Day 3 MSS2011 – Long House Dan Pasar Ikan Bakar Awana Genting Highlands

Percutian ke Genting kali ini di My Selangor Story agak berlainan sedikit dengan percutian aku sebelum ini. Kali ini kami ke Awana Genting Highlands Hotel & Resort tapi disini kami melakukan aktiviti Awana Eco Adventures dimana para peserta akan melakukan aktiviti seperti Jungle Trekking, Boot Camp, Night Trail,  Obstacle Course dan banyak lagi. Maklumat lanjut tentang aktiviti yang boleh dilakukan sila klik di sini. Seperti yang kita tahu di Malaysia terdapat rumah panjang di sekitar Sarawak tapi kini boleh didapati di negeri Pahang / Selangor. Tak perlu lagi pergi jauh untuk membuat aktiviti riadah kerana disini semuanya ada. Khazanah Flora & Fauna yang berusia 130 juta ini tahun masih tersimpan dan dijaga oleh pihak pengurusan disini.

 

Awana Genting Long House banyak menyimpan kenangan aku disini. Pertama kali aku tinggal dalam rumah panjang dengan rakan-rakan #MSS2011 yang lain. Dah lah cuaca kat sini sejuk bila nak mandi perhhhh mengigil satu badan. Kebetulan waktu kami tinggal disini terdapat juga beberapa agensi kerajaan yang buat camping kat sini jadi tak lah rasa takut sangat tinggal dalam hutan. Opppssss nak cakap toilet dia bukan kat dalam bilik ye.. kalau nak terkucil kenalah jalan kaki sikit dalam 100 meter.

 

Terdapat 4 bilik dalam Long House ni dan boleh memuatkan sekitar 40-50 orang dalam satu masa. Memang luas dan selesa. Pihak Awana sentiasa menjaga kebersihan dan tilamnya pun bersih.

Ruang legar Long House yang agak luas. Kalau ada masa terluang boleh main congkak dan bersembang-sembang dengan rakan-rakan kat luar ni.. nak tidur kat luar ni pun boleh tapi kena tahan sejuk lah kalau waktu pagi..

 

Pasar Ikan Bakar Seafood Restaurant terletak hanya bersebelahan dengan Awana Long House (Rumah Panjang). Di restoran ini mereka menyediakan hidangan seafood segar seperti ikan bakar, ketam, udang, lobster, dan menu-menu tempatan yang lain seperti nasi lemak dan sebagainya. Jujur aku cakap makanan kat Pasar Ikan Bakar ni memang sedap dan pasti aku akan ke sini lagi lepas nih.

 

Ini memang kegemaran aku iaitu cicah untuk ikan bakar, perhhh memang sedap sangat-sangat dengan 9 pencicah sambal special yang dibuat khas untuk pelanggan.

Chef profesional dari Awana Genting menyediakan hidangan makan malam kami semasa menginap disini. Terima kasih Chef atas masakan yang enak dan lazat tuh. Saya suka sangat ikan pari bakar yang terdapat disini.

Aneka salad dan buah-buahan turut dihidangkan.

Gelagat para peserta #MSS2011 semasa mengambil hidangan yang telah siap dimasak. Rata-rata semuanya menyukai masakan di restoran Pasar Ikan Bakar ni.

 

Sedaaaaappppppppppppppp!! itulah ungkapan yang akan anda katakan bila mencuba makanan disini.

Ada live band dari Mercy Akoustika Band yang buat persembahan masa makan malam kami. Tapi dalam gambar atas ni adalah Amelia (Penganjur) MSS2011.. haha kami paksa dia menyanyi untuk kami pada malam tuh.. apa-apa pun Ame u nyanyi memang best.. i lloooiikeee…

Para peserta #MSS2011 tersenyum kegembiraan sambil menikmati santapan yang dihidangkan.

 

Aneka juadah yang terdapat di Pasar Ikan Bakar

 

Aksi dan gelagat para peserta #MSS2011 di Pasar Ikan Bakar..

Rakan Penaja MSS2011
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.