Chef Wan Bantai Anak Dalam Facebook

 

Memang jadi topik hangat pun sekarang ni tentang anak Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) iaitu Chef Riz. Bagi yang masih tak tahu 2-3 hari lepas kecoh satu negara dimana ada pihak yang mempertikaikan profile Chef Riz dilaman web MasterChef Malaysia dimana beliau pernah menjadi ‘Chef de Cruisine’ di Babbo dan ‘Sous Chef’ di Le Bernardin pada usia 22 tahun, walhal beliau sebenarnya hanya pelatih di bawah bimbingan di kedua-dua restoran berkenaan. Hari ni aku agak terkejut dengan tajuk utama Kosmo dimana Chef Wan Bantai Anak Di Facebook. Aku cuba cari dan jumpa status fb Chef Wan kat bawah ni..

Sabarlah Chef Wan yang sudah tu sudah lah harap chef wan dapat maafkan Chef Riz seperti mana kami semua maafkan dia. Bagi aku sebenarnya tak ada apa pun setakat profile cakap pernah jadi Chef kat restoran tu. Small problem je tuh.. sebab sekarang ni pun Chef Riz memang ada bakat memasak lebih lagi dalam MasterChef Malaysia kalau tak ada dia mesti suram rancangan tu. Pesanan aku pada Chef Riz, terimalah segala kritikan dan cabaran yang mendatang ni sebagai satu pengajaran nak mematangkan diri. Jangan ulangi kesalahan yang dilakukan dan banggakan ibu bapa anda menjaga nama baik mereka ye.

 

KERATAN KOSMO : 11-NOVEMBER-2011

KUALA LUMPUR – Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.

Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.

“Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.

“Padanlah muka dia,” kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.

Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai ‘Chef de Cruisine’ di Babbo dan ‘Sous Chef’ di Le Bernardin.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.

Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49.

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *