Poached Eggs – Blogger MasterChef Malaysia

 

Ini adalah masakan kedua aku ketika berada di program Blogger MasterChef Malaysia baru-baru ni kat The Cooking House. Cabaran kedua ni dipanggil Skill Test dimana para peserta perlu menunjukkan kemahiran membuat Poached Egg. Haha nampak senang tapi memang susah nak buat sebenarnya, sekali salah abis hancur telur tu nanti. Untuk cabaran ini sebelum blogger semua buat kitaorang diajar oleh Chef Ryan Khang cara yang betul nak buat poached egg. Nasib baiklah chef tunjukkan demo kalau tak sure semua orang dok show telur pecah haha..

 

Para peserta mendengar dengan tekun cara pembuatan Poached Egg ni.. dengar betul-betul kang lain pulak jadinya..

 

Demo oleh Chef Ryan Khang. Mula-mula panaskan air dalam kuali, kalau boleh pakai kuali yang tinggi sikit supaya boleh letak banyak air. Didihkan air dan masukkan cuka makanan dalam air tersebut.

Ketika air mendidih, kacau air berkenaan dengan kuat.

Selepas kacau air tu.. masukkan sebiji telur …

Total masa nak masak Poached Egg ni menggambil masa 4 minit.. setiap 2 minit terbalikkan telur tu..

Haha nampak senang.. sekarang tiba giliran aku pulak yang masak… ok chef kata memula panaskan air sehingga mendidih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah telur dan roti.. letakkan sedikit cuka dalam telur tu..

 

Lepas air mendidih masukkan cuka..

 

Kacau air tu dengan kuat dan laju-laju..

Masukkan telur dan tunggu selama 4 minit.. kemudian pandang kamera dan senyummmmmmmmmmm

 

Lepas 2 minit terbalikkan telur, tapi hati-hati telur boleh pecah waktu ni.. hihi aku tak terbalikkan pun..

 

Tadddaaaa.. inilah dia Poached Egg Chef Zaid… cantik tak? macam muka orang kan..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Poached Eggs – Blogger MasterChef Malaysia

  1. hamzah says:

    serius telor tu nampak sedap… aku nak try ah, baru ku tahu telor leh goreng camtu.. dia mcm goreng+rebus lah kan

  2. akuzle ayu says:

    bole tahan poached egg awk yea? 2 jd, 2 x jd eks?

  3. Pingback: Blogger MasterChef Malaysia Finale – Part 1 – Aku Zaid

  4. Mohd Zaid says:

    @hamzah ko kalau makan telur ni tak cukup kenyang nanti hahaha.. teringat kes ko kat alexis ari tu haha

  5. Mohd Zaid says:

    @akuzle ayu lagi 2 tak cukup masa nak masak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *