Saya Nak Satu – Samsung Galaxy Note Wajib Dimiliki

Gempak! Menawan! dan penuhi ciri-ciri apa yang aku idamkan! itulah penangan Samsung Galaxy Note yang bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Whooooaaaaahhh!! memang menawan kalbu sesiapa saja yang memilikinya dan aku WAJIB! dapatkan satu unit nanti untuk keperluan diri sendiri. Rasanya ramai yang sudah tahu tentang kewujudan Samsung Galaxy Note yang boleh dikatakan kacukan antara Tab dan handphone ini. Memang sesuailah untuk penggunaan blogging dan mereka yang lasak kerana bagi aku produk keluaran Samsung ini memang terbaik di pasaran. Apa yang menarik tentang Samsung Galaxy Note ni? mari kita lihat!

Perkara yang paling menarik sekali kalau bercerita tentang gadget ni adalah spesifikasinya. Saban hari teknologi kian canggih dan kecanggihan itu membuatkan kerja harian mahupun kehidupan semakin mudah dan selesa. Samsung Galaxy Note khususnya membawakan inovasi dan kecanggihan tersebut dalam siri peranti smartphone ini.

Dengan memiliki Samsung Galaxy Note, kini segala urusan kerja pejabat mahupun blogging menjadi lebih mudah. Ianya direka khas untuk penggunaan tersebut dan sebab itulah peranti ini digelarkan “Note” jadi lepas ni tak perlu lagi menggunakan notebook atau laptop, senang je dengan Samsung Galaxy Note boleh dibawa kemasa saja dimana jua kerana ianya sangat menawan dan ringan.

 

 

Terdapat dua variasi model iaitu 16GB dan 32GB di pasaran dengan warna hitam dan putih. Melalui skrin sentuh yang sangat lancar ianya memiliki ciri-ciri 5.3” HD Super AMOLED Display  yang membawakan paparan skrin 5.3 inci lebih jelas dengan kontras warna yang tepat dan cerah dalam saiz yang optimum. Kombinasi ini menjadikan pembacaan dan paparan video lebih lancar dan jelas berbanding dengan peranti tablet yang lain.

Bila sebut pasal kamera pula ianya pasti menjadi tahuran setiap pembeli. Sebab itulah aku katakan Samsung Galaxy Note ini wajib dimiliki kerana kemeranya mempunyai 8MP (3264×2448) dengan fungsi Autofocus dan LED Flash. Terdapat ciri-ciri seperti Geo-tagging, touch focus, face & smile detection dan image stabilization didalam fungsi kamera. Dari segi rakaman video pula ianya memberikan 1080p dan merakan dalam 30fps. Terdapat juga kamera hadapan (Secondary Camera) dengan resolusi 2MP.

Kelancaran Samsung Galaxy Note tidak dapat dibandingkan lagi kerana ianya mempunyai kuasa pemprosesan 1.4GHz Dual Core dengan Android OS, v2.3 (Gingerbread). Jadi tiada lagi halangan untuk memuat turun movie, mendengar lagu, membaca email, memainkan pelbagai aplikasi dan menjawab panggilan telefon dalam masa yang sama kerana ianya sangat pantas.

Samsung Galaxy Note dibekalkan dengan satu unit S Pen (Stylus) yang memudahkan penggunaan. Melalui S Pen memudahkan pengguna untuk mengedit gambar, menulis memo, melukis dan berbagai-bagai lagi seperti menggunakan pen yang sebenar. Ianya juga memudahkan anda menulis dan merakamkan idea yang terlintas dalam fikiran anda terus kedalam Galaxy Note anda. Wahhhh banyak lagi yang menarik sebenarnya tentang Galaxy Note ni

Sangat cemburu aku dengan mereka ni yang dah miliki Samsung Galaxy Note. Apa lagi jom tengok video unboxing unit Samsung Galaxy Note dari beberapa orang yang telah memilikinya secara exclusive. Anda boleh melihatnya disini http://bit.ly/umlcDb, http://bit.ly/uopmCd, http://bit.ly/vhKrD4, http://bit.ly/rLVYaf, http://bit.ly/vu8qGO dan disini.. http://bit.ly/vhO2Vu.

 

Samsung GALAXY Note (unboxing) by Amanz

Samsung Galaxy Note (Unboxing) BM version by Sham

Samsung GALAXY Note (Unboxing) by Donovan

 

Samsung Galaxy Note bakal menembusi pasaran Malaysia pada 11 November 2011 ini di Pavilion (berhampiran Esprit) Kuala Lumpur dan 100 pelanggan pertama yang membeli Samsung Galaxy Note akan menerima sebuah cover Samsung Galaxy Note dengan Swarovski Crystals secara percuma. Jangan risau pelanggan yang berada di utara dan selatan tanahair juga boleh dapatkan Samsung Galaxy Note ini dengan berkunjung ke AEON Tebrau Johor Bahru dan Queensbay di Pulau Pinang dan 50 pelanggan pertama juga turut memiliki cover Samsung Galaxy Note ini dengan Swarovski Crystals secara percuma. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk dapatkan Samsung Galaxy Note anda sekarang. Tawaran ini bermula pada 11 November hingga 13 November 2011.

 

 

Nota :  Entry ini di bawah kategori Sponsored Post

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Saya Nak Satu – Samsung Galaxy Note Wajib Dimiliki

  1. Myvitrd says:

    harga macam mana bro.. untuk 100 pelanggan tu berapa harga ditawarkan

  2. Peekaboo says:

    Best giler hanpon ni.

  3. puanbee says:

    uii seronoknya …

  4. Pingback: Apa Yang Menarik Pada Samsung Galaxy Note – Aku Zaid

  5. Mohd Zaid says:

    @Myvitrd harga agak murah gak kalau beli dari Telco.. cuba tengok DiGi rasanya diorang ada buat promo tentang Note nih.

  6. Mohd Zaid says:

    @Peekaboo yup memang best.. saya dah cuba…

  7. Mohd Zaid says:

    @puanbee kak memang seronok ronok kak kalau dapat terus Note ni hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *