PENTAX Optio RS 1500

 

Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila diberi pinjaman selama 5 hari di My Selangor Story menggunakan Pentax Optio RS 1500. Memang niat dihati nak ambil satu kamera kecil dan mudah dibawa macam ni, tapi tak apalah dapat pinjam pun dah ok. Saja test kamera ni nak tau ok ke tak so bila dah pakai barulah tau. Selama 5 hari menggunakan kamera Pentax Optio RS 1500 ni rasanya inilah kamera kompak yang terbaik aku rakamkan gambar. Pada mulanya macam tak percaya dengan kehebatan kamera ni yang sering digembar-gemburkan oleh pengguna lain tapi lihatlah hasil gambar yang sangat berkualiti dari menggunakan Pentax Optio RS 1500. Terima kasih kepada Dscworld kerana menaja dan menjadi kamera rasmi untuk semua blogger #MSS2011


Pentax Optio RS 1500 yang baru ini memang ringan dan mudah dibawa kemana-mana lebih-lebih lagi kalau nak masuk hutan ke nak pergi jalan-jalan ke sebab ianya sangat comel dan bergaya. Dengan kualiti gambar sehingga 14 megapixels menjadikan gambar lebih jelas dan tampak menarik, ianya juga mengurangkan kadar ‘Noise’ pada gambar dan dilengkapi dengan high-performance smc PENTAX optical lens yang nampak begitu sexy bagi penggunanya. Menarik lagi tentang Pentex Optio RS1500 ini ianya mempunyai tetapan seperti Retro, Sepia, Toy Camera bagi membolehkan pengguna mengubahsuai gambar hanya melalui kamera.

Antara fungsi lain adalah ianya mempunyai Automatic face detection dengan ciri mesra pengguna dengan mengesan wajah dan mengoptimumkan tumpuan imej menjadikan gambar lebih cantik dan menarik. Smile Capture mode pula akan mengambil gambar secara automatik apabila ianya mengesan objek senyuman pada wajah manusia. Natural Skin mode pula menjadikan gambar muka lebih licin dan kulit yang sihat pada gambar. Jadi tak perlu lagi risau gambar anda tidak menarik dan tidak ada keyakinan diri kerana apabila menggunakan Pentax Optio RS 1500 segalanya menjadi mudah.

Selain daripada itu Pentax Optio RS 1500  mempunyai skrin LCD monitor seluas 3.0 inci. Dilengkapi dengan Optical 4X zoom lens dengan liputan sudut yang luas. Menariknya tentang video pula ianya memberikan hasil yang sangat jelas dalam ramakan dan mempunyai (1280 x 720 pixels) serta Movie SR (Shake Reduction) membantu anda mengurangkan gegaran dalam merakam video.

 

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan tentang Pentax sila hubungi :-

DSC World Sdn Bhd
16-1, Jalan PJU 5/16, PJU 5,
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-6148 8122 / 603-6148 8098
Fax : 603-6157 2160
Email : admin@dscworld.com.my

 

Lihat gambar-gambar yang aku ambil menggunakan Pentax Optio RS 1500

 

 

 

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.