Udang Nyonya – Blogger MasterChef Malaysia

Rasanya semua dah baca dah entry aku yang aku sebenarnya hanya Suka-Suka Masuk Blogger MasterChef Malaysia sabtu lepas. Aku nak bagi tau kat korang semua yang aku ni sebenarnya tak pandai memasak, kalau masak biasa-biasa tu boleh lah. Tapi dengan adanya program blogger masterchef ni aku dah buat satu resepi aku sendiri yang penting juri dan orang ramai yang makan kata masakan aku sedap. Walaupun tak menang top 10 blogger masterchef ni tapi aku bangga dengan diri aku sendiri sebab tak semua orang berpeluang masuk pertandingan macam ni lebih-lebih lagi melibatkan makanan. Nak puaskan hati dan selera orang bukan senang tau, tul tak? hihi..

Seperti yang aku janjikan ini dia resepi dan bahan-bahan untuk buat masakan Udang Nyonya aku tuh. Harap maaflah kalau ada kekurangan dan terlebih rasa lepas korang masak. Kalau nak cuba dipersilakanlah.. kalau dah cuba dan rasa sedap ke rasa tak sedap ke bolehlah komen kat sini ye.. hopefully aku boleh improve lagi skill dan masakan aku dimasa akan datang.

 

 

Dalam blogger MasterChef Malaysia ni semua peserta diminta untuk memasak 2 hidangan untuk disajikan kepada juri, yang pertama dipanggil UJIAN CIPTA RASA (Invention Test) dimana masa ni blogger akan diberi bahan utama dan PETI SAJI MISTERI (Mystery Box) dalam kotak tu terdapat beberapa bahan lain yang perlu dilengkapkan dalam masakan. Udang adalah bahan utama yang perlu dimasak oleh semua blogger. Mula-mula aku ingat dapat daging sebab aku dah ready nak masak grill tapi rupa-rupanya udang lah pulak. Alahai aku dah cuak gile masa ni, manalah aku reti nak masak udang kalau makan udang tu aku pandailah.. lagilah pulak aku tak pernah dan tak tak tahu nak potong dan basuh udang. Jadi aku gunakan kuasa cincai dan caca merbalah jawabnya..

 

 

Ini pulak bahan-bahan tambahan yang boleh digunakan. Ada bawang besar, bawang merah, halia, lengkuas, bawang putih bunga kantan, daun limau purut, serai dan macam-macam lagi.. masa ni semua berebut-rebut yelah takut bahan habis. Aku pulak masih blur nak masak apa time ni jadi aku tengok je diorang ambik aku pulak melopong haha..

Satu bahagian lain ada bahan-bahan kering macam sebuk-serbuk dan rempah ratus. Ada serbuk rosemary, garlic powder, cumin, black paper, cayenne powder dan macam-macam lagi. Pilih-pilih haha semua bahan ni laris macam dapat shopping free kat kedai hihi.. aku pulak masih melopong lagi time ni.. bluruuurrrrr.. masa ni aku dok bisik-bisik kat mak aku.. nak masak apa… nak masak apaaaa… mak aku cakap ala ko masak je resepi laksa nyonya yang aku ajar tu.. aku pulak boleh bengong sampai dah lupa resepi dan cara dia ajar dulu heheheh maklumlah orang jarang masak. Nasib baiklah mak aku ada kat samping aku time memasak boleh juga suh dia ajar aku kan.. kalau tak tah apalah jadinya masakan aku tu nanti.

 

Satu sudut lagi ada bahan seperti daun pudinar, daun sup, daun bawang dan lain-lain.. pilih je masa suka

 

Ini pulak kotak misteri yang diorang bagi.. tengoklah sendiri bahan-bahan tuh.. aku pun bukan pakai semua pun janji ada sudaahhh.. yang penting ada nanas .. tapii..

tapi… nian di hati nak pakai nanas ni dalam masakan.. budget macam pro lah tapi aku sebenarnya nak potong nanas ni pun tak pandai.. ahaha masa ni mak aku dok gelak aku aku yang tengah blurr nih..

 

Okey sekarang kita tumpukan perhatian macam mana nak memasak Udang Nyonya nih. Mula-mula kenalah ada udang kan.. kalau boleh udang tu nak yang fresh punya, buang kulit dan taik udang tu.. kepala pun buang gak kang senang nak makan tak payang nak kopek-kopek lagi. Lepas buang kulit dan taik silalah basuh udang tu bersih-bersih sebelum memasak.

 

Cari santan tapi simpan dulu santan tuh.. ikut gambar kat atas ni dapatkan 2 ulas bawang putih, tumbuk dan buang kulit.. hiris nipis-nipis bawang putih tu..

 

Bawang besar dan bawang merah pun nak gak.. hiris dan simpan dulu bahan-bahan ni..

 

Nak sedikit halia dan dan lengkuas untuk masakan Udang Nyonya nih. Potong dan bersihkan..

2 biji buah pala.. kenapa nak pakai buah pala silalah tanya mak aku.. hehe dia yang suh letak :)

 

Mulakan memasak dengan letakkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi.. pastikan kuali panas dulu baru memasak ye.. aku pulak tak reti nak pakai dapur elektronik ni jadi apa lagi tercangak-cangak la aku dok panggil crew ajar aku guna dapur ni.. haha kelakar time ni sebab ramai blogger kat rumah pakai dapur gas je..

 

Okey lepas minyak dah panas tumis bahan-bahan hirisan tadi sampai layu tapi jangan la sampai hangus pulak.. disebabkan aku tak cukup masa jadi terpaksalah aku teruskan memasak dengan bawang yang masih segar lagi dalam kuali.. perhhhh gilalah MasterChef ni memamg betul-betul mencabar.

Masukkan sedikit air kedalam masakan tadi dan tumis dalam 5 minit. Besarkan sikit api dapur supaya cepat sikit masak.

Dalam masakan Udang Nyonya ni kenalah pedas sikit kalau nak sedap. Jadi masukkan sedikit cili masak yang telah di kisar .. hahaha masa ni aku tak ada cili sebenarnya jadi aku ingat diorang ada sediakan cili boh senang sikit aku masak. Rupa-rupanya tak ada.. sebab peserta kena kisar sendiri cili yang telah diberi.. perhhh masa tak cukup jadi aku buat muka kesian lah.. hihi nasib baik ada Kak Jemah yang sanggup berikan sedikit cili kisarnya.. terima kasih bebanyak kak Jem..

 

Masukkan 2 biji cili api kat dalam masakan.. dan masukkan sehelai daun limau purut, bunga kantan sekali.

 

hahaha serius aku tak pandai potong buah nanas.. mak aku cakap salah aku potong tu.. tapi disebabkan masa dah tak cukup aku hentam jelah.. kalau korang ikut gaya aku masak ni memang pokai lah korang.. dari sebiji buah nanas tu aku pakai 2-3 ulas je hahaha..

lepas dah masukkan semua bahan-bahan.. masukkan santan.. dan besarkan api supaya cepat masak.. masukkan sedikit gram secukup rasa, kemudian biar kuah masakan menggelegak dan udang masak sebelum dihidangkan.

 

Kan aku dah cakap aku bukan Masterchef profesional jadi deko hiasan aku pun ala-ala kesian je.. hihi.. siap aku baca kat komen FB cakap aku potong tomato pun tak pandai.. tak pe aku terima komen-komen tuh janji lepas ni aku boleh usaha lagi.

Okey sekaran ni curahkan masakan korang dalam pinggan dan sedia hidangkan untuk juri makan.

 

Taddaaaa… inilah dia dah siap pun Udang Nyonya.. nyam nyamm.. sedap tau..

Masa ni semua peserta tengah ketakutan ye lah nak tunjuk masakan korang tuh kat para juri. Ntah sedap tah tak lah kan masakan aku tuh.. risau yaa amat aku..

 

Tibalah giliran Chef Zaid untuk tunjuk masakannya kat Juri.. Mulut nampak senyum tapi dalam hati dah kebabbboommmm!!

Alhamdulillah juri kata masakan aku best.. walaupun aku tak menang dalam peringkat ni aku tak patah semangat sebab masakan aku diterima oleh para Juri.. cuma aku tak ada rezeki je nak menang.. sebab ramai lagi masakan yang sedap-sedap. :)

Okey nak tahu apa masakan kedua yang aku masak kat event Blogger MasterChef Malaysia nih.. tunggu post yang akan datang.. :) selamat mencuba.. kalau sedap komen ye..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.