Day 4 MSS2011 – Holiday Inn Glenmarie Shah Alam Mempersonakan

Selepas melakukan aktiviti Jungle Trekking Dan Obstacle Courses Di Awana Genting Highlands kami terus menuju ke destinasi terakhir iaitu kembali ke Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie di Shah Alam Selangor. Terasa sebak juga nak tinggalkan Awana Genting kerana belum puas rasanya nak terokai khazanah yang ada di hutan Malaysia. Tak apalah nanti bila ada masa lagi pasti aku akan kesana Insyaallah. Waktu perjalanan dari Awana Genting ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit perjalanan menaiki bas vip khas untuk peserta #MSS2011, selesa dengan kerusi yang empuk membuat ramai peserta yang lena tidur kerana keletihan semasa melakukan aktiviti Obstacle.

Cuaca hujan lebat membuatkan perjalanan bertambah enak dibuai mimpi. Setelah sampai di Holiday Inn aku amat teruja dengan hotel yang mempersonakan ini. Rekaan dalaman yang santai dan unik menjadikan hotel ini salah satu hotel pilihan pelancong dalam dan luar negara di Selangor. Kunci bilik sudah diberikan dan aku mengambil peluang keemasan ini untuk tidur seketika sementara menunggu jam 7 malam ke The Mix untuk majlis makan malam terakhir untuk para peserta.

 

Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie terletak di No 1 Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1 , Shah Alam, Selangor. Para tetamu yang menginap disini pasti akan meninggalkan seribu satu memori terindah. Aku memang suka hotel ni sebab staff nya baik-baik dan peramah. So far hotel ni adalah hotel yang paling selesa pernah aku tinggal. Kepada sesiapa yang berminat nak tido kat sini boleh call Hotel Front Desk ditalian 03-78025200.

Bilik hotel yang selesa dengan tilam dan bantal yang empuk .. perhhh memang bestlah santai kat sini..

 

Tepat jam 7 malam kesemua peserta #MSS2011 berkumpul dan menuju ke The Mix iaitu sebuah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan enak untuk tetamu.

Disini terdapat live band dari Zynchro Band yang akan menghiburkan anda jadi sambil makan sambil bergembiralah.

Ms. Sagina Manandhar (Marketing Communication Manager Sales and Marketing) dari Holiday Inn memang baik dan peramah. Dia ni lah yang banyak membantu para peserta semasa menginap di hotel ni. Terima kasih Sagina nanti kita jumpa lagi ye.

En. Fazly Razally, Manager of Events and Marketing for Tourism Selangor yang baru sampai dari Langkawi atas utusan kerja. Terima kasih En Fazly sebab sudi luangkan masa bertemu kami dan blogger-blogger dari Indonesia dan Singapore. Harap tahun depan Tourism Selangor dapat sponsor lagi ye hihi..

 

Makanan yang dihidangkan untuk makan malam terakhir kami. Terima kasih kepada The Mix dan Holiday Inn

Malam yang menggamit kenangan yang tidak akan aku lupakan.. ramai rakan baru dari Indonesia yang aku kenal nanti bila aku ke tempat kalian bolehlah kalian tunjukkan dan bawa jalan-jalan Indonesia ya.. šŸ™‚

Rakan Penaja MSS2011
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

 

 

HOLIDAY INN KUALA LUMPUR GLENMARIE

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Day 4 MSS2011 – Holiday Inn Glenmarie Shah Alam Mempersonakan

  1. Alice says:

    Nice experience šŸ™‚

  2. Pingback: Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun Depan Jumpa Lagi. – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *