Name Card Untuk Blog Aku!

Ingat lagi tak aku ada beli promosi Milkadeal dari BrilliantPrint yang murah giler tuh?.. 600 keping hanya RM39 jeh meh.. tapi yang tak bestnya kena buat sendiri la pulak design kad tuh. Aku ni tak reti sangat nak design kad, yang simple-simple tu boleh lah. Ok ini hasil kad baru yang aku design haha kelakarkan… saja je buat macam tu dah tu je yang aku pandai.. nak guna photoshop tak berapa reti sangat sebab tak pernah belajar pun guna photoshop. Harap lepas ni PR Company senanglah nak call aku dengan tulisan besar gedabak tu.

Depan

Belakang

Untuk kad nama aku kali ni aku letak sekali alamat rumah, haha ingat tak nak letak tapi terletak la pulak pada kad kali ni. Macam lah ada company besarkan nak letak alamat bagai.. haha bukan apa dulu kad-kad lama aku tak ada alamat semua orang bising sebab susah diorang nak antar kad raya lah kad raya haji lah, kad deepavali lah haha.. hah sekarang hambek kau.. dah ada alamat kalau aku tak dapat gak kad raya siap korang hahaha.. tapi dalam blog ni aku terpaksa blur kan lah.. aku akan bagi kad ni kat client-client dan PR company je sebab mudah diorang nak hantar surat menyurat kat aku..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com