Blogger MasterChef Malaysia Finale – Part 1

 

Sabtu lepas merupakan hari yang paling bersejarah buat 10 orang blogger yang layak ke peringkat akhir pertandingan Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef yang diadakan di SACC Mall (Shah Alam). Aku tak layak masuk sebab aku dah awal-awal kalah dalam SEMI-Final hari tu jadi aku datang kesini sebab nak bagi support kat kawan-kawan yang dapat masuk. Kalau korang ingat lagi resepi aku Udang Nyonya dan Poached Egg masa semi final tu ramai gak yang komen lepas diorang try diorang cakap resepi aku tu sedap. Tak tahulah sedap ke tidak kan tapi kalau dah ada yang komen macam tu Alhamdulillah lah syukur sebab ada orang sudi try resepi tu.

Okey berbalik pada hari pertandingan MasterChef Malaysia final ni hari tu aku datang lambat sikit sebab kat SACC Mall ni rupanya parking tak banyak, maklumlah ini pertama kali aku kesini. Dah lah datang lambat aku pulak tak cukup tidur dok mata dah macam panda dah. Tapi tak apalah demi kawan-kawan yang dapat masuk dan memasak ke peringkat akhir tu aku gagahkan diri gak bawa kereta dari Cheras ke Shah Alam. Dalam masa yang sama hati aku ni dup dap dup dap tertanya-tanya siapakah yang akan menang dan jadi juara Blogger MasterChef nanti dan siapa pulak akan menang blogger BUZZ kan.. tak apalah kalau tak menang blogger Buzz pun tak apa anggap je tak ada rezeki.. itulah yang selalu aku niat kalau nak menang hadiah..

 

 

 

Sampai je kat SACC Mall tengok 10 orang blogger tu dah mula memasak. Aku jadi blur jap apakah yang diorang kena masak? jadi aku dok sibok la tanya orang apa ye yang diorang masak.. rupa-rupanya diorang diberikan kotak misteri yang berisi buah Avocado.. Ohhh gitu rupanya.. nasib baiklah aku tak terpilih sebab kalau aku dapat masuk sure aku tak tau nak masak apa dengan Avocado tu.. Pada pemerhatian aku 10 orang blogger yang terpilih tu memang handal belaka, bagi je apa pun diorang dah tau nak masak apa.. bila tengok diorang memasak rasa terliur pulak sebab perut masa tuh dah lapar benar tak makan dari pagi.

 

Wawa yang sempoi.. huhu terliur aku tengok dia masak.. Wawa nanti buat open house jemput zaid tau..

 

Majlis itu diserikan lagi dengan pengacara terkenal dari Astro iaitu Zainal Alam Kadir yang banyak berceloteh dengan 1o orang blogger yang mengambil bahagian. Ada je lawak jenaka yan dibuat Zainal Alam Kadir ni dan rata-rata penonton semua terhibur dengan telatah beliau.. Yang paling best dia asik kacau abang jejai dan anak-anak memang terhibur kami dibuatnya

 

Tengok aksi kakak ni potong buah Avocado.. ada gaya lah kak..

Chef Kertley dan KY Speaks sedang memerhatikan apakah yang sedang dimasak oleh adik falihinjasmy

Abang Jai dari awal sampai lah tamat muke serius je.. haha mungkin dia tengah ambil feel nak masak apa kot..

James memang pandai memasak.. tengok gaya pun dah tahu..


Akak   sedang mengupas bawang.. apakah masakan yang akak ni masak? saya memang suka kat masakan 4 citarasa akak ni memang sedap..

Masa nih perut aku kawkaw lapar.. nasib baik penaja Maggi ada buka booth kat sini so boleh lah alas perut sikit.. terima kasih Maggi Malaysia

Antara masakan berunsurkan Avocado dari blogger MasterChef

Antara masakan berunsurkan Avocado dari blogger MasterChef

10 orang blogger/peserta MasterChef MY dah bersedia dengan hidangan Avocado mereka.. jap lagi mereka kena tunjuk kat juri..

Juri terdiri daripada Chef Kertley, KY Speaks dan En. Raqim Ahmad

Peserta kena tunjuk hidangan mereka dan juri akan test makanan tersebut dari segi rasa dan cara persembahan. Nampaknya juri kita memang syok dapat makan masakan blogger MasterChef kita nih.. kita orang yang kat bawah dok melopong je haha…

okey lepas dari invention test ni diorang ada sesi kedua pulak iaitu skill test.. apa yang diorang kena buat dalam skill test ni.. tunggu post aku berikutnya..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *