla Altis Anda dengan kesemua cabaran yang telah anda lakukan.. apakah dia?  memang perit juga bagai nak pecah otak memikirkan jawapannya.. nasib baik rakan team dapat menjawab dengan tepat iaitu jawapannya Dual VVT-i hahaha, kenapa Dual VVT-i kerana D untuk “Damansara”,  V untuk “Victoria Station”, V untuk “Village Park”, T untuk “Tropicana Mall” dan I untuk “I-City”. Haha kesemua cabaran bila digabungkan jadilah Dual VVT-i kan..

 

Akhirnya kedua-dua kumpulan berjaya sampai ke garisan penamat, dan markah pun telah dikira oleh pihak juri. Markah terdiri daripada 6 task dan soalan bonus. Kumpulan Merah dan Kumpulan Hitam mempunyai markah yang lebih kurang sama dan markah penentuan adalah markah hashtag Twitter. Kumpulan hitam mendapat lebihan markah twitter dan menjadikan kumpulan hitam sebagai pemenang. Yahoo!! tahniah kepada kumpulan kami iaitu kumpulan hitam kerana berjaya. Inilah pengalaman yang paling menarik pernah aku sertai dan pertama kali test drive Toyota Corolla Altis. Rasa macam nak bawa balik je kereta tu 🙂 yelah Toyota Corolla Altis mempunyai segala yang aku inginkan dari segi interiornya, rekaan, kelajuan dan kelancaran enjin, set sistem DVD Audio-Video Navigation (DVD-AVN) dan leather seats bewarna  Dark Grey  yang sangat menawan hati.

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki Toyota Corolla Altis Dual VVT-i  sila layari  :

http://www.toyota.com.my/altis/

Corolla Altis 2.0V dari RM131,990.00*

Corolla Altis 1.8G dari RM122,990.00*

Corolla Altis 1.8E dari RM112,990.00*

Corolla Altis 1.6E dari RM105,990.00*

*UMW Toyota Motor reserves the right to alter any details of specifications and equipment without notice.

 

Spesifikasi Toyota Corolla Altis Dual VVT-i  seperti berikut :-

 

Klik Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Treasure Hunt Bersama Toyota Corolla Altis Dual VVT-i

  1. eyriqazz says:

    wahh,meriah..salah satu kereta yang tengah kami shortlisted untuk future car…

  2. Mohd Zaid says:

    @eyriqazz bro kete ni memang best dan selesa sesuai untuk bro yang sudah berkeluarga..

  3. Howdy! I could have sworn I’ve been to this blog before but after browsing through
    some of the posts I realized it’s new to me.
    Regardless, I’m certainly pleased I discovered it and I’ll be book-marking it and checking back often!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *