Day 4 MSS2011 – Jungle Trekking Dan Obstacle Courses Di Awana Genting Highlands

Belum puas rasanya bermalam di Awana Genting Highlands Hotel & Resort kerana disini banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Insyaallah nanti nak buat trip bersama rakan pejabat kesini lagi. Terima kasih kepada sponsor Tourism Selangor dan My Selangor Story kerana bawakan kami ke tempat yang menarik ini. Malaysia khususnya Selangor banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum diterokai dari sektor pelancongan Eco Tourism. Hanya melalui program #MSS2011 seperti inilah dapat menarik minat orang ramai dan memberi pelung serta mendidik masyarakat tentang alam sekitar. Mungkin selepas program #MSS2011 yang ditulis para bloggernya dapat menjadi hebahan dan medium pendidikan kepada semua.

Hari keempat program #MSS2011 kami mulakan dengan senaman seawal 7 pagi yang dikendalikan oleh En.Zul seorang renger yang bertugas menjaga kami semasa disini. Waktu pagi di Genting Highlands memang dingin, nak mandi pun kena fikir 3-4 kali sebab airnya sangat sejuk kala ini. Jadi aku dan peserta yang lain mengambil keputusan mandi ala kadar saja pagi itu. Selepas melakukan senaman ringan kami dibawa ke Restoran Pasar Ikan Bakar untuk mengisi perut (Breakfast) sebab jam 8.30 pagi kami akan menjelajah dan mengarungi hutan belantara dalam aktiviti Jungle Trekking.

Disini terdapat pelbagai spesies hidupan flora dan fauna yang masih hidup dengan sihat dan hampir berusia jutaan tahun. Masa dalam perjalananan Jungle Trekking banyak bunyi-bunyi seperti katak, cengkerik, burung bernyanyi-nyanyi disini. Ingat ye kat sini pun banyak pacat dan lintah yang kelaparan jadi dalam masa yang sama rawatan bekam turut dijalankan oleh hidupan daratan ini, Haha nasib baiklah lintah dan pacat tu tak suka darah aku kalau tak mesti aku dah kurus akibat disedut oleh lintah darat.

 

Cantikkan hidupan flora dan fauna kat sini.. dari sebesar alam hinggalah sekecil kuman semuanya ada. Kalau nak buat Jungle Trekking ni kenalah hati-hati sebab banyak juga haiwan liar dan berbisa kat dalam hutan macam ni. Jadi bila masuk hutan baca-baca la sikit ayat yang korang tahu. Pesanan orang tua yang aku pegang sampai hari ni.. kalau masuk hutan terjumpa barang atau apa saja jangan ambil sebab barang-barang tu ada tuan yang punya. Kalau nak ambil pun just ambik gambar je dan kalau nak tinggalkan barang pun hanya tinggalkan jejak kaki je, tu hasihat orang tualah sebab apa diorang nasihat macam tu aku tak pasti tapi yang penting kita jangan ambil.

 

First time aku tengok pacat.. haha jangan lah gelakkan aku, aku bukan orang kampung yang dapat tengok pacat atau lintah ni.. dari kecil sampailah besar ni aku hidup kat dalam bandar jadi bila jumpa haiwan macam ni rasa jakun jap.. tapi tolong jangan suruh aku pegang sebab aku memang fobia dengan lintah.. eeee yeeekkk…!!

Gambar Kredit : Nigel

 

Selepas melakukan aktiviti Jungle Trekking kami semua ke satu tempat dimana disini kami melakukan aktiviti Obstacle Courses. Rasa dah macam masuk PLKN pulak haha inilah pertama kali aku mencuba dan merasa erti kesusahan. Yang paling bestnya aktiviti ini dibahagi kepada 5 kumpulan dan aku tergolong dalam kumpulan 2. Alhamdulillah dengan adanya kumpulan rasa susah tak lagi bermain dalam minda aku sebab pasukan kami memang bersatu hati membantu satu sama lain. Lihatlah gambar kat atas tu bagaimana susahnya kami nak harungi Obstacle Courses nih..

 

 Selepas melakukan aktiviti Jungle Trekking Dan Obstacle Courses berakhirlah sudah hari kami di Awana Genting Highlands dan destinasi seterusnya adalah ke Holiday Inn Shah Alam semua untuk upacara malam penutup #MSS2011. Sebelum pulang kami dibawa ke (Rajawali Coffee House) Resort Awana Genting untuk menikmati hidangan buffet makan tengah hari disini. Waaahhh makanan sangat banyak dan menarik, rasanya pun enak-enak belaka. Terima kasih Awana Genting sebab taja perjalanan kami disini.

Dari kanan : Christopher Eric Ruxton, Executive Assistant Manager of Awana Genting Highlands Golf & Country Resort dan Dato’ Ruddin Salim – Vice President of Awana Genting, duduk semeja dengan kami, tuan memang sangat sporting dan banyak pengalamannya dikongsi bersama kami. Terima kasih ya tuan sebab sudi luangkan masa makan tengah hari bersama.

 

 

Sebelum pulang pekara wajib yang mesti dilakukan adalah group foto. haha mesti jadi satu kemestian kepada semua blogger #MSS2011 tiap kali ke tempat penaja mesti ambil gambar.. huhu lepas ni apa pula aktiviti kami? nantikan post yang seterusnya..

 

Rakan Penaja MSS2011
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Day 4 MSS2011 – Jungle Trekking Dan Obstacle Courses Di Awana Genting Highlands

  1. Pingback: Day 4 #MSS2011 – Holiday Inn Glenmarie Shah Alam Mempersonakan – Aku Zaid

  2. Pingback: Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun Depan Jumpa Lagi. – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *