RTM Mohon Maaf Siar Kartun Nabi Nuh

Alahai kenapa dah siar baru nak minta maaf? Aku peliklah bukan RTM ni dah berdekat lamanya dalam industri saluran tv kat Malaysia ni kan? macam mana perkara sensetif macam ni boleh terlepas pandang yek? benda dah jadi nak buat macam nana.. so lepas ni harap pihak RTM berhati-hati dalam menyediakan rancangan untuk masyarakat lebih-lebih lagi rancangan kanak-kanak seisi keluarga.

 

Kanak-kanak ni mudah terpengaruh jika rancangan itu menyentuh soal agama atau sensetiviti masyarakat, keagamaan harap tidak disiarkan. RTM sila buat pantauan semua rancangan yang bakal ditayangkan dalam masa sebulan yang akan datang ni.. mana tahu kalau-kalau ada siaran ulangan cerita kartun ni pulak kan.. jangan pisang berbuah dua kali sudahlah..

 

SENSITIF…gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam.

KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.

Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba

Petikan dari Harian Metro Online : RTM mohon maaf

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to RTM Mohon Maaf Siar Kartun Nabi Nuh

  1. ejam says:

    semoga perkara ni tak berulang lagi, memandangkan RTM aku dh jarang tgk mungkin tak perasan akan perkara ni.

  2. Fazrol says:

    Tak lyn sgt RTM… Tue yg tak perasan

  3. suarapeople says:

    sebab tu kalau nk kuar kan apa2 di tv tu..tapis la dulu..tengok betul2..

  4. eyriqazz says:

    Camne ble terlepas ya?

  5. aku tak prasan isu ni..| apapun RTm kena peka,buat dlm memilih rancangan yg nak disiarkan

  6. Mohd Zaid says:

    Shack@AnjungMaya aku pun tak perasan.. sebab rancangan tu cerita kanak-kanak waktu pagi..

  7. Mohd Zaid says:

    @eyriqazz tak pastilah bro.. yang penting mereka dah tarik balik rancangan tu.. harap lepas ni tak terlepas lagilah..

  8. Mohd Zaid says:

    @suarapeople betul tu .. sokong dengan pendapat bro..

  9. Mohd Zaid says:

    @Fazrol samalah..

  10. Mohd Zaid says:

    @ejam RTM patut pantau setiap masa rancangan diorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *