Rakam Kenangan HD Anda Bersama Samsung SMX-F700

 

 

Bila bercakap tentang kenangan, SAMSUNG satu-satunya yang aku akan ingat kerana SAMSUNG punyai segala-galanya untuk pekerluan harian aku, dari set TV, Home theater, mesin basuh, DVD Player, TAB kini Samsung mengorak langkah kehadapan dalam visual video pula. Perkenalkan terbaharu dari Samsung iaitu Camcorder Samsung SMX-F700 yang menawan dan terbaik untuk rakaman video HD (High Definition) untuk seisi keluarga. Dengan Samsung SMX-F700 setiap kenangan dapat diabadikan dalam video yang penuh dengan ciri-ciri istimewa.

Aku salah seorang yang berpeluang untuk mencuba Samsung SMX-F700 yang terbaru ini dan ternyata ianya terbaik dan video kamera paling ringan yang pernah aku gunakan. Samsung SMX-F700 satu-satunya camdorder SD dipasaran yang menggunakan sensor CMOS dengan rakaman progresif (1280×720) dan merakam dalam 30 hingga 25 frames sesaat untuk paparan NSTC dan PAL. Ianya berresolusi 5MP (Megapixel) dengan warna RGB menjadikan warna kelihatan semulajadi dan tepat.

Bagi penggunaan hardcore macam aku ni memang sesuailah untuk merakam segala jenis event yang aku hadiri termasuklah konsert, majlis perasmian dan lain-lain kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang membantu aku dalam menstabilkan video yang dirakam dengan fungsi Hyper Digital Image Stabilization serta membantu pencahayaan dalam rakaman.

Apa yang menarik Samsung SMX-F700 didatangkan dalam fungsi rakaman HD untuk merakam gambar dan video dalam kuatili yang tinggi. Ia mempunyai kuasa 65x  intelli-zoom dan 52X optikal zoom kanta Schneider Kreuznach supaya setiap detail boleh diambil, walaupun memberi tumpuan di tempat latar belakang yang jauh.

 

Wow Samsung SMX-F70 memang patut dimiliki kerana ianya sangat berkualiti dan harga yang sangat-sangat berpatutan. Antara fungsi yang ada didalam Samsung SMX-F70 termasuklah Face Detection yang mengfokuskan rakaman wajah sehingga 6 orang didalam rakaman video. Smart BGM merupakan salah satu fungsi kegemaran aku kerana dalam video yang dirakamkan kita boleh menambah muzik latar belakang yang hebat. Ia juga akan secara automatik melaraskan kelantangan muzik apabila ucapan dikesan untuk memastikan suara dan muzik latar seimbang didalam video.

Satu lagi fungsi menarik dalam SMX-F700 ini kita boleh merakam dan memberhentikan rakaman dalam fungsi Samsung’s Record Pause yang membolehkan pengguna memberhentikan rakaman dan meneruskan semula rakaman dalam satu-satu masa. Jadi lepas ni tak susah lagi nak edit video sebelum kita upload ke youtube dan sebagainya kan..

Secara keseluruhan Samsung SMX-F70 memang patut dimiliki oleh semua orang tak kiralah yang sudah berkeluarga mahupun sesiapa sahaja kerana ianya sangat istimewa. Rakaman kenangan terindah anda tidak lagi dilupakan kerana segalanya dirakam menggunakan Samsung SMX-F70.

 

 

Samsung SMX-F700 didatangkan dengan beg kalis air khas didalam kotak termasuk set unit Samsung SMX-F700, CD dan manual pengguna, charger USB serta TV Output cable. Harga dipasaran sekitar RM699 (akhir Oktober 2011) jadi dapatkan sekarang okey..

Penggunaan yang ringan serta battery yang tahan lama memudahkan sesi rakaman tanpa sebarang masalah. Ianya juga merakam dalam bentuk HD yang menjadikan kualiti video bertambah lebih baik dan berkualiti.

Hasil rakaman menggunakan Samsung SMX-F700

http://www.youtube.com/watch?v=79jUhN9qkB4

Berikut adalah spesifikasi Samsung SMX-F700

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Rakam Kenangan HD Anda Bersama Samsung SMX-F700

  1. pembagitau says:

    wah untungnya bro dpt review sebijik cam comel ginimmm. jeles i

  2. zuriey says:

    harga tu smpai okt je ke..

  3. dulu aku selalu tuduh orang macam ko nie fanboy, tapi bila aku dah banyak beli barangan sony, dari mp3, henset, camera dan tv.. baru aku tau cemane seseorang tue bleh attach ngan brand once dia rasa puas hati dengan setiap pembelian tue.. huhu, so takyah fight brand mana lebih mantap, janji rasa puas hati bila beli.. huhu

  4. Mohd Zaid says:

    @Samanosuke_04 rumah saya memang guna perkakasan Samsung sebab samsung punya produk berkualiti.. contoh mesin basuh saya dah pakai lebih kurang 20thn masih tak rosak…

  5. Mohd Zaid says:

    @zuriey menurut media release cam tu lah..

  6. Mohd Zaid says:

    @pembagitau memang comel pun… apa lagi angkatlah satu bro..

  7. Rosli Idris says:

    Encik Zaid, saya telah menjelajah seluruh toko di Penang untuk mendapatkan camcoder ini, malangnya tak ada yg dipamirkan atau menjualnya.. jika nak pun, mereka nak order tu dimana mengambil masa.. lecehkan.. sehingga sekarang, masih belum saya perolehi.. entah mana nak cari lagi..

  8. Mohd Zaid says:

    cuba cari di KL pun sama lah bro.. tak ada stock.. 🙁 mungkin pihak penjual tak nak ambil risiko jual produk ni kot.. sebab ada banyak lagi produk yg lebih baik di pasaran..

  9. Rosli Idris says:

    Pulak,,, yg menghairankan.. masih ada booth utk product Samsung yg lain tapi tak terdapat unit camera ini..pelik kan… saya masih mencuba lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *