Day 2 MSS2011 – Santapan Di Golden Palm Tree

Santapan di Golden Palm Tree pada entry kali ini, bukan sekadar santapan perut tapi juga santapan mata bila datang kesini. Kali ini nak cerita dari A-Z padal Golden Palm Tree. Kalau korang nak tahu aku nak recap sikit yang korang boleh main sukan air dan sukan daratan kat sini. Bukan sekadar pergi bercuti tapi boleh keluarkan peluh juga dalam masa yang sama bolehlah menambahkan kecergasan diri. Kalau mereka yang nak buat meeting company ke nak buat family day ke memang sesuai sangatlah ke sini.

 


 

Maklumat lanjut tentang Golden Palm Tree adalah seperti berikut

Golden Palm Tree
Resort & Spa Sdn Bhd
(637783-W)
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+603 3182 3600:     +603 3182 3700

 

Terima kasihlah kepada Golden Palm Tree dan My Selangor Story serta penaja yang lain yang sudi menjemput kami semua peserta #MSS2011 kesini. Kepada sesiapa yang nak bercuti kat sini bolehlah datang sekarang kerana cuaca dan airpasang disini sedang baik sekitar bulan Oktober ini. Disini terdapat beberapa jenis villa antaranya 80 unit Travellers Palm Villas, 80 unit Premier Travellers Palm Villas, 156 unit Canary Palm Villas, 65 unit Ivory Palm Villas dan 12 unit Royale Palm Villas harga yang ditawarkan untuk satu malam pun cukup berpatutan. Jangan risau kerana disini turut menyediakan perkhidmatan seperti Individual climate control, HD flat screen TV with cable access, Mini Bar, In-room safes, In-room hairdryers, Ergonomic desk chair, Desk lamp with Internet and DC plugs, IDD telephone lines, with voicemail dan High speed wireless Internet access. Klik disini untuk booking online dan menyemak harga villa disini : https://secure.swiss-belhotel.com/hotelbook2

 

Pemandangan Villa di Golden Palm Tree.

Deretan Villa di Golden Palm Tree. Bestkan tinggal di villa terapung.. bila lagi datanglah ke Golden Palm Tree untuk mencubanya hari ini.

Pemandangan Villa di Golden Palm Tree. Kawasan laluan ke villa.. memang unik dan cantik

Pemandangan Senja Villa di Golden Palm Tree. Santai dan menenangkan jiwa apabila kesini.

Pemandangan Villa di Golden Palm Tree. Ini merupakan tempat maklumat dan information tentang Golden Palm Tree. Anda boleh kesini untuk dapatkan maklumat berkenaan resort dan pusat pelancongan yang terdapat di Malaysia.

Suasana indah dan angin sepoi-sepoi bahasa apabila makan disini. Mungkin sebab itulah namanya dipanggil Sepoi-Sepoi. Sebuah cafe kecil dengan menyediakan menu tradisional Malaysia-Chiness serta menu istimewa lain. Dibuka dari Isnin hingga Jumaat 10pagi – 10.30 malam dan Sabtu-Ahad jam 9.00pagi – 10.30malam.

Santai dan makanan yang enak peserta #MSS2011 menjamu selera di  Sepoi-Sepoi Cafe

 

Bila-Bila merupakan restoran buffet yang terdapat di Golden Palm Tree Resort. Banyak jenis makanan yang disajikan dari makanan tempatan hinggalah makanan antarabangsa. Memang sempoi bila makan kat sini sambil makan boleh mandi manda di pool berdekatan restoran Bila-Bila ni.

Waktu operasi restoran Bila-Bila adalah seperti berikut.

Breakfast           6.30am – 10.30 am
Snack           11.00am – 12.00 pm
Lunch           12.00 pm – 2.30 pm
Snack           3.00 pm – 5.30 pm
Dinner           6.00 pm – 10.30 pm

A la Carte           11.00am – 11.00pm
Night Menu           11.00pm – 11.00am

Memang rezeki kami semua peserta #MSS2011 dan semua tetamu yang tinggal kat Golden Palm Tree ni sebab pada hari tu pihak resort menyediakan jamuan khas yang dinamakan “Malaysian Night” dan semua tetamu disini dijamu dengan makanan ala 1 Malaysia. Banyak hidangan yang enak-enak dan memenuhi citarasa. Siap dengan persembahan kebudayaan lagi tau. Memang gembira dihati dapat menikmati suasana festival macam ni sekali sekala. Terima kasih sekali lagi Golden Palm Tree.

Aneka juadah dan kuih muih serta kek pilihan pada malam Malaysian Night.

Aneka juadah dan kuih muih serta kek pilihan pada malam Malaysian Night.

 

Rakan Penaja MSS2011
.
 

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Day 2 MSS2011 – Santapan Di Golden Palm Tree

  1. Alice says:

    Tang makanan tu aku suka… Hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *