Suka-Suka Masuk Blogger MasterChef Malaysia

Amacam? rasanya ramai yang dah tahu aku join Blogger MasterChef Malaysia ni kan? Hari ni baru aku sempat nak update sebab banyak sangat kerja yang tertangguh dan perlu disiapkan dulu. Memang best tau join Blogger MasterChef Malaysia ni. Pada mulanya aku macam malas dan malu-malu nak join ye lah aku ni bukannya pandai masak sangat. Setakat masak simple-simple tu reti lah telur dadar ke ayam goreng kunyit ke tu memang aku pro lah. Tapi kalau nak cakap ‘MASTER’ tuh memang jauh panggang dari api lah..  Sebelum aku cakap panjang lebar aku nak perbetulkan sikit sebab ramai yang ingat aku masuk program MasterChef kat TV tu.. sebenarnya yang aku masuk ni adalah Blogger MasterChef dimana event ni khas untuk para blogger je main-main masak tak masuk TV pun, tapi konsep yang ditonjolkan sama macam dalam TV.

Sabtu lepas bertempat di The Cooking House, Desa Sri Hartamas berlangsungnya sesi kedua Semi-Finalis Blogger MasterChef Malaysia. Aku dapat masuk pun sebab aku tulis blog pasal resepi Maggi Laksa Nyonya aku dulu. Perhhh resepi tu memang berhantu lah.. siapa yang pernah cuba mesti nak cuba lagi. Hari tu aku awal pagi dah bangun berkobar-kobar punya pasal nak pergi awal event ni.. bila dah separuh jalan memandu baru aku teringat yang aku lupa bawak kamera.. alahai.. nak patah balik rumah dah jauh pulak so terpaksalah kacau adik aku si Uzair tu hantar naik moto.. kesian dia.. tak apa adik nanti kalau angah menang angah belanje lah kau.. kalau menang lah.. haha

Semangat memang dah berkobar-kobar tapi apa yang aku nak masak nih? memang aku blur langsung tak pandai masak tapi gatai tangan nak join. So aku kuatkan lah semangat sepanjang perjalanan ke Desa Sri Hartamas tu aku dok tanya mak aku kalau nak masak ayam macam mana, nak masak daging macam mana haha terima kasih mak sebab banyak membantu.

Tepat jam 10 pagi aku pun sampai kat The Cooking House, berpusing-pusing aku mencari tempat ni.. bukan aku tak pernah datang tapi aku ni memang jenis cepat lupa tempat. Sampai-sampai je terus naik The Cooking House dan jumpa blogger-blogger yang turut masuk pertandingan ni antaranya Kak Lily, Kak Ina KL, Abang Jai, Kak Jemah dan ramai lagi semua ada 20 orang blogger yang join. Huh masa ni aku dah rasa lemah longlai dah tengok semua blogger pro memasak yang join.. tapi niat aku cuma nak suka-suka je join dan nak happy-happy jadi lupakanlah perasaan takut ke apa.. janji enjoyy kan..

 

Kak Lily, Kak Ina KL, Abang Jai dan aku bergambar kat wall MasterChef Malaysia. Lepas ni kalau ada nak buat kenduri ke nak buat majlis hari jadi ke kalau perlukan MasterChef boleh lah calling-calling kita orang ye.. haha lepas masuk Blogger MasterChef ni harga catering kitaorang naik 100% hahaha… boleh pulak cam tu kan.. 🙂 hihi saja je gurau-gurau.. Apa-apa pun aku salute kat sifu-sifu ni sebab diorang ni sporting dan buat perasaan takut aku jadi kurang..

 

Inilah dia antara penaja-penaja yang menaja event Blogger MasterChef Malaysia iaitu PANASONIC ‘Cooking Magic’ selaku penaja utama MasterChef Malaysia. Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef dan NeuVida Omega-9 Cooking Oil. Tanpa penaja-penaja ni tak dapatlah kitaorang main masak-masak kat sini kan..

 

Inilah dia ‘MasterChef Malaysia’ dalam hati aku.. satu-satunya chef peribadi aku sejak dari kecik hingglah sekarang.. dia yang aku maksudkan adalah mak aku lehh.. Zara Aluwi. Mak aku pun datang gak menemani aku memasak kat event ni. Sambil dia bagi sokongan aku pun sambil korek rahsia resepi dialah. haha..

Inilah dia juri pada hari tersebut iaitu Chef Ryan Khang dari The Cooking House, Raqim Ahmad dari Astro dan blogger makanan popular KySpeaks. Hoho tengok juri yang hadir pada hari tu dah buat aku cuak abis.. tah apalah nanti rasa masakan aku tu kan tah diorang suka atau tak lah kan.. tapi tak apa cuba je mak aku cakap.

Setiap peserta kena buat cabutan nombor. Aku dapat nombor 15, alahai nombor ni tak ada ong lah bagi aku dah lah dapat dapur dekat hujung dunia.. hihi..

Sebelum apa-apa hal nak memasak perlulah pakai apron MasterChef dulu.. baru gempak kan.. bukan senang nak sarungkan apron ni hanya yang layak je boleh pakai.. tapi yang tak bestnya apron ni kena pulangkan balik la.. haiiihhh, masa ni aku dah blur dah tengok macam-macam bahan masakan ada atas meja aku dan ada satu kotak misteri. Kotak apakah itu? tunggu entry aku seterusnya ..

Chef Ryan Khang dari The Cooking House memberikan taklimat dan penerangan sebelum semua blogger memasak.

Tekun sekali semua 20 blogger mendengar taklimat oleh Chef Ryan Khang dari The Cooking House. Tapi aku masih dok blur lagi nak masak apa. Masa ni aku curi-curi tanya mak aku nak masak apa mengikut bahan yang diberikan. Huhu Tinnggggg idea sampaiiii… tapi apakah yang aku akan masak? tunggu …

Sebelum nak memasak atau buat apa saja kat dapur, tangan mestilah dalam keadaan bersih supaya makanan yang dimasak tak tercemar dan orang yang makan tak akan keracunan. Bagus-bagus.. basuh tangan dulu ye baru masak..

Tengok entry seterusnya apa yang ada dalam kotak misteri tu dan apa yang aku akan masak..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Suka-Suka Masuk Blogger MasterChef Malaysia

  1. JAI says:

    Bro..upkan entri resipi bergambo masakan bro tempohari..terbaik sehhhh…Memang sedap..i apa yang pasti lemak dia Superb diselit dengan udang besar punya

  2. eyriqazz says:

    bila pulak zaid nak ajak saya ke rumah rasa masakan zaid dan mak zaid?hik3…yummmyyy

  3. Pingback: Udang Nyonya – Blogger MasterChef Malaysia – Aku Zaid

  4. Mohd Zaid says:

    @JAI abang jejai nanti cuba tau .. hehe..

  5. Mohd Zaid says:

    @eyriqazz jemput jemput.. nanti kita buat reramai open house blogger masterchef nak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *