Whitesnake World Tour 2011 – Live in Kuala Lumpur

 

Siapa peminat kumpulan lagenda Rock Whitesnake angkat tangan! ya ya saya pun angkat tangan gak, rasanya kalau korang peminat setia WhiteSnake ni mesti korang dah tahu kan bahawa diorang akan beraksi di Malaysia tidak lama lagi, atau kepada yang belum diorang akan turun dan buat persembahan di Malaysia pada 30 Oktober 2011 ini di Stadium Putra Bukit Jalil dan Ratu Rock kita Ella ‘N’ The Band akan turut beraksi pada pembukaan tirai pada malam tersebut.

Wow memang layan rock habislah malam tu rugi kalau tak pergi nih. Untuk pengetahuan tiket sudah mula dijual dan boleh dibeli melalui tiket bernilai RM98 (Upper Tier), RM158 (Lower Tier), RM258 (Rock Zone Platinum) dan RM358 (Rock Zone Premium) dan boleh dibeli secara online di Tiketpro.com.my atau beli di Rock Corner Outlets di KLCC, The Gardens, The Curve, One Utama, Subang Prade dan Victoria Music Outlets.

Terima kasih kepada JSConcertProductions kerana membawakan lagenda rock terkenal Whitesnake ke Malaysia dan pastinya kali ini akan mengimbas kembali zaman-zaman rock 70an kepada peminat-peminatnya. Whitesnake yang dianggotai oleh David Coverdale (Vokalis), Doug Aldrich (gitar), Reb Beach (gitar), Michael Devin (bass), Brian Tichy (dram) dan Brian Ruedy (keyboards) akan mendendengkan lagu-lagu dari album terbaru mereka Forevermore nanti. Jadi jangan tunggu lagi jom beli tiket sekarang sebab dengar cerita jualan tiket memang sangat laris.

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *