Laksa Nyonya Maggi – Blogger MasterChef Malaysia

Seperti yang semua orang tahu MasterChef Malaysia Malaysia ini bakal bersiaran bermula 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011. Maggi merupakan salah satu penaja untuk rancangan ini. Okeh bercakap pasal Maggi aku nak recap balik entry aku yang sebelum ni berkenaan masakan Laksa Nyonya Maggi aku.. Ramai yang dah cuba dan komen laksa nyonya Maggi ni sedap.. harap MasterChef Malaysia dapat cuba gak resepi aku ni nanti ye..

 


Laksa Nyonya MAGGI®
BAHAN-BAHAN:

++++semua bahan dihiris++++
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 batang bunga kantan
1 batang serai
1 inci lengkuas
+++++++++++++++++++++++

7 biji cili api – dibelah dua
Sedikit ayam yang dihiris

1 mangkuk santan
1 cawan air
2 sudu minyak kelapa

3 tangkai sawi dipotong
½ incin lobak merah dihiris
1 biji tomato dihiris

HIASAN:
2 helai daun salad
2 tangkai daun ketumbar
2 tangkai daun sup
3 tangkai daun pudina
1 biji limau kasturi

Mee Maggie Laksa 2 peket – mee dicelur terlebih dahulu.

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang dihiris.
2. Masukkan santan, air dan perencah laksa Maggie. Kacau hingga menggelegak.
3. Masukkan ayam dan cilia pi.
4. Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.
5. Hias mee Maggie bersama daun salad, daun ketumbar, daun sup dan pudina.
6. Tuang kuah laksa ke dalam mangkuk yang berisi Maggie dan hidang.

 

Untuk sebarang maklumat berkenaan #MasterChefMY bolelah layari laman-laman sesawang dibawah.

– Official Site URL – http://www.astro.com.my/masterchef/
– Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
– Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *