Day 3 MSS2011 – Berjimba Di Awana Genting Highlands

Hari ketiga My Selangor Story selepas kami bermalam di Golden Palm Tree Resort kami ke destinasi yang seterusnya. Kali ini sekali lagi kami ke Genting Highland untuk meneruskan xpdc #MSS2011. Awana Genting Highlands Hotel & Resort merupakan penaja MSS2011 kali ini. Apa agaknya aktiviti yang akan dilakukan peserta MSS kali ini ya.. adakah mereka akan mendapat layanan istimewa berhibur di taman tema Genting? segalanya menjadi persoalan dibenak hati para peserta. Pada musim 2011 kali ini pihak penganjur telahpun memberitahu bahawa MSS 2011 kali ini banyak menitikberatkan soal mental dan fizikal dan inilah masanya untuk menguji ketahanan para peserta.

Aku pada mulanya agak lemah dan tidak bermaya selepas mendengar bahawa kami semua akan melakukan Boot camp dan jungle tracking kerana aku tak biasa dengan suasana dan kehidupan didalam hutan. Tapi demi MSS 2011 aku harungi jua cabaran yang telah diberikan kepada aku. Aku nak buktikan bahawa aku pun boleh buat apa yang mereka buat.

Genting Highland juga selain mempunyai taman tema dan pusat hiburan terkemuka dunia ianya juga mempunyai pelbagai khazanah hutan yang masih belum diterokai. Hutan yang meliputi pokok-pokok dan hidupan flora dan fauna ini masih terjaga dan terus hidup dengan selamat. Tahniah kepada pihak Genting yang masih menjaga alam sekitar serta hidupan alam semula jadi ini untuk anak-anak muda kelak.

Di Awana Genting kami akan ke Awana Genting Long House dimana rumah panjang ini hanya disewa untuk kegunaan persendirian sahaja. Tidak ramai yang mengetahui di Genting juga terdapatnya rumah panjang yang dibina khas dari atas gunung. Menarik bukan? kini tak perlu lagi ke Sarawak untuk bermalam di Long House, hanya di Awana Genting segalanya ada.

Sejurus para peserta MSS 2011 sampai ke Awana Genting kami diberi layanan istimewa oleh pekerja disini. Sedikit jamuan petang disaji untuk para peserta yang keletihan perjalanan 2 jam dari Sepang ke Genting Highland. Acara disambut oleh YB Dato Anthony Yeo, SVP of PR Communications Genting Malaysia Berhad.

Dari Kanan : Alison Wee (Horizon Communications), YB Elizabeth Wong (EXCO for Tourism, Consumer Affairs and environment), Dato Anthony Yeo (SVP of PR Communications Genting Malaysia Berhad) and Syahrul Zuhara (PR Manager of Resort Genting).

Dato Anthony Yeo, SVP of PR Communications Genting Malaysia Berhad dan turut hadir YB Elizabeth Wong serta pihak peganjur MSS 2011. Pelancaran dibuat dengan simbolik pemberian pokok orkid kepada YB Elizabeth Wong.

“Do Not Be Afraid” kata-kata yang aku nampak di Awana Genting sebelum kami ke Long House (Rumah Panjang), potongan ayat ini sedikit sebanyak mengajar aku supaya tidak berasa takut dan meyakinkan diri sendiri.

Sampai di sini kami diberi peluang untuk bermain Abseiling. Terima kasih kepada En. Zul yang juga pengiring kami semasa bermalam disini. Abseiling merupakan satu permainan yang sangat extreme yang patut dicuba oleh semua orang yang datang kesini. Dengan menggunakan tali khas dan perlulah menuruni bukit dan berpihak diatas papan kayu yang telah dibina khas untuk permainan ini. Memang agak mengerikan sebab ini adalah pertama kali aku bermain permainan Abseiling ni.

Permainan Abseiling merupakan satu permainan yang extreme dan para pemain perlulah menjaga keselamatan dan patuhi segala syarat yang telah ditetapkan bagi mengelak sebarang kecederaan yang berlaku. Pemain perlulah memakan cawat khas lengkap dengan pin keselamatan yang telah diberikan.

Topi keledar yang wajib dipakai semasa bermain Abseiling.

Disini terdapat pelbagai permainan Eco Sports yang boleh dicuba antaranya :-

Nature Trek RM25 per adult; RM15 per child
Indoor Abseiling     RM25 per adult; RM15 per child
Indoor Rock Climbing     RM25 per adult; RM15 per child
Outdoor Abseiling     RM30 per adult; RM20 per child
Outdoor Flying Fox     RM25 per adult; RM15 per child

Untuk maklumat lanjut berkenaan Eco Sports yang ada di Awana Genting boleh layari : http://www.awana.com.my/en/awana_genting/recreation/ecosports.htm

 

 

Rakan Penaja MSS2011
.
.
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Day 3 MSS2011 – Berjimba Di Awana Genting Highlands

  1. Pingback: Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun Depan Jumpa Lagi. – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *