Day 2 MSS2011 – Aktiviti Luar Di Golden Palm Tree

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sebenarnya di Golden Palm Tree Sepang ni. Bukan sekadar beristirehat dan menikmati pemandangan pantai Bagan Lalang bahkan pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Bukan sekadar sukan air tetapi anda juga boleh beriadah dengan berbasikal, bermain bola tampar, bola sepak pantai dan menikmati pemandangan air surut sambil melihat gelagat anak ketam kecil berjalan dipersisiran pantai.

Pastinya percutian My Selangor Story tahun ini menyimpan seribu satu kenangan terindah dalam hidup saya disamping itu dapat menambah ilmu pengetahuan dengan pelajari pelbagai hidupan dan species hidupan laut yang ada disini. Kami memang beruntung datang kesini sebab dapat merasa semua permainan yang ada, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan kumpulan pertama akan berbasikal sementara kumpulan kedua bermain sukan bola tampar pantai dan pelbagai aktiviti lain.

 

Para peseta #MSS2011 menggunakan Buggy. Selepas melakukan sukan air kami berehat dalam resort dulu dan tepat jam 2 petang kami turun semua ke pantai untuk aktiviti berbasikal dan low tide walk. Memang hangat waktu nih dan matahari pun tengah mencanak memancarkan cahayanya.

 

Sementara peserta menunggu peserta lain sampai kesini, kami mengambil kesempatan untuk bermain bola tampar pantai. Memang menarik dan berbeza kerana bermain diatas pasir pantai yang sangat lembut. Lihatlah aksi Feeq iaitu salah seorang peserta #MSS2011 sangat mencuit hati.

 

 

Topi Keledar perlulah dipakai semasa melakukan aktiviti berbasikal, aktiviti berbasikal ini mengambil masa sekurangnya 20-30 minit dan perjalanan memang sangat seronok. Anda tak perlu risau kerana setiap trip perjalanan akan ditemani oleh staff-staff Golden Palm Tree.

 

Kumpulan pertama sedia berlepas mengayuh basikal selama 20-30 minit di persisiran pantai Bagan Lalang dan meredah kampung halaman disini. Sangat teruja mereka semua nih ada yang pertama kali naik basikal pun ada.. tapi ini semua kenangan yang tak dapat kami lupakan.

 

 

Pemandangan kampung Bagan Lalang menggamit perhatian kami. Ada beberapa ekor lembu yang sedang berkubang memerhatikan gelagat kami berbasikal. Arhhhh sangat teruja saya pada waktu ini. Orang tua-tua cakap lembu boleh sondol orang yang berbaju merah. Nasib baik kami semua tidak berbaju merah kalau tidak mau kayuh laju basikal tu dibuatnya.

 

Pada satu ketika kami berhenti sebentar untuk berehat dan disini para peserta diberikan penerangan tentang ketam dan hidupan yang ada sini. Terima kasih kepada staff Golden Palm Tree yang sangat peramah dan memberikan maklumat yang lengkap untuk kami pelajari disini.

 

 

Ini lah anak-anak ketam yang berkeliaran dipersisiran muara Bagan Lalang. Pada waktu ini memang banyak anak ketam yang keluar untuk mencari makan atau mungkin hanya untuk berjemur ditengah terik matahari. Sebenarnya ketam memang suka bersarang di muara sungai mungkin kerana airnya sesuai untuk habitat ketam.

 Pemandangan muara sungai ke Laut Selat Melaka.. sangat indah kan..

 

Pemandangan Golden Palm Tree dari persisiran pantai Bagan Lalang..

Vote Saya Disini

Rakan Penaja MSS2011
.
.
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com