Day 2 MSS2011 – Sukan Air Di Golden Palm Tree Resorts

Satu kenangan yang tak dapat dilupakan apabila dapat bercuti ke Golden Palm Tree Resort di Sepang baru-baru ini dalam jelajah My Selangor Story. Untuk pengetahuan semua percutian ke sini menggamit perasaan dan salah satu tempat yang wajib dilawati oleh semua masyarakat.

Bukan sekadar bersantai dibawah cahaya matahari dan menghirup udara sepoi-sepoi laut Selat Melaka bahkan anda yang berkunjung kesini dapat menikmati pelbagai aktiviti sukan air dan darat yang telah disediakan oleh pihak Golden Palm Tree. Semua aktiviti sukan air dan darat disini dikendalikan sendiri oleh pihak mereka dan semua pekerja adalah terlatih.

Aspek keselamatan menjadi faktor penting dalam segala aktiviti yang dijalankan jadi pengunjung tak perlu risau kerana segalanya dikawal rapi oleh pihak resort.

 Villa-villa di Golden Palm Tree dibina diatas laut Selat Melaka di Bagan Lalang, Sepang Selangor. Disini pada waktu petang air akan mula pasang dan pada waktu tengah hari air akan mula surut. Jadi aktiviti sukan air amatlah sesuai dilakukan pada waktu pagi dan petang kerana pada waktu ini air tidak deras dan ombak pun sedang-sedang sahaja.

Antara aktiviti sukan air yang disediakan disini adalah Sailing, Cart Sailing, Speed Sailing, Canoe, Windsurfing, Stand Up Paddle, Aqua Gym dan Optismist. Lengkap dengan semua jenis sukan air menjadikan Golden Palm Tree salah satu tempat riadah yang unik dan menjamin keselesaan para tetamunya. Saya amat teruja dengan pantai disini walaupun adakalanya air surut tetapi dalam masa yang sama kita dapat berjalan di persisiran pantai untuk melihat gelagat anak-anak ketam berjalan. Memang seronok bukan?

Ini adalah Windsurfing dimana pemain perlulah mengimbangkan badan dan mengawal layar mengikut angin laut. Pemain haruslah mengimbangkan supaya tidak terjatuh dari layar dan papan luncur. Agak susah permainan ini saya tidak mencubanya kerana saya tidak pandai berenang. Terdapat juga permainan Speed Sailing dan Cart Sailing dimana permainan ini lebih kurang sama dengan Windsurfing cuma bezanya Speed Sailing dan Cart Sailing mempunyai roda dan pemain bermain diatas pantai dengan mengendalikan layar mengikut angin.

Gambar diatas merupakan permainan Stand Up Paddle, permainan ini agak susah juga kerana pemain perlulah mengimbangkan badan menggunakan canoe paddle tetapi kali ini berbeza dengan Windsurfing kerana Stand Up Paddle tidak mempunyai layar.  Rasanya saya mesti tak boleh main permainan ni sebab saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Kalau main mesti tenggelam dalam laut nanti .. 🙂

Canoe merupakan permainan yang biasa dilakukan disini. Ramai tetamu Golden Palm Tree tertarik tengan permainan Canoe kerana di pantai Bagan Lalang airnya tenang dan tidak berombak kuat. Jadi permainan  Canoe  sangatlah sesuai untuk permainan bersama keluarga.

Ini adalah Sailing. Saya amat menyukai permainan ini dan saya telah mencubanya. Pertama kali saya mengendalikan Sailing membuat hati saya telah jatuh cinta dengan permainan ini. Permainan Sailing  amat sesuai untuk mereka yang berpasangan dan berkeluarga. Jangan risau sekiranya anda tidak pandai mengendalikan permainan Sailing  ini kerana ada pekerja telatih yang akan membantu anda.

Bagi mereka yang inginkan aktiviti lasak, disini juga terdapat permainan Jet-Sky untuk tetamu yang menginap di Golden Palm Tree

Pemandangan villa Golden Palm Tree dari Pantai Senyum 🙂 seronok sekiranya dapat bersama keluarga beriadah dan bersama orang yang tercinta sambil bermain sukan air boleh juga menyaksikan sunrise bagi mereka yang hanya ingin bersantai ditepi pantai.

Pemandangan dari tepi pantai dan villa Golden Palm Tree.. sungguh mengasyikkan..

Bermain sukan air dipantai memang ada bahayanya. Jadi para pengunjung yang datang kesini untuk bermain sukan air perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Golden Palm Tree bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.  Terdapat juga permainan daratan untuk para tetamu.. nak tahu permainan apa? tunggu entry saya yang seterusya.

Vote Saya Disini

Rakan Penaja MSS2011
.
.
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Day 2 MSS2011 – Sukan Air Di Golden Palm Tree Resorts

  1. jard ness says:

    gambar cantek!

  2. Mohd Zaid says:

    TQ @Jardness tapi ko punya gambar lagi cantik bah..

  3. Alice says:

    Bestnye… Mcm pegi oversea kan.. Tp dekat je…

  4. Mohd Zaid says:

    @Alice Malaysia pun ada macam-macam.. tak perlu nak pergi luar negara kan..

  5. Pingback: Day 2 #MSS2011 – Aktiviti Luar Di Golden Palm Tree – Aku Zaid

  6. Pingback: Day 2 MSS2011 – Santapan Di Golden Palm Tree – Aku Zaid

  7. Alice says:

    Ya lor

  8. Pingback: Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun Depan Jumpa Lagi. – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *