Konvoi Misteri Jalan Lama bersama Terowong Smart & Keicarmania

 

 

Acara yang akan dijalankan ialah majlis pelancaran filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd, berjudul Misteri Jalan Lama yang diarahkan sutradara Afdlin Shauki. Antara pelakon yang terlibat termasuk Hans Isaac, Que Haidar, Vanidah Imran, Marion Caunter dan ramai lagi.

Acara yang dinamakan Konvoi Misteri Jalan Lama bersama Terowong Smart dan Keicarmania ini akan diadakan pada 26 Oktober 2011, bermula jam 3 petang hingga 7 petang bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seramai 1000 tetamu jemputan dijangka hadir tidak termasuk orang awam yang turut dialu-alukan untuk menyertainya.

Lokasi pilihan, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk konvoi kereta oleh Keicarmania melalui terowong SMART, kemudian diteruskan ke Taman Tasik Titiwangsa untuk majlis pelancaran filem Misteri Jalan Lama. Aktiviti lain termasuk persembahan artis tempatan seperti Kozae dan Najwa Latiff, serta sesi beramah mesra antara pelakon dan pengunjung.

Majlis ini adalah anjuran Tayangan Unggul Sdn Bhd dengan kerjasama SMART dan Keicarmania, serta JD Ideas selaku perunding majlis.

 

Dipetik dari : JD Ideas selaku Pengurus Acara ‘Konvoi Misteri Jalan Lama bersama Terowong Smart dan Keicarmania’

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *