PENGENALAN MY SELANGOR STORY 2011
Menurut Wikipedia, kini Selangor mempunyai keluasan sebanyak 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk paling ramai di Malaysia. Ramai yang tidak tahu sebenarnya di Selangor terdapat tempat bersejarah dan pusat pelancongan yang tersohor di dunia. Melalui program My Selangor Story ini para blogger dari Malaysia, Indonesia dan Singapura diberi peluang untuk menjelajah dan menikmati keselesaan hotel 5 bintang dan juga dalam masa yang sama menerokai Eco-tourism flora dan fauna yang ada di Selangor khususnya.
Bermulalah langkah pertama apabila kali kedua saya diterima untuk memasuki pertandingan My Selangor Story pada tahun 2011 kali ini. Rasa macam tak percaya je #MSS2011 sudah masuk tahun yang kedua. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak penganjur pada aktiviti jelajah Selangor pada tahun ini. Eco-tourism merupakan tema yang diketengahkan oleh pihak penganjur kali ini. Berbeza pada tahun sebelumnya, tahun #MSS2011 sangat mencabar minda dan fizikal dan para peserta perlulah mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan pertandingan ini. Bagaimana dan apa aktiviti yang kami lakukan? tunggu pada entry seterusnya..
Wajah-Wajah Bloggers My Selangor Story 2011
Seramai 24 orang bloggers yang menyahut cabaran My Selangor Story pada kali ini dan rata-rata mereka mempunyai peminat dan pengikut setia di blog mereka. Wahh kali ini bukan calang-calang bloggers yang mengambil bahagian, semuanya berpengalaman. Tahniah kepada anda semua yang berjaya memasuki ke peringkat ini. Perkenalkan 24 peserta/blogger yang mengambil bahagian pada MSS tahun ini..
Daniel Hermawan | Dwi Andi Listiawan | Hafiz Rashidi b Ramli | Hijrah Saputra
Zarah Binti Naumul | Arietta Olivya Ohmar | Pamela Lim Cheng Yoke
Chakkiyath Rosemarie John | Suzan Oktaria | Yafieda Md Jamil | Chen Tian Chad
Miss Bella Enveeus | Andi Kusmianto | Shaleh Muhammad Drehem
Muhammad Firdaus Bin Hasmuni | Nurhanis binti Md Kamis | Siti Syahida Binti Mohd Yasin
Ester Yuliyanti | Rizma Adlia Syakurah | Andi Gita Fitri Martasiyah Dala
Helga Indra Rukmana | Mohd Zaid Bin Othman | Fadhlul Fahmi | Low Hon Wai
PENGANJUR MY SELANGOR STORY 2011
Sebelum bercerita lanjut tentang My Selangor Story pada kali ini apa kata saya perkenalkan pihak penganjur dan para penaja pula. Terima kasih kepada semua penaja yang menaja penginapan, makanan, logistik dan segala kelengkapan dari awal hinggalah akhir perjalanan aktiviti kami. Berikut adalah rakan penaja #MSS2011 kali ini..
Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.
Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011
Vote Saya Sekarang











