Sidang Media – Westlife Gravity Tour Live In KL

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan Westlife ni kan.. satu-satunya kumpulan boy band yang popular dengan lagu-lagu hit seperti Uptown Girl, If I Let You Go,  Swear It Again, Flying Without Wings dan banyak lagi. Kumpulan Westlife juga selalu membuat comeback lagu-lagu saduran dari artis ternama dan pernah merakamkan lagu Against All Odds bersama Mariah Carey. Kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dulu membuat ramai gadis-gadis “hysteria” dengan penampilan yang segak dan kacak. Kini Westlife kembali lagi ke Malaysia dalam “Westlife Gravity Tour Live In KL” di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.

Terima kasih kepada JS Concert kerana membawakan Westlife hadir menemui peminatnya sekali lagi disini. Sememangnya Westlife punyai peminat tersendiri malah ada yang sejak dari zaman persekolahan lagi sehinggalah ke zaman dewasa sekarang masih lagi meminati Westlife. Itulah kehebatan Westlife yang tidak mungkin akan pudar dimata peminatnya. Rata-rata peminat yang hadir pada konsert malam tadi merupakan peminat setia mereka sejak kemunculan Westlife di Malaysia pada tahun 1999.

 

Peminat setia Westlife sanggup datang awal supaya tidak ketinggalan untuk menyaksikan artis kegemaran mereka beraksi malam tadi. Banyak gelagat yang dapat dilihat oleh peminat Westlife ada antaranya datang bersama pasangan dan ada yang berkeluarga. Tak lupa juga ada yang sanggup datang dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Cayalah peminat-peminat Westlife memang sporting habis malam tadi. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Westlife malam tadi adalah  When you looking like that,  World of my our own, What makes a man, Lighthouse, Home, My love, Flying without wings, Uptown girl, The time (Black Eye Peas), Bad Romance (Lady Gaga), What About Now (Daughtry), Season in the sun, You raise me up dan banyak lagi.

Anggota Westlife terdiri daripada 4 orang iaitu Mark Feehily, Shane Filan, Nicky Byrne dan Kian Egan dalam majlis bertemu media sebelum mereka melakukan persembahan untuk peminatnya. Aku merupakan peminat setia kumpulan Westlife ni sejak dari zaman kanak-kanak lagi rasa janggal pulak bila mereka buat konsert kali ni tanpa Brian McFadden. Walaupun tanpa Brian, Westlife tetap hebat dan membuat persembahan yang sangat bertenaga.

Westlife bersama Ketua Pegawai Operasi JS Concert Productions, Susan Tan dalam majlis sidang media tersebut. Apa agaknya yang dibincangkan mereka ya.

Susan Tan dan Mark dalam majlis sidang media Westlife Gravity Tour Live In KL.

Terima kasih kepada JS Concert Productions kerana berjaya membawakan Westlife bertemu peminat-peminatnya di Kuala Lumpur dan diharap banyak lagi event dan konsert artis terkemuka akan diadakan lagi.

Nicky dan Shane dalam majlis sidang media “Westlife Gravity Tour Live In KL”. Aku perasan sejak dari dulu lagi Nicky mesti akan merakan segala aktiviti yang dilakukannya menerusi video camera ataupun melalui handphone nya.. Wahhh memang social media betulah si Nicky nih.. 🙂

 

Nicky yang sedang kusyuk mendengar soalan dari media sementara Shane dengan aksi memek muka yang sangat cute.  Antara soalan-soalan dari pihak media adalah bagaimana mereka menjaga stamina ketika pada usia sekarang dan mereka menjawab sentiasa menjaga pemakanan dan kerap melakukan senaman. Untuk pengetahuan semua Westlife tidak berhasrat untuk mencari anggota baru menggantikan Brian kerana mereka selesa dan akan mengekalkan format 4 orang dalam kumpulan.

Nicky yang sedang memerhati Kian bertwitter.

Mark dan Shane dalam Sidang Media.

Mark yang pernah mencetus kontroversi yang mengaku dirinya Gay tidak mematahkan semangat para peminatnya. Mark yang mempunyai karisma tersendiri dan sangat kacak menjadikan dia salah seorang pujaan hati jutaan wanita didunia.

Gambar kenangan Kumpulan Westlife dalam majlis sidang medianya. Tahniah Westlife dan jumpa lagi tahun-tahun yang akan datang. We All Love u..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Sidang Media – Westlife Gravity Tour Live In KL

  1. eyra says:

    pegi tak ajakkk hahahaha. i kat hilton td 9 hours! :p

  2. Mohd Zaid says:

    hoho @Eyra berkampong ke kat hilton hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *