Day 3 MSS2011 – Blind Trail Di Awana Genting Highlands

Percutian ke Awana Genting Highlands Hotel & Resort masih lagi terasa. Selepas berehat di Awana Long House dan makan malam di Restoran Pasar Ikan Bakar, kami semua peserta My Selangor Story melakukan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti kali ini agak menakutkan sedikit. Inilah pertama kali aku melakukan aktiviti malam yang dinamakan Blind Trail. Sebelum ni selalu aku tengok pengalaman orang di TV saja tapi sekarang aku sudah rasakan pengalaman yang sebenarnya. Di e Awana Genting Highlands Hotel & Resort terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan, Blind Trail pada pendapat aku bukanlah nak menakut-nakutkan peserta tetapi bagi aku ianya sesuatu yang sangat seronok apabila kedua belah mata akan ditutup dengan menggunakan kain putih dan kemudian perlulah berjalan lebih kurang 20 minit ditengah-tegah hutan. Peserta perlulah menggunakan tali yang telah dipasang oleh pihak pengurusan untuk meneruskan perjalanan ke satu destinasi. Walaupun mata aku ditutup tapi mengikut naluri hati kita akan dapat berjalan dengan lancar sambil dihiburkan dengan gemersik cengkerik dan nyanyian katak didalam hutan. Memang sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata pengalaman yang aku dapat ni. Korang mesti rasainya sendiri untuk dapatkan kepuasan yang sebenar.

 

Picture Credit : Tian Chad

 

Disebabkan aktiviti ini agak mencabar minda dan ini adalah kali pertama aku melakukan Night Trail jadi susasa yang riuh rendah semua peserta #MSS2011 sebelum ini jadi hambar dan menakutkan. Semua peserta akan ditutupkan mata mereka menggunakan kain putih dan menunggu giliran untuk berjalan. Aktiviti ini dilakukan secara individual dan seorang demi seorang akan dilepaskan dalam satu-satu masa. Agak seram waktu ini yelah dah la kat dalam hutan dan gelap gelita pastu nak jalan sorang-sorang.. takuutttt…  Gambar diatas dirakan menggunakan kamera Tianchad, terima kasih ye TC sebab ambilkan gambar kita orang.

 

Picture Credit : Tian Chad

Para peserta #MSS2011 menggunakan tali khas yang diikat di pokok dan ranting kayu bagi memudahkan perjalanan. En.Zul cakap kalau tali tu kebawah kita kena tunduk sebab ada kayu atau dahan pokok kat atas.. haha rupanya mana ada pokok itu semua helah En.Zul nak buat para peserta berfikir dan cari jalan bagaimana nak melepasi sesuatu halangan itu. Pada ketika ini semua peserta sudah takut dan sesekali terdengar jeritan dari peserta wanita yang sudah sampai tahap takut yang maksima.

Picture : shalehmd.co.cc

Pada malam tersebut merupakan malam hari jadi Nigel iaitu salah seorang peserta #MSS2011. Nigel sengaja diberikan giliran terakhir dan apabila beliau sampai ke destinasi kami telah sedia dengan kek harijadinya. Wahhh memang fantastic lah celebrate hari jadi dalam hutan. Inilah orang kata pengalaman yang mengerikan tapi pengalaman yang indah juga dalam masa yang sama. Aku sangat menhargai kepada semua penaja yang telah memberikan peluang kepada kami melakukan segala aktiviti ini secara percuma. Terima kasih..

.

.

Rakan Penaja MSS2011
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Day 3 MSS2011 – Blind Trail Di Awana Genting Highlands

  1. Pingback: Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun Depan Jumpa Lagi. – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *