Day 1 MSS2011 – Golden Palm Tree Menggamit Perasaan

 

Ini adalah kali kedua aku ke Golden Palm Tree yang terletak di Pantai Bagan Lalang Sepang kira-kira satu jam dari Kuala Lumpur. Sebelum ini aku hanya melawat kawasan Golden Palm Tree tapi tak pernah lagi menginap dan beriadah disini. Syukur dengan adanya program My Selangor Story ini dapat juga aku berlibur bersama-sama rakan.

Bergerak dari Shah Alam Selangor selepas Majlis Pelancaran My Selangor Story di The Mix Holiday Inn, kami terus ke Sepang untuk ke Golden Palm Tree yang juga merupakan penaja rasmi resort pada tahun ini. Memang menarik dan inilah tempat yang aku paling idam-idam kan sebab sangat tenang, rehatkan minda, santai dan mewah, itulah yang aku inginkan disini.

Ini adalah hari pertama program MSS2011, jadi kami pada awalnya agak malu-malu dan tidak banyak bicara. Pada waktu ini masing-masing mula bergerak mencari rakan-rakan baru antaranya dari Singapura, Indonesia dan Malaysia. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 7 malam dan pihak penganjur (Amelia) memberi kunci bilik kepada semua peserta dan memberikan sedikit taklimat untuk aktiviti seterusnya.

 

 

Selepas diberi taklimat oleh Amelia, para peserta bergegas untuk masuk ke bilik dan membersihkan diri sebelum bergerak untuk makan malam disini. Untuk pengetahun semua di Golden Palm Tree mempunyai sebanyak 392 vila diatas laut di Selat Melaka dan menjadikannya resort terpanjang di Asia dan Resort paling mesra alam di dunia. Sebagai seorang rakyat Malaysia saya amat berbangga dengan pencapaian ini. Malaysia juga mampu menarik ramai pelancong asing melancong ke Golden Palm Tree dan dalam masa yang sama ianya dapat membantu dalam sektor ekonomi pelancongan negara khususnya di Selangor.

Di Golden Palm Tree para tetamu haruslah menaiki Buggy untuk ke bilik penginapan. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk semua tetamu yang tinggal disini. Buggy merupakan pengangkutan ekonomi yang menggunakan tenaga elektrik. Wajarlah menggunakan buggy disamping tidak menggunakan petrol dan kadar udara yang menyebabkan pencemaran.  Gambar diatas merupakan gelagat para peserta menaiki Buggy selepas menerima kunci bilik masing-masing.

 

 

Hanis, Rizma dan Andi Gita bersama bagasi masing-masing dihadapan pintu masuk Golden Palm Tree. Mereka ni menunggu buggy yang menghantar penumpang ke bilik mereka.

 

 

Kubah atap dari pohon yang bernama Alang-Alang akan mengeluarkan sejenis bau harum. Di Golden Palm Tree setiap bumbung villa direka dengan menggunakan bumbung pohon Alang-Alang. Jadi setiap tetamu yang menginap di resort ini akan menikmati bau segar sepanjang hari dan sepanjang masa. Memang unik sungguh tempat ni kan..

 

Gambar diatas adalah bilik villa yang kami tinggal. Terima kasih Golden Palm Tree atas penajaan tempat penginapan kami pada hari ini. Sangat selesa dan mewah, rasa macam berada di syurga rasanya. Pertama kali saya menginap di resort terapung tau. Mana lagi kalau bukan gi Golden Palm Tree Sepang.

 

 

Makan malam kami di restoran Sepoi-Sepoi. Memang sedap makanan yang dihidangkan dan harganya pun cukup berpatutan. Sesuailah bersantai bersama keluarga lepas ni. Semua ada kat sini..

 

 

 Pada malam tersebut kami diberikan simpack Celcom The Cube bernilai RM55 dan tag MSS 20011 untuk dipakai semasa dalam tour. Terima kasih kepada Celcom yang menaja data plan untuk kami berinternet selama 5 hari ini. Sangat pantas menggunakan internet The Cube ni tau kalau korang nak tahu. Nantikan episod seterusnya tentang hari kedua kami di #MSS2011.

Undi Saya Sekarang
Rakan Penaja MSS2011
.
.
.

Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.

Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS2011 and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Day 1 MSS2011 – Golden Palm Tree Menggamit Perasaan

  1. jard says:

    hehe.. mahal gak makanan kat sepoi2 tu beb.

  2. @helgaindra says:

    wah itu muka masih tampak kusut + belum mandi
    hehehehe

    senang bisa kenal blogger2 malaysia disana

  3. dania ryezel says:

    claypot chicken rice tu…nampak..sangat sedap la zaid!

  4. Mohd Zaid says:

    @helgaindra muka letih.. 🙂

  5. Mohd Zaid says:

    @jard mahal gak tapi kira ok lah dengan resort macam tu punya harga..

  6. Mohd Zaid says:

    @dania ryezel yeeehhhhh memang sedap dyan..

  7. Pingback: Day 2 #MSS2011 – Sukan Air Di Golden Palm Tree Resorts – Aku Zaid

  8. Alice says:

    Bestnya … Aku mmg teringin sgt nak pegi sana… Mahal x,??

  9. Mohd Zaid says:

    @Alice memang best.. tapi harganya agak mahal gak.. tak mampu aku kalau nak pergi.. kalau free ok la kot..

  10. Pingback: Day 5 MSS2011 – Terima Kasih Daun Keladi Tahun Depan Jumpa Lagi. – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *