Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun Depan Jumpa Lagi.

 

Terima kasih kepada pihak penganjur Horizon Communication dan semua sponsor Tourism Selangor, Firefly, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, Golden Palm Tree, Resort World Genting, The Cube, The Mix dan Pentax dalam menjayakan program #MSS2011 pada tahun ini dengan jayanya. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memongkarkan lagi rahsia disebalik khazanah yang tersimpan di negeri Selangor.

Perjalanan My Selangor Story 2011 telahpun berakhir disini. Hari terakhir kami bersarapan di Kite Restoran (Holiday Inn) disini mereka menyediakan sarapan pagi seperti nasi lemak, makanan kampung dan juga antarabangsa. Banyak pilihan makanan yang boleh didapat disini, jadi mereka yang bermalam di Holiday Inn bolehlah singgah di Kite Restoran ye.  Hari terakhir kami di Holiday Inn membuatkan suasana sayu apabila melihat rakan-rakan sudah mula pulang ke tanahair mereka seawal jam 5 pagi lagi. Terima kasih FireFly kerana menerbangkan mereka dan menjadi penerbangan rasmi untuk peserta luar dari Kuala Lumpur.

 

Tahun ni My Selangor Story banyak menyimpan seribu satu kenangan kerana kami begitu akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain dalam erti kata lain sudah macam satu keluarga. Itulah dia My Selangor Story bukan sekadar membawa peserta melawat tempat-tempat menarik di Selangor bahkan menjadikan dan mengeratkan talian silaturrahim antara 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Selamat membaca segala perjalanan aku di #MSS2011 semoga kenangan teringah ini dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara datang ke Selangor untuk menikmati apa yang kami hidangkan. Terima kasih ya kerana sudi membaca..

Terokai Selangor Di MSS2011
Selamat Datang Peserta MSS2011 Ke Selangor
Day 1 MSS2011 – Pengenalan My Selangor Story 2011
Day 1 MSS2011 – Majlis Pelancaran My Selangor Story
Day 1 MSS2011 – Golden Palm Tree Menggamit Perasaan
Day 2 MSS2011 – Sukan Air Di Golden Palm Tree Resorts
Day 2 MSS2011 – Aktiviti Luar Di Golden Palm Tree
Day 2 MSS2011 – Santapan Di Golden Palm Tree
Day 3 MSS2011 – Berjimba Di Awana Genting Highlands
Day 3 MSS2011 – Long House & Pasar Ikan Bakar
Day 3 MSS2011 – Blind Trail Di Awana Genting Highlands
Day 4 MSS2011 – Jungle Trekking Dan Obstacle Courses
Day 4 MSS2011 – Holiday Inn Glenmarie Shah Alam
Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun
Review – PENTAX Optio RS 1500

 

Rakan Penaja MSS2011
.
.
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *